HomeBMNak Buat Pinjaman untuk Pesara Beli Kereta Perlukan Dokumen Apa?

Nak Buat Pinjaman untuk Pesara Beli Kereta Perlukan Dokumen Apa?

Bila tiba masa untuk bersara, ramai yang beranggapan bahawa mereka sudah tiada peluang untuk membuat sebarang pinjaman kerana ia akan melibatkan urusan dan kertas kerja yang menyusahkan, terutamanya bagi warga emas yang mungkin tak biasa dengan proses ini. Sebenarnya, nak mohon pinjaman untuk pesara yang mahu membeli kereta sangat mudah, tetapi ada beberapa syarat yang perlu diambil kira terlebih dahulu. Selain itu, ada juga dokumen tambahan yang perlu disediakan dalam proses permohonan mereka.

Kami senaraikan semuanya di sini untuk panduan anda.

Syarat-syarat Permohonan Pinjaman untuk Pesara

pinjaman untuk pesara, elderly couple discuss with corporate lady

Persaraan tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk memiliki kereta idaman anda. Hakikatnya, pesara masih mempunyai peluang untuk memohon pinjaman kereta, asalkan mereka mampu memenuhi syarat tertentu yang ditetapkan oleh pihak institusi kewangan seperti berikut:

  • Umur tidak melebihi 60 tahun;
  • Tempoh pinjaman tidak melebihi had umur 65 tahun.

Dokumen yang Diperlukan Apabila Memohon Pinjaman untuk Pesara

pinjaman untuk pesara, elderly man sign document

1) Salinan Kad Pengenalan & Lesen Memandu

Dokumen asas seperti salinan kad pengenalan dan lesen memandu diperlukan sebagai bukti identiti dan kebolehan memandu. Ini adalah dokumen utama yang perlu disediakan dalam setiap permohonan pinjaman kereta.

2) Dokumen Sokongan Kewangan (Penyata Bank atau KWSP)

Sebagai pesara, walaupun pendapatan mungkin berubah setelah bersara, anda masih perlu menyediakan dokumen sokongan kewangan untuk menunjukkan keupayaan untuk membayar balik pinjaman.

Dokumen-dokumen ini termasuk penyata bank terkini atau penyata KWSP, jika berkaitan. Untuk beli kereta di CARSOME, anda perlu sediakan penyata berikut untuk tempoh enam bulan.

3) Salinan Kad Pesara & Penyata MyPesara

Dokumen ini penting kerana ia membuktikan status pesara dan memberikan perincian pencen atau elaun pesara. Pihak bank atau institusi kewangan memerlukan maklumat ini sebagai rujukan dalam menilai kelayakan pinjaman.

Sediakan Penjamin untuk Permohonan yang Lebih Lancar

Jika skor kredit anda tidak kukuh, pihak institusi kewangan mungkin meminta seorang penjamin atau guarantor daripada ahli keluarga terdekat sebagai syarat tambahan dalam permohonan pinjaman untuk pesara.

Jangan risau, langkah ini sebenarnya bertujuan untuk memudahkan anda dan memberi keyakinan tambahan kepada pihak bank. Dengan adanya penjamin, profil kredit anda akan menjadi lebih kukuh dan peluang pinjaman anda lulus akan menjadi lebih tinggi.

CARSOME Menyediakan Cara Membeli Kereta Terpakai yang Mudah & Terjamin

Walaupun anda dah pencen, memang sangat mudah sebenarnya untuk membeli kereta. Dengan persiapan yang baik dan dokumen yang lengkap, proses mendapatkan pinjaman dan membeli kereta akan menjadi lebih lancar dan menyeronokkan. Lebih-lebih lagi kalau anda pilih untuk membeli kereta terpakai berkualiti di CARSOME, kerana kami akan membantu anda menguruskan semua kertas kerja yang diperlukan dan anda juga boleh pilih penghantaran kereta terus ke rumah, jadi tak perlulah susah payah ambil kereta baharu anda!

pinjaman untuk pesara, the elderly gang goes for a ride

Tambahan pula, jika anda pilih kereta CARSOME Certified, semuanya sudah lulus pemeriksaan 175-titik yang teliti untuk memastikan ia bebas daripada kerosakan akibat kemalangan teruk, kebakaran, dan banjir. Anda juga tak perlu risau tentang keadaan kereta kerana semuanya telah dibaik pulih secara profesional di CARSOME Certified Lab bagi menjamin keselamatan, keselesaan, dan memberikannya estetik yang telah dibaik pulih.

Atau anda juga boleh dapatkan kereta CARSOME Value yang ditawarkan pada harga mampu milik, tanpa sebarang bayaran tersembunyi. Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Layari carsome.my atau muat turun aplikasi kami untuk nikmati hari-hari persaraan anda dengan kereta idaman anda!

Artikel berkaitan: Takut Pinjaman Kereta Tak Lulus? Anda Boleh Cuba Pinjaman Pralulus!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular