HomeBMKetahui Punca Kereta Rosak Daripada Warna Asap Ekzos

Ketahui Punca Kereta Rosak Daripada Warna Asap Ekzos

Setiap kereta dengan enjin pembakaran dalaman mempunyai paip ekzos yang mengeluarkan asap. Gas yang dikeluarkan daripada kitaran Otto dan keluar melalui ekzos mengandungi pelbagai bahan kimia termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, hidrokarbon, dan sebagainya. Secara asasnya dan dalam kereta moden, ia biasanya tidak kelihatan, tetapi jika ada asap yang kelihatan tebal, ia adalah salah satu petanda bahawa terdapat masalah dalam proses pembakaran. Ilmu tentang jenis-jenis asap yang berbeza boleh membantu mengenal pasti punca masalah dan mencegah kerosakan lebih lanjut pada kereta anda.

5 Warna Asap Kereta dan Punca Kerosakan

Selain penyelenggaraan kereta secara berkala, anda juga boleh mengenal pasti kerosakan yang berlaku pada kereta anda dengan memerhatikan warna asap yang keluar daripada ekzos kereta anda. Warna asap yang keluar daripada saluran ekzos secara tidak langsung memberi petunjuk dan gambaran awal kerosakan komponen kereta.

1. Asap Kereta Tidak Berwarna, Sedikit Kebiruan

Jika asap kereta anda tidak menghasilkan sebarang warna atau berwarna sedikit kebiruan, anda secara lazimnya boleh menarik nafas lega. Ini kerana, ia menunjukkan proses pembakaran dalam enjin berlaku dengan baik dengan nisbah perbandingan campuran udara dan petrol yang tepat.

2. Kereta Keluar Asap Hitam

Bagi kereta dengan enjin diesel, kereta keluar asap hitam merupakan situasi normal. Namun begitu, bagi kereta dengan enjin petrol, asap berwarna hitam menandakan proses pembakaran dalam enjin berlaku dengan tidak sempurna – kekurangan udara dalam ruang enjin yang secara tidak langsung menyebabkan lebih banyak bahan api diperlukan untuk proses pembakaran. Jika situasi ini berlaku kepada anda, periksa penapis udara kereta anda kerana ia mungkin tersumbat, injap udara kereta tertutup, terdapat kerosakan pada karburator atau injektor bahan api mengalami kerosakan.

3. Kereta Keluar Asap Putih

Asap berwarna putih merupakan situasi yang biasa berlaku semasa menghidupkan kereta pada waktu pagi disebabkan oleh kehadiran wap air. Namun demikian, terdapat situasi kereta mengeluarkan asap putih kerana minyak pelincir telah memasuki kebuk pembakaran atau disebabkan oleh kerosakan pada bahagian enjin kereta anda. Meskipun kedua-duanya mengeluarkan asap putih–terdapat perbezaan yang ketara antara asap putih yang disebabkan oleh wap air dan minyak pelincir. Biasanya, asap putih tebal yang terhasil akibat kebocoran minyak pelincir menghasilkan bau tertentu.

Selain itu, asap kereta berwarna putih turut menandakan kerosakan pada gasket silinder atau piston yang sudah haus. Bagi kereta dengan enjin diesel pula, asap berwarna putih pekat menandakan sistem pembakaran kereta tidak berfungsi secara optimum. Oleh itu, anda disarankan untuk menghantar kenderaan anda ke bengkel berhampiran untuk pemeriksaan lanjut jika situasi-situasi sebegini berlaku kepada anda. Ia juga boleh mengelakkan anda daripada menanggung kerosakan yang lebih serius yang menelan belanja yang lebih besar.

Artikel Berkaitan: Tanda-tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Perlu Overhaul

4. Kereta Keluar Asap Biru

Asap berwarna biru yang keluar daripada ekzos kereta menandakan masalah yang berkaitan dengan enjin–enjin kereta sedang membakar minyak hitam akibat kerosakan kedap injap atau disebabkan oleh gelang piston yang telah haus. Sekiranya asap berwarna biru keluar semasa kereta sedang memecut, ia menunjukkan gelang piston mengalami kerosakan yang berpunca daripada kepala silinder. Masalah sebegini biasa berlaku dalam kalangan kereta yang sudah berusia, aspek penjagaan kereta yang diabaikan dan kereta dengan bacaan mileage yang tinggi. Lakukan penyelenggaraan dengan segera sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan kerosakan yang lebih serius.

5. Kereta Keluar Asap Kelabu

Selain asap berwarna biru, putih atau hitam–kereta keluar asap kelabu turut menandakan terdapat masalah pada komponen tertentu kereta anda. Meskipun asap berwarna kelabu bukanlah sesuatu yang biasa berlaku, ia menandakan enjin kereta anda membakar minyak gear atau minyak transmisi daripada silinder atau terdapat kerosakan pada gelang piston. Selain itu, sekiranya anda dapat menghidu bau asap seakan-akan terbakar, ia juga menunjukkan komponen pengecasan turbo kereta anda mengalami masalah. Lakukan pembaikan dengan segera untuk mengelakkan kos pembaikan yang lebih tinggi.

Baiki Kereta Anda di Pusat Servis CARSOME

Mengetahui pelbagai jenis asap boleh membantu untuk mendapatkan punca masalah dan mengelakkan kerosakan selanjutnya pada kereta anda. Namun sebaik-baiknya, hubungi mekanik untuk membantu anda menilai sebarang masalah.

Kalau anda tak tahu nak ke bengkel mana untuk periksa atau baiki sistem ekzos yang bocor, anda bawa saja kereta anda ke Pusat Servis CARSOME. Buat masa sekarang, kami ada dua cawangan iaitu di Petaling Jaya dan di Ampang. 

Kenapa anda boleh baiki ekzos kereta anda di Pusat Servis CARSOME tanpa risau kena tipu? Ini sebabnya: 

  • Pengebilan telus 
  • Alat ganti tulen 
  • Mekanik yang bertauliah 

Selagi mana anda tak bersetuju dengan harga yang kami dah berikan, kami tidak akan membaiki kereta anda. Yang penting, anda gembira dan boleh memandu kembali kereta anda tanpa risau selepas selesai kereta dibaiki. 

Alamat Pusat Servis CARSOME:

Pusat Servis CARSOME (Ampang)  

Tambahan, Lot 1322, Kawasan Kilang,

Jln 11, Kampung Baru Ampang,

68000 Ampang, Selangor.

Pusat Servis CARSOME (Petaling Jaya)

No. 2, Lorong 51 A/227C, Seksyen 51A,

46100 Petaling Jaya, Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular