Sejak mula bertapak di Malaysia dari bulan Julai tahun lalu, Chery Malaysia telah berjaya menambat hati ramai pemandu di Malaysia dengan tawaran kereta-kereta mereka yang canggih, moden, dan futuristik.
Tahun ini, Chery merancang untuk mengukuhkan lagi jenama mereka dalam industri automotif negara dengan bekerjasama dengan CARSOME untuk memberikan pelanggan mereka pengalaman trade in kereta yang lebih lancar.
Proses Trade In yang Mudah & Pantas dengan CARSOME
Kerjasama antara Chery dan CARSOME ini dijangka akan menetapkan piawaian yang baharu dengan menawarkan proses trade in kereta yang lebih mudah, pantas, dan selamat untuk pelanggan yang mahu membeli kereta baharu dengan Chery.
Dengan memanfaatkan perkhidmatan trade in kereta yang CARSOME tawarkan, pelanggan Chery dapat menikmati proses trade in yang lebih telus, pemeriksaan yang dilakukan secara profesional, dan juga tawaran harga yang kompetitif daripada CARSOME.
Daripada 15 Januari Hingga 15 Februari 2024, Dapatkan Wang Tambahan RM500 untuk Kereta yang Anda Trade In!

Sempena pengumuman kolaborasi ini, CARSOME nak berikan wang tambahan RM500 untuk kereta yang anda trade in bagi pembelian kereta baharu dengan Chery. Promosi ini hanya akan berlangsung untuk masa yang terhad, daripada 15 Januari hingga 15 Februari 2024 saja.
Ambil peluang ini untuk dapatkan kereta Chery idaman anda sambil menikmati penjimatan luar biasa untuk pembelian kereta baharu anda.
Tempah Pemeriksaan Kereta di Mana-Mana CARSOME Experience Center Pilihan Anda
Jika anda pilih untuk trade in kereta lama anda, pihak Chery akan menghubungkan anda dengan CARSOME dan anda boleh tempah pemeriksaan kereta percuma pada bila-bila masa mengikut kesesuaian anda. Macam mana pula dengan lokasi pemeriksaan? Jangan bimbang, ada banyak lokasi CARSOME Experience Center di serata Malaysia. Anda boleh semak lokasi CARSOME Experience Center berhampiran anda di sini.
Selepas menempah janji temu, anda cuma perlu menghadiri sesi pemeriksaan dan jangan lupa bawa sekali dokumen yang diperlukan untuk menjual kereta anda. Kemudian, pemeriksa CARSOME yang bertauliah akan menjalankan pemeriksaan 175-titik yang teliti ke atas kereta dan sebaik sahaja pemeriksaan selesai, kami akan terus membuat tawaran harga untuk kereta anda.

Sekiranya anda bersetuju dengan harga yang ditawarkan, CARSOME akan uruskan semua kertas kerja yang diperlukan dan anda boleh ambil kereta Chery baharu anda apabila semuanya selesai. Memang mudah kan?
Chery akan mengadakan acara eksklusif di semua cawangan mereka untuk meraikan kerjasama mereka dengan CARSOME pada 19 hingga 21 Januari 2024 dan 26 hingga 28 Januari 2024. Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai promosi trade in yang sedang ditawarkan ini, sila kunjungi cawangan Chery dalam senarai di bawah pada tarikh yang ditetapkan berikut:
19 hingga 21 Januari 2024:
- AJ Asia Auto Sdn Bhd
- CNO Autohaus Sdn Bhd (Puchong
- Gagner Auto Sdn Bhd (1S) JB
- Gagner Auto Sdn Bhd (3S) Desa Jaya
- Gagner Auto Sdn Bhd (4S) Medini
- Taycn Kredit Sdn Bhd Seremban
- Tropical Impact Sdn Bhd Balakong
- Affinity Motor Sdn Bhd Kuala Terengganu
- BK Autoworld Sdn Bhd Penang
- Carshen Motors Sdn Bhd Bukit Mertajam
- Indah Utara Enterprise Sdn Bhd Sungai Petani
- Luxe Motor Sdn Bhd Arau
- Leading Fame Auto Sdn Bhd Ipoh
- Apply Autotech Sdn Bhd Semenyih
- Hon City Auto Car Center (M) Sdn Bhd Equine Park
- HMBC Sdn Bhd Kuching
- Kluster Motor Sdn Bhd Kepong
- Vantage Chery Auto Sdn Bhd Bandar Klang
26 hingga 28 Januari 2024:
- Ang Trading & Motor Credit Sdn Bhd Muar
- BK Autoworld Sdn Bhd Sri Petaling
- CNO Autohaus Sdn Bhd Kota Damansara
- WH Oneplus Auto Sdn Bhd Bangi
- CS Euro Auto Sdn Bhd Alor Setar
- Evenergy Auto Sdn Bhd Kuantan
- Daya Agresif Sdn Bhd Rawang
- AI FUTURETECH Sdn Bhd Botanic
- Creater Auto Sdn Bhd Setia Alam
- D Champion Auto Sdn Bhd Sunway Mentari
- JHC Express Sdn Bhd Shah Alam
- UCSI Auto Sdn Bhd Cheras
- VR Green Auto Sdn Bhd Sungai Besi
Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Sekaranglah masa terbaik untuk anda dapatkan kereta Chery baharu pilihan anda. Jangan lupa untuk pilih trade in dengan CARSOME agar anda boleh nikmati promosi terhad ini. Kalau tunggu lama-lama, nanti melepas pula!