HomeBMAda Aksesori Kereta Ni, Travel Dengan Anak Kecil Jadi Mudah!

Ada Aksesori Kereta Ni, Travel Dengan Anak Kecil Jadi Mudah!

Memandu ke mana-mana bersama anak kecil, terutamanya dalam perjalanan yang jauh boleh jadi sangat memenatkan! Anak kecil ini seperti yang kita tahu, tak reti nak duduk diam dan perlukan ruang untuk bermain. Mereka juga akan cepat berasa bosan jika berada terlalu lama dalam kereta.

Selain itu, anak kecil juga memerlukan penjagaan yang rapi supaya mereka kekal selesa dan tenang sepanjang perjalanan. Untuk memudahkan urusan ibu ayah di luar sana, ada beberapa gajet yang dijual untuk memudahkan urusan anda menjaga anak kecil dalam pemanduan yang panjang. 

Daripada bidai tingkap sehinggalah kepada tandas mudah alih, semua gajet dan aksesori ini boleh menjadikan perjalanan bersama si kecil lebih selamat dan juga selesa! 

Artikel berkaitan: 10 Barang Penting yang WAJIB Beli untuk Kereta Baharu Anda

1. Bidai Tingkap 

Di Malaysia, kita semua takkan boleh lari daripada cuaca panas yang boleh mencapai sehingga 35°C pada musim kering. Cuaca panas ini juga akan datang dengan sinaran cahaya matahari yang boleh menyebabkan silau. 

Sumber: Nigel Marston Motosport

Silau ini boleh mengganggu anak kecil terutama ketika ia hendak tidur di dalam kereta. Jadi, untuk menjadikan suasana kereta lebih sesuai ketika waktu tidur, anda boleh pasang bidai tingkap untuk menghalang cahaya matahari mengganggu anak kecil anda ketika tidur

Anda boleh beli bidai untuk tingkap kereta anda DI SINI.

2. Tandas Mudah Alih 

Mungkin anda ada anak kecil yang sedang belajar untuk menggunakan tandas tanpa bergantung kepada lampin lagi. Tetapi, ini boleh menyukarkan ibu ayah jika mereka terpaksa menghadaoi perjalanan jauh dan anak mereka masih perlu menggunakan tandas untuk buang air besar. Yalah, mereka tak boleh bertahan lama-lama. 

Kalau anak anda memerlukan tandas walaupun dalam perjalanan jauh, anda boleh mendapatkan tandas mudah alih ini. 

Sumber: MomJunction

Betapa mudahnya kalau anda ada tandas mudah alih ini, semasa kereta sedang bergerak pun anak anda boleh selesaikan ‘urusannya’. Tak perlu lagi cari kawasan Rehat dan Rawat (RnR). Apabila dah selesai, simpan sisa buangan dengan kemas dan buang di perhentian seterusnya. 

Cuma anda kena ingat, tandas ini cuma untuk anak kecil ya. Bukannya untuk kegunaan ibu ayah. 

Untuk anak anda buang air besar dengan mudah, anda boleh beli DI SINI.

3. Pelapik Kerusi Kanak-kanak

Tempat duduk kanak-kanak boleh menyelamatkan nyawa anak kecil jika terjadinya kemalangan. Tetapi, kerusi kanak-kanak ini boleh menyebabkan kerosakan pada kerusi kereta jika ia dipasang untuk jangka masa yang panjang. 

Untuk memastikan anak anda boleh kekal selamat sepanjang perjalanan dan pada masa yang sama, kerusi kereta anda juga tidak rosak, anda boleh mendapatkan pelapik tempat duduk kanak-kanak ini. 

Sumber: Ubuy Malaysia

Dengan ini, anda tak perlu lagi risau kerusi yang rosak selepas memasang tempat duduk kanak-kanak di kereta anda! Anak selamat, duit pun jimat! 

Jaga kerusi kerusi kereta anda dengan membeli pelapik kerusi kanak-kanak DI SINI.

4. Penyusun Belakang Kerusi 

Mengembara dengan anak kecil tak sah kalau tak bawa banyak barang. Seperti botol susu, botol air panas, bekas susu, mainan, snek, tisu basah, air mineral, kain pengelap, dan macam-macam lagilah! 

Kebiasaannya, mak-mak akan letakkan semua barang ini dalam satu beg. Apabila ada barang yang nak digunakan, barulah dikeluarkan. Tapi, dah keluarkan daripada beg, biasanya ia akan dicampak saja ke atas kerusi kereta.

Ini sangat berbahaya kerana barangan seperti botol boleh bergolek sehingga ke kerusi pemandu dan menghalang pedal kereta. Jadi, apa yang anda perlukan ialah penyusun belakang kerusi (back seat organiser). 

Sumber: Ubuy Malaysia

Mudahnya aksesori ini, ibu ayah boleh letakkan macam-macam barang tanpa risau yang ia akan menyebabkan sepah di dalam kereta. Barang-barang yang diletakkan juga akan lebih mudah untuk dicapai. 

Pastikan kereta anda kekal kemas dengan membeli penyusun belakang kerusi DI SINI.

5. Pemanas Botol Susu 

Kalau anak anda masih lagi menyusu terutamanya susu badan, menyediakan susu semasa dalam perjalanan jauh adalah sangat susah dan renyah. Anda kena simpan air panas, kena tunggu air suam, dan kemudian barulah boleh digunakan untuk memanaskan susu. 

Untuk siapa yang tak tahu, susu ibu sangat sensitif dengan suhu yang tinggi dan tak boleh dipanaskan terus pada suhu yang tinggi. 

 

Jadi, untuk memudahkan kerja anda, anda boleh mendapatkan pemanas botol susu. Ia akan memudahkan kerja anda. Susu boleh dipanaskan pada suhu yang optimum tanpa merosakkan susu anak anda. 

Pastikan susu anak anda kekal panas dengan pemanas botol susu yang boleh dibeli DI SINI.

6. Pelapik Tali Keledar 

Anak kecil sepatutnya diajar daripada mula untuk memakai tali keledar bagi kekal selamat sepanjang berada di dalam kereta. Tetapi kadang-kadang memakai tali keledar ini juga boleh menyebabkan anak-anak ini berasa tidak selesa. Tali keledar ini mempunyai sisi tepi yang tajam yang boleh merengsakan kulit kanak-kanak yang lembut. 

Sumber: Walmart.ca

Untuk pastikan anak anda kekal patuh pada peraturan jalan raya tetapi pada masa yang mereka kekal selesa, pelapik tali keledar ada sesuatu yang anda mesti dapatkan. Pelapik ini akan menghalang sisi tali keledar yang kasar daripada merengsakan kulit anak anda. Anak anda juga boleh menikmati perjalanan dengan lebih selesa dan selamat! 

Lindungi kulit anak anda daripada terluka dengan dapatkan pelapik tali keledar DI SINI.

Artikel berkaitan: Cara Menggunakan First Aid Kit Yang Ramai Tak Tahu!

7. Beg Kencing Pakai Buang 

Anak anda dah merengek nak kencing tapi perhentian seterusnya jauh lagi! Kalau dalam situasi ini, berhenti tepi jalan mungkin penyelesaian yang ada tapi sebenarnya berhenti di tepi jalan sangat berbahaya lagi-lagi pada waktu malam. 

Jadi, sangat bagus kalau anda boleh dapatkan dan simpan beg kencing pakai buang ini! Yang mudahnya, anak anda boleh kencing tanpa perlu berhenti di mana-mana. Selepas digunakan, anda boleh simpan kemas-kemas untuk dibuang di perhentian seterusnya. 

Sumber: Lazada

Paling menarik, beg ini juga dijual bagi versi orang dewasa. Maknanya, ibu ayah juga boleh menggunakan beg kencing pakai buang ini! Tapi hanya untuk buang air kecil saja.

Perjalanan akan lebih selesa dengan beg kencing yang boleh dibeli DI SINI

8. Tong Sampah 

Mengembara dengan anak kecil, anda jangan terkejut dengan sampah yang mereka buat! Pembungkus makanan, tisu basah, lampin pakai buang, dan macam-macam lagi sampah yang akan ada semasa perjalanan panjang ini. 

Sumber: Shopee

Jadi, sangat bmemudahkan anda dengan adanya tong sampah kecil supaya semua sampah ini dibuang di tempat sepatutnya. Barulah kereta anda bersih tanpa sebarang sampah. Perjalanan pun akan jadi lebih selesa dan kereta anda akan kekal kemas! 

Kereta anda kekal bersih dengan tong sampah mini, boleh beli DI SINI

9. Pendakap Tablet dan Telefon

Untuk memastikan anak anda tidak bosan sepanjang perjalanan panjang, ada mak ayah membawa gajet seperti tablet atau telefon pintar. Pelbagai hiburan boleh dimainkan sepanjang perjalanan supaya anak-anak anda tidak berasa bosan dan tidak merengek. 

Tetapi, lama-kelamaan anak anda akan penat kerana terpaksa memegang gajet terlalu lama hingga menyebabkan tangan kecil mereka lenguh. 

Sumber: Alibaba

Penyelesaiannya? Pendakap tablet. Pendakap ini dipasang pada leher kerusi supaya anak-anak anda tak perlu memegang tablet atau telefon dan mereka boleh menikmati rancangan yang mereka sukai. 

Tak nak anak berasa bosan sepanjang perjalanan? Beli DI SINI.

Artikel berkaitan: 4 Jenama Dashcam Terbaik di Malaysia & Cara Untuk Pilih Yang Sesuai Untuk Anda

10. Bantal Leher Untuk Kanak-kanak 

Kadang-kadang, suatu perjalanan itu akan mengambil masa yang lama hingga penumpang akan tertidur dalam kereta. Tidur di dalam kereta memang syahdu tapi yang tak seronoknya – anda akan sakit leher apabila bangun daripada tidur. 

Sumber: Carousell

Kalau anda yang dewasa pun akan jadi tak selesa, apatah lagi kanak-kanak yang tertidur dalam perjalanan, bukan? Jadi, untuk memastikan tidur dalam perjalanan yang selesa tanpa sakit leher, anda boleh dapatkan bantal leher untuk kanak-kanak ini. 

Dapatkannya DI SINI

Kalau anda nak perjalanan jauh anda tenang, tanpa rengekan dan pergaduhan, gajet dan aksesori ini anda kena beli dan dapatkan. Tak salah berbelanja demi kemudahan dan kesenangan anda nanti. 

Semoga perjalanan anda lebih selesa dan selamat dengan tips ini. 

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular