Kereta dah dapat kat tangan. Tiba-tiba…, eh! Anda menang baucar melancong! Bolehlah pergi ‘healing’ dengan pasangan ke, mak atau ayah ke, atau ajak ‘bestie’ dan ‘bff’ untuk teman anda! Wah, bestnya!
Macam tak logik, kan? Tapi ini apa yang anda berpeluang untuk menang apabila anda membeli dan menjual kereta di CARSOME bermula Jun hingga Ogos ini!
Senarai Kandungan |
Artikel berkaitan: Dari Awal Hingga Akhir: Langkah Membeli Kereta Terpakai Dengan Carsome
Menang Ganjaran Bernilai Sehingga RM38,000!
Baucar Percutian Bernilai RM3,500 x 8
Sebanyak lapan baucar percutian bernilai RM3,500 setiap satu akan diberikan kepada ulasan yang paling kreatif dan menarik.
Kami juga akan share sedikit tips yang boleh anda buat untuk tingkatkan peluang anda untuk menang kat bawah jadi baca sampai habis tau!
Hadiah Saguhati
Baucar Tint Tingkap Bernilai RM250 x 32
CARSOME nak belanja 32 pelanggan bertuah yang dah berikan ulasan mereka baucar tint tingkap untuk kereta mereka! Pemenang bertuah akan memenangi baucar tint tingkap bernilai RM250 setiap satu.
Baucar Petrol Shell Bernilai RM100 x 20
CARSOME pun nak belanja 20 orang pelanggan bertuah dengan ulasan yang menarik baucar petrol Shell sebanyak RM100 setiap satu.
Kalau tak dapat baucar percutian pun, sekurang-kurangnya tangki minyak kereta anda akan penuh dengan petrol percuma.
Nak Menang? Senang Je!
Mudah saja nak sertai peraduan ini. Apa yang anda kena buat cumalah:
1. Buat pembelian ataupun jual kereta di CARSOME daripada 15 Jun hingga 15 Ogos 2023. Jangan risau! Tiada had minimum harga kereta. Anda beli apa saja kereta daripada CARSOME dan anda dah pun boleh sertai peraduan ini.
2. Tangkap gambar anda bersama kereta yang anda dah jual atau beli di CARSOME.
3. Tinggalkan ulasan (review) di laman Facebook CARSOME Malaysia ataupun di laman Google Business CARSOME Malaysia* beserta gambar yang telah anda ambil sebelum ini. Jangan lupa! Sertakan sekali tagar #CARSOMEpilihanku dalam ulasan anda untuk memudahkan kami menilai dan membaca ulasan anda!
Artikel berkaitan: Dari Awal Hingga Akhir: Langkah Membeli Kereta Terpakai Dengan Carsome
Jika anda ingin tinggalkan ulasan di laman Google Business, Anda boleh rujuk di hujung artikel untuk laman Google Business Pusat Pengalaman dan juga Pusat Pemeriksaan CARSOME.
Mudah kan! Itu saja yang anda harus lakukan.
Ulasan wajib dibuat sama ada di laman Facebook CARSOME Malaysia ataupun di laman Google mana-mana Pusat Pengalaman ataupun Pusat Pemeriksaan CARSOME yang anda berurusan. Anda boleh rujuk senarai DI SINI.
*Tertakluk pada Terma dan Syarat
Pemenangnya Ialah…
Senarai pemenang akan diumumkan secara berperingkat setiap hari Jumaat dua minggu sekali sepanjang tempoh peraduan ini berlangsung. Pemenang akan diumumkan di laman Facebook dan juga Instagram CARSOME Malaysia.
Para pemenang bertuah akan dihubungi oleh pihak kami untuk proses penebusan hadiah.
Psssttt! Meh Kami Nak Share Sikit Tips Macam Mana Nak Menang!
Anda nak menang dengan mudah? Oh! Mudah saja sebenarnya. Meh kami kongsikan tips macam mana nak menang.
1. Jangan Malu-malu!
Gambar yang paling kreatif yang boleh mencuit hati kami atau menarik perhatian kami, itulah yang kami akan pilih!
Jadi, jangan malu-malu! Anda buat apa saja yang anda rasa kreatif. Nak guna props pun boleh. Dipersilakan! Nak ajak satu kampung dalam gambar pun boleh. Tiada masalah untuk ini. Semuanya terpulang kepada anda.
2. Ajaklah Konsultan atau Pemeriksa Bergambar Sekali. Barulah Meriah Sikit!
Konsultan yang berurusan dengan anda itu dah banyak usaha macam-macam untuk pastikan anda berjaya beli kereta yang anda inginkan. Jadi, apa salahnya ajak sekali konsultan CARSOME untuk bergambar dengan anda.
Kalau anda yang menjual kereta kepada CARSOME, ajak sekali pemeriksa kereta beserta Konsultan CARSOME untuk bergambar sekali. Lagi ramai lagi meriah, betul tak!
3. Pastikan Anda Buat Ulasan di Tempat Yang Betul
Kami hanya terima penyertaan jika anda beri ulasan anda di dua tempat berikut sahaja iaitu di laman Facebook CARSOME Malaysia ataupun laman perniagaan Google Experience Center atau Inspection Center yang anda berurusan dengan.
Kalau anda tinggalkan ulasan seperti di Instagram CARSOME Malaysia, kami tidak akan terima penyertaan tersebut.
Senarai Laman Google CARSOME seluruh Malaysia:
Anda boleh tinggalkan ulasan anda di lama Google Business Pusat Pemeriksaan dan juga Pusat Pengalaman CARSOME. Tak payah nak pening-pening! Anda boleh rujuk di jadual di bawah. Pilih cawangan mana yang anda berurusan dan terus tinggalkan ulasan anda di situ!
Negeri |
Pusat Pengalaman CARSOME (Experience Center CARSOME) |
Selangor dan Kuala Lumpur | Automall Petaling Jaya |
Pulau Pinang | Setia SPICE |
Perak | Ipoh |
Johor | Johor Jaya |
Melaka | Jalan Munshi, Melaka |
Negeri Sembilan | Bukit Kepayang |
Pahang | Kuantan Avenue |
Negeri |
Pusat Pemeriksaan CARSOME (CARSOME Inspection Center) |
Selangor dan Kuala Lumpur | Glenmarie |
Melaka | Melaka |
Negeri Sembilan | Seremban |
Kedah | Alor Setar |
Pulau Pinang | Bayan Lepas |
Perak | Bercham |
Johor | Batu Pahat |
Kelantan | Kota Bharu |
Terengganu | Kuala Terengganu |
Pahang | Kuantan |
Sabah | Kota Kinabalu |
Sarawak | Kuching |
Jom Pilih CARSOME!
Jika anda merancang untuk membeli atau menjual kereta dengan CARSOME, jangan lupa untuk sertai peraduan ini! Langkahnya cukup mudah. Cuma perlu ambil gambar dan berikan ulasan terbaik dengan cara paling kreatif untuk menang baucar percutian!
Layari laman web CARSOME atau muat turun aplikasi CARSOME untuk mencari kereta idaman anda atau untuk tahu cara untuk menjual kereta anda dan mana tahu, ada rezeki anda boleh melancong dengan percuma, kan?
Very efficient- the whole process is just smooth.
Carsome bagus tempat beli Kereta dn senang dlm prosesan Kereta untk rakyat
Malaysia idamkn
Good customer service and no hassle of selling cars , staff r good train . With smiling face