HomeBMBelanjawan Bijak: Membeli Kereta Untuk Remaja

Belanjawan Bijak: Membeli Kereta Untuk Remaja

Masa yang anda takutkan sebagai ibu bapa kini sudah tiba. Selepas berjaya lulus ujian memandu pada umur 17 tahun, anak anda sekarang boleh memandu secara sah di atas jalan raya di Malaysia. 

Sementara mereka tidak sabar untuk mendapatkan kenderaan peribadi mereka sendiri, anda pula pening memikirkan cara untuk memberi mereka sebuah kereta yang boleh berfungsi dengan baik, selamat, dan mampu milik.

Jangan risau, panduan ini akan membantu anda bersedia menghadapi situasi tersebut supaya anda dan anak anda dapat memilih kereta terbaik untuk kegunaan harian mereka!

Beli Kereta Baru atau Kereta Terpakai?

“Adakah saya perlu membeli kereta baru atau kereta terpakai?” Inilah soalan pertama yang akan ditanyakan oleh sesiapa sahaja yang ingin membeli kereta untuk anak remaja mereka. Jangan risau, kami ada beberapa tip untuk membantu anda membuat pilihan.

1. Bajet

Tetapkan bajet dahulu sebelum fikir nak beli kereta apa. Apabila anda sudah ada bajet, lebih mudah untuk memutuskan kereta apa yang boleh dibeli nanti. 

Selain itu, bajet akan membantu anda menetapkan wang pendahuluan untuk kereta yang akan dibeli dan juga membantu anda menganggarkan bayaran ansuran bulanan mengikut kemampuan perbelanjaan anda.

belanja bijak dengan bajet

Mudah saja kalau anda mahu tetapkan bajet untuk pembelian kereta. Berikut merupakan beberapa panduan yang boleh anda gunakan:

  • Bayaran pendahuluan: Apabila membeli kereta terpakai, bayaran pendahuluan yang tinggi dapat mengurangkan bayaran ansuran bulanan anda. Sediakan sekurang-kurangnya 20 peratus bayaran pendahuluan untuk penjimatan maksimum.
  • Hadkan perbelanjaan bulanan kereta anda: Selepas menolak bayaran hutang yang merangkumi bayaran bulanan kereta, anda seharusnya dapat hidup dengan selesa dan memenuhi keperluan gaya hidup anda. Kaedah anggaran 50/30/20 adalah peraturan yang sangat baik untuk diikuti di mana anda boleh tetapkan 50 peratus dari gaji untuk keperluan anda (termasuk bayaran kereta, utiliti, dan pinjaman), sementara 30 peratus boleh dibelanjakan untuk keinginan anda (membeli-belah, makan) dan 20 peratus lagi merupakan simpanan anda.
  • Pendekkan jangka masa pinjaman anda: Mengambil tempoh pinjaman selama sembilan tahun mungkin kelihatan berpatutan, tetapi sebenarnya anda akan membayar cengkeram yang sangat tinggi! Adalah lebih baik untuk mengambil tempoh pinjaman yang lebih pendek seperti lima atau tujuh tahun jika bajet anda mengizinkannya.

2. Pembiayaan

Bila dah ada bajet, bolehlah fikir tentang pembiayaan pula. Sebelum bercakap lebih lanjut tentang pembiayaan, anda harus berbincang dengan anak anda terlebih dahulu agar mereka sedar akan tanggungjawab kewangan yang bakal mereka galas kelak.

Untuk panduan pembiayaan, mari kita lihat pilihan pembiayaan untuk dua model yang serupa iaitu – Proton Saga 1.3L Premium AT yang baru dan Proton Saga Premium 1.3L 2020 terpakai dari Carsome.

Katakanlah anda mempunyai wang sebanyak RM10,000 yang boleh digunakan untuk bayaran pendahuluan dan anggaran dalam RM500 untuk bayaran bulanan dalam bajet anda.

Harga Proton Saga baru ialah RM39,800.00. Dengan bayaran pendahuluan RM10,000 dan pinjaman selama lima tahun dengan kadar faedah 3.5 peratus, anda perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM583.58, seperti dalam pengiraan di sini.

Manakala harga bagi Proton Saga terpakai dari Carsome pula ialah serendah RM35,200. Dengan bayaran pendahuluan RM9,973 dan pinjaman lima tahun, anda cuma perlu membayar RM494 sahaja untuk bayaran ansuran bulanan.

pembiayaan saga terpakai di carsome

Bandingkan RM583.58 dengan RM494, anda akan membayar 15 peratus lebih rendah untuk ansuran bulanan dengan kereta terpakai! Ini merupakan jumlah yang mampu milik bagi anda dan juga anak remaja anda yang akan bekerja di masa hadapan, jika mereka mengambil alih tanggungjawab pembayaran.

3. Penyelenggaraan

Selesai dengan pembiayaan, aspek seterusnya yang perlu anda pertimbangkan adalah penyelenggaraan.

penyelenggaraan kereta sangat penting

Jika anda memilih untuk membeli kereta baru, anda akan dinasihatkan untuk menyelenggara kereta tersebut di pusat servis yang sah untuk menjaga jaminan waranti kereta.

Ini akan membuat pilihan penyelenggaraan anda menjadi terhad dan kos penyelenggaraan juga mungkin akan menjadi sedikit mahal terutamanya jika tempoh waranti anda sudah tamat.

Sementara itu, jika anda memilih kereta terpakai, anda bebas untuk menghantar kereta ke bengkel pilihan anda untuk penyelenggaraan. Kalau anda ada bengkel yang dipercayai, bersesuaian dengan bajet bulanan kereta dan berhampiran dengan kawasan kediaman anda, ini lebih baik!

Anda juga tidak perlu risau untuk mendapatkan khidmat pusat servis yang sah jika kereta anda tiba-tiba rosak. Guna sahaja aplikasi mudah alih di telefon anda seperti Pomen dan anda boleh mendapatkan servis professional untuk membaiki kereta anda pada bila-bila masa anda perlu!

Artikel Berkaitan: Kereta Rosak? Kos Alat Ganti atau Spare Part Kereta yang Perlu Anda Tahu

4. Keselamatan

Keselamatan sudah pasti akan menjadi faktor yang akan diutamakan oleh ibu bapa apabila membeli kereta untuk anak mereka. Kereta baru kini dilengkapi dengan pelbagai jenis sistem keselamatan untuk memastikan kesejahteraan pemandu dan penumpang, tetapi pada harga yang lebih tinggi.

Sebagai contoh, lihat sahaja kereta Proton Saga 1.3L Premium AT yang baru. Dengan harga RM39,800.00, ia dilengkapi beg udara SRS berkembar depan, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Pengedaran Brek Elektronik (EBD), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Daya Tarik, Bantuan Brek, Bantuan Tahan Bukit, Parking Sensor Depan dan Belakang, serta kamera pandang belakang, dan semuanya dilindungi oleh waranti Proton kerana ia kereta baru.

Bandingkan pula dengan Proton Saga Premium 1.3L 2020 terpakai, kereta sama yang dilengkapi dengan spesifikasi keselamatan yang sama, berharga cuma RM35,200 di Carsome. Anda boleh dapat penjimatan lebih dari RM4,000 dan Carsome juga memberikan jaminan waranti satu tahun jika anda membeli kereta Carsome Certified.

Beli Dengan Pengedar Kereta atau Dalam Talian?

Setelah memutuskan untuk membeli kereta pilihan untuk anak anda, kini anda perlu memilih tempat untuk berurus niaga.

Pengedar Kereta

Sekiranya anda memilih untuk membeli kereta baru, anda pasti akan mencari pengedar kereta berdekatan untuk berurus niaga. Tempatnya selesa dan mereka juga ada penasihat jualan untuk membantu anda. 

Tetapi bagaimana jika anda tidak dapat menemui pusat pengedar yang boleh memenuhi kehendak anda? Anda akan menjadi kurang selesa untuk meneruskan urus niaga dan jika mereka tidak mempunyai stok kereta yang anda mahu, anda mungkin perlu menunggu sehingga beberapa bulan atau setahun untuk mendapatkannya.

Anda juga perlu menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk mencari pusat pengedaran yang mampu memuaskan kehendak anda. Mana ada remaja yang mahu habiskan masa mereka mencari pusat pengedaran kereta seharian.

Lagipun kita juga dalam keadaan pandemik sekarang, tak elok sekiranya kita bergerak secara berlebihan.

Beli Dalam Talian

Dahulu, pembelian kereta dalam talian merupakan angan-angan sahaja. Kini tidak lagi! Platform membeli kereta terpakai dalam talian seperti Carsome menawarkan penyelesaian yang mudah dan dipercayai untuk mencari dan membeli kereta terpakai idaman anda.

Anda boleh membuat tempahan untuk sesi pandu uji (kami juga menyediakan khidmat pandu uji di rumah) dengan menghantar maklumat anda dan Konsultan Carsome kami akan menghubungi anda untuk menetapkan satu sesi.

Dengan hanya beberapa klik, anda boleh dapatkan kereta terpakai yang anda inginkan dalam keselesaan rumah anda, tanpa meninggalkan katil anda pun.

Selain itu, pembelian kereta secara dalam talian juga lebih mudah kerana Carsome menyokong pelbagai kaedah pembayaran.

Artikel Berkaitan: Kaedah Pembayaran Beli Kereta Terpakai di Malaysia

Namun, masalah utama dalam pembelian kereta secara dalam talian adalah anda risau tidak dapat memeriksa dan berinteraksi secara fizikal dengan kereta yang anda pilih. Jangan risau, kerana Carsome menyediakan laporan pemeriksaan terperinci dengan gambar yang jelas (ada yang datang dengan pandangan 360 darjah!) untuk setiap kereta terpakai jualan mereka.

Sangat telus dan sangat mudah berurusan dengan Carsome!

Keputusan di Tangan Anda

Kami harap panduan ini dapat membantu anda dalam membuat keputusan yang tepat ketika membeli kereta untuk anak lelaki atau anak perempuan anda. Memiliki kereta adalah tanggungjawab besar dalam kehidupan seorang remaja.

Sebagai ibu bapa, adalah penting bagi anda untuk berbincang dengan anak anda terlebih dahulu, sebelum memberi mereka kereta untuk memastikan mereka bersedia untuk menerima tanggungjawab tersebut.

Setelah mereka memahami hakikat memiliki kereta, mereka dapat mempersiapkan diri secara mental dan fizikal untuk menjadi pemilik kereta yang bertanggungjawab dan anda juga tidak perlu bimbang di masa hadapan.

Carsome Je Lah!

Kalau anda memutuskan untuk membeli kereta terpakai untuk anak anda, Carsome je lah! Dengan inventori yang luas, mencari kereta terpakai berkualiti tinggi yang memenuhi kehendak anda dan anak anda sangat mudah di Carsome. Selain itu, jika anda membeli kereta Carsome Certified, anda akan mendapat kereta yang dijamin dengan Carsome Promise untuk ketenangan fikiran anda.

Ini adalah Carsome Promise kami kepada anda:

  • Pemeriksaan profesional: Semua kereta Carsome Certified telah lulus pemeriksaan yang merangkumi 175 titik untuk memastikan ia bebas daripada kerosakan besar yang melibatkan kemalangan, kerosakan rangka, kebakaran dan banjir. 
  • Jaminan wang dikembalikan dalam masa lima hari: Sekiranya anda membeli kereta terpakai dari Carsome dan anda tidak menyukainya, anda boleh mengembalikannya kepada kami dalam masa lima hari untuk mendapatkan bayaran penuh kembali. Tanpa sebarang soalan! 
  • Jaminan Satu Tahun: Pembelian kereta terpakai dengan Carsome disertai dengan ketenangan fikiran untuk masa hadapan. Sebab itu kami memberikan anda jaminan perlindungan untuk tahun pertama. 
  • Harga yang tetap: Harga yang anda lihat pada senarai di laman web kami ialah harga penuh sebenar tanpa sebarang yuran yang tersembunyi. Itulah harga yang anda perlu bayar!

Kami berharap kami dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat dalam membeli kereta untuk anak anda. Anda juga boleh menyemak promosi bulanan kami untuk penjimatan yang lebih banyak.

Artikel Berkaitan: Panduan Lengkap Jual Beli Kereta Terpakai di Malaysia

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular