HomeBMTengah Cari Van untuk Perniagaan Anda? Ini 3 Pilihan Van Terpakai Bawah...

Tengah Cari Van untuk Perniagaan Anda? Ini 3 Pilihan Van Terpakai Bawah RM80,000 di CARSOME!

Untuk pastikan perniagaan anda berjalan lancar dan boleh berkembang maju, perkara paling penting yang anda perlukan adalah kenderaan yang boleh boleh dipandu dengan selamat dan mampu mengangkut semua kargo anda tanpa sebarang masalah.

Memiliki van yang sesuai – yang dilengkapi dengan ciri-ciri dan kapasiti yang anda perlukan, adalah penting untuk pengurusan logistik yang cekap agar anda boleh menghantar barang tepat pada masanya.

Tapi, jika anda baru saja memulakan perniagaan anda, membeli van baharu mungkin memerlukan bajet yang lebih tinggi daripada kemampuan anda. Jangan risau, anda sekarang boleh dapatkan van terpakai yang telah diperiksa secara profesional dengan CARSOME.

Jom terokai tiga pilihan van terpakai untuk dijual pada harga yang sangat berpatutan yang anda boleh dapatkan di CARSOME!

Toyota Hiace: Van Serba Guna untuk Pelbagai Situasi

toyota hiace terpakai carsome

Kalau nak cari kenderaan untuk mengangkut kargo, van Toyota Hiace adalah pilihan utama orang ramai! Toyota Hiace generasi keempat dan kelima memang sangat popular di Malaysia dan ia masih lagi digunakan di atas jalan raya sehingga kini.

Apabila generasi keempat diperkenalkan, Toyota mula membezakan antara van untuk penumpang dan juga van serba guna. Toyota Hiace generasi kelima pula menawarkan pelbagai konfigurasi badan, termasuk jarak roda lebih panjang, serta bumbung standard dan juga lebih tinggi untuk memenuhi keperluan perniagaan yang pelbagai.

Di pasaran Malaysia, van ini boleh didapati dengan dua pilihan enjin iaitu enjin diesel empat silinder 2.5 L atau enjin petrol 2.7 L. Dengan ruang kargo yang luas bersaiz 6,043 liter dan kapasiti berat sehingga 800 kg, Toyota Hiace mempunyai ruang yang mencukupi untuk keperluan perniagaan anda.

Layari pilihan Toyota Hiace terpakai CARSOME di sini.

Nissan Urvan NV350: Van dengan Ruang yang Luas

Satu lagi nama yang tak asing dalam segmen van kargo adalah Nissan dan mereka dikenali dengan model van Nissan Urvan NV350 yang menawarkan ruang kargo yang luas dan pemanduan yang mantap.

Model Nissan Urvan High Roof mempunyai 14 tempat duduk dan kapasiti kargo sehingga 1,200 kg yang sangat luar biasa bagi sebuah van! Ia boleh didapati dalam transmisi automatik dan manual yang didatangkan dengan enjin diesel turbo empat silinder untuk memberikan van ini pemanduan yang lancar dan berkuasa.

Tapi, jika anda mahukan van kargo daripada Nissan dalam saiz yang lebih kompak, anda boleh mempertimbangkan van Nissan NV200. Walaupun ia lebih kecil daripada Nissan Urvan NV350, Nissan NV200 menawarkan kecekapan yang luar biasa, yang membuatkannya lebih ideal untuk pemanduan dalam bandar.

van terpakai untuk dijual, carsome nv200

Layari pilihan Nissan NV200 terpakai CARSOME di sini.

Daihatsu Gran Max: Van Kompak tapi Padu

van terpakai untuk dijual, carsom daihatsu gran max

Jika anda rasa Toyota Hiace atau Nissan Urvan terlalu besar untuk kegunaan anda, mungkin Daihatsu Gran Max (juga dikenali sebagai Toyota LiteAce/TownAce di Jepun) adalah pilihan yang lebih sesuai.

van terpakai untuk dijual

Van yang mematuhi piawaian Euro 4 ini mempunyai keupayaan untuk membawa kargo pada jumlah mengagumkan meskipun saiznya kompak. Ia mempunyai kapasiti muatan sehingga 750 kg yang lebih dari cukup untuk menampung keperluan perniagaan kecil.

van terpakai untuk dijual

Van kompak ini dilengkapi dengan enjin petrol 2NR 1.5 L daripada Daihatsu dan ia juga sangat mudah untuk diselenggara kerana stok alat gantinya sentiasa tersedia. Anda boleh mendapatkan van Daihatsu Gran Max ini dalam transmisi manual atau automatik, mengikut keselesaan anda.

Layari pilihan Daihatsu Gran Max terpakai CARSOME di sini.

Dapatkan Van Terpakai Pada Harga Mampu Milik di CARSOME!

Selain daripada mendapatkan kereta terpakai berkualiti, anda juga boleh beli van terpakai yang telah diperiksa secara profesional di CARSOME pada harga yang mampu milik. Nak jual van lama anda? Sudah tentu boleh, jualkan saja kepada CARSOME dan anda boleh dapatkan bayaran secepat mungkin.

Semua van yang dijual di CARSOME telah melepasi pemeriksaan 175-titik yang teliti untuk menjamin van kami bebas daripada kerosakan akibat kemalangan teruk, banjir, atau kebakaran. Ini bagi memastikan van terpakai kami boleh dipandu dengan selamat dan memenuhi piawaian kualiti kami untuk memberi anda ketenangan jiwa yang mutlak apabila anda menghantar muatan anda.

Kami harap artikel ini dapat membantu anda mencari van terpakai untuk dijual yang sesuai untuk kegunaan perniagaan anda.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular