HomeBMKuiz: Anda Penumpang yang Mana Satu Bila Balik Kampung untuk Hari Raya?

Kuiz: Anda Penumpang yang Mana Satu Bila Balik Kampung untuk Hari Raya?

Bila hari raya dah dekat, kami tahu perkara utama yang akan bermain dalam fikiran semua orang mestilah aktiviti nak balik ke kampung halaman. Ada yang akan memandu sendiri, ada yang menaiki kenderaan awam, dan ada juga yang akan tumpang kereta rakan-rakan untuk balik ke kampung halaman.

Perjalanan balik kampung raya biasanya akan memakan masa yang lama disebabkan keadaan jalan yang sesak, dan ia selalunya akan menguji kesabaran, ketahanan, dan mungkin juga persahabatan yang telah dibina sejak sekian lama. Maklumlah, anda harus duduk beramai-ramai dalam kereta sambil melayan kerenah rakan-rakan anda dalam perjalanan ke destinasi.

Tapi, pernah tak anda terfikir anda jenis penumpang yang macam mana bila naik kereta dengan rakan-rakan anda? Ambillah kuiz singkat ini untuk ketahui personaliti anda sebagai seorang penumpang!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular