Takut Pinjaman Kereta Tak Lulus? Anda Boleh Cuba Pinjaman Pralulus!

Mendapatkan pinjaman kereta mengambil masa yang lama – antara daripada beberapa hari sehinggalah kepada beberapa minggu dan boleh jadi lagi lama kalau dokumen tak cukup – ini bermakna anda tak boleh nak pandu kereta baharu anda dalam masa terdekat. 

Tetapi untuk mereka yang tak boleh nak bayar kereta secara tunai (kebanyakan daripada kita), pinjaman sewa beli, juga dikenali sebagai pinjaman kereta ni sudah menjadi satu kewajipan kalau nak beli kereta. 

Man budgeting expenses

Sekarang, katakanlah kami boleh buang tempoh menunggu untuk dapatkan kelulusan pinjaman dengan pinjaman pralulus? Betul tu – pinjaman pralulus memang wujud dan sebenarnya ada banyak kelebihannya berbanding pinjaman konvensional yang memerlukan masa menunggu yang lama tetapi berisiko untuk tak diluluskan. Mari kami jelaskan: 

Apa Itu Pinjaman Kereta Pralulus?

Pinjaman kereta pralulus merupakan pinjaman kereta yang telah diluluskan dahulu sebelum anda memilih kereta yang anda nak beli. Ada banyak sangat kelebihan mendapatkan pinjaman kereta pralulus, antaranya: 

  • Anda boleh merancang kewangan anda: Dengan pinjaman kereta pralulus, anda akan tahu berapa pinjaman maksimum terus sebelum anda cari kereta yang anda nak. Dengan cara ini, anda boleh beli kereta berdasarkan kemampuan anda. Contohnya, anda mohon pinjaman kereta pralulus dan dipraluluskan untuk RM80,000. Jadi, anda dah boleh beli kereta dalam had ini. Tetapi, janganlah anda habiskan had RM80,000 itu. Anda boleh beli berdasarkan had, kira bayaran ansuran bulanan dan tetapkan bajet yang boleh anda bayar. 
  • Mengelakkan kekecewaan: Memandangkan anda dah ada pinjaman kereta pralulus, prosesnya dah jadi lagi mudah untuk membeli kereta. Ini kerana anda tak payah nak tunggu pinjaman untuk lulus dahulu kalau anda meneruskan dengan pinjaman konvensional di mana anda pilih kereta kemudian baru mohon pinjaman. Dengan prakelulusan, anda dah tahu bahawa anda dah ada pembiayaan yang diperlukan untuk membeli kereta, menolak kemungkinan permohonan pinjaman anda akan ditolak kerana anda dah tahu apa yang anda mampu bayar. 
  • Dapat kereta dengan segera: Ini berkaitan dengan poin sebelumnya, apabila anda pilih kereta, anda boleh dapat terus kereta anda dalam masa beberapa hari tanpa perlu tunggu kelulusan pinjaman. 

Artikel berkaitan: Pinjaman Kereta Ditolak? Ketahui Cara untuk Membeli Kereta Sebagai Graduan Baharu

Dapatkan Kereta CARSOME Certified Dengan Pinjaman Pralulus Melalui CARSOME Capital 

Kini, CARSOME ingin menyediakan pelanggan kami perkhidmatan yang menyeluruh, dengan proses tanpa renyah yang kini dimudahkan lagi dengan pinjaman kereta pralulus CARSOME. Dengan ini, anda boleh membeli kereta CARSOME Certified dan dihantar ke rumah anda dalam masa satu* hari bekerja. 

Ini caranya untuk anda mendapatkan pinjaman pralulus CARSOME untuk membeli kereta CARSOME Certified. 

  1. Dapatkan Sijil Pinjaman Pralulus CARSOME: Klik pada “Dapatkan Prakelulusan Sekarang” di laman Pinjaman Pralulus CARSOME ataupun klik SINI. Anda akan dibawa ke ruang sembang di mana anda boleh hantarkan salinan kad pengenalan anda dan butir-butir pendapatan bulanan anda kepada kami. Kami akan nilai permohonan anda dan jika ia berjaya, Sijil Pinjaman Pralulus CARSOME akan dibuat dengan jumlah pinjaman maksimum, tempoh bayaran dan juga kadar faedah. 
  2. Pilih Kereta CARSOME Certified: Masanya untuk pilih kereta anda. Anda dah dapat saja Sijil Pralulus CARSOME, anda boleh layari laman web untuk memilih kereta yang anda nak dan terus buat tempahan. Di samping itu, anda juga boleh berbincang dengan Konsultan CARSOME dan pilih kereta di mana-mana Pusat Pengalaman CARSOME. Kalau anda dah buat pilihan kereta, anda cuma perlu tunjukkan saja Sijil Pinjaman Pralulus CARSOME untuk selesaikan pembelian kereta anda. 
  3. Ambil kereta dengan segera: Anda dah boleh ambil kereta anda! Anda boleh dapat terus kereta anda dalam masa satu* hari bekerja. Kami akan uruskan untuk pengambilan di Pusat Pengalaman CARSOME atau dihantar terus ke rumah anda. 

Mudah kan! 

Beli Kereta CARSOME Certified Dengan Ketenangan Minda

Dengan pelbagai promosi bulanan, membeli kereta CARSOME Certified bukan sahaja memberikan ketenangan minda kepada anda, tetapi juga menawarkan pelbagai pilihan kereta pramilik dengan kualiti yang dibaik pulih. 

Selain itu, kereta CARSOME Certified juga didatangkan dengan janji berikut: 

  • Harga tetap: Harga yang anda lihat di CARSOME merupakan harga sebenar kereta tanpa bayaran tersembunyi jadi anda tahu berapa yang anda bayar. 
  • Jaminan pulangan tunai dalam lima hari: Jika anda membeli kereta CARSOME Certified dan ingin mengubah fikiran, anda boleh mengembalikannya dalam masa lima hari untuk dapatkan pulangan balik tunai. Tiada soalan akan ditanya!
  • Waranti satu tahun: Kesemua kereta CARSOME Certified mempunyai waranti lanjutan satu tahun dengan perlindungan menyeluruh, sokongan profesional, dan proses tuntutan yang mudah. 

Kereta CARSOME Certified juga menawarkan keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan juga estetik yang telah dibaik pulih untuk memberikan anda pilihan yang berkualiti. Dengan pinjaman kereta pralulus CARSOME, anda tak payah lagi menunggu lama untuk mendapatkan kereta anda dan boleh ambil terus apabila anda dah jumpa kereta CARSOME Certified yang anda mahukan. 

Dengan ini, kami berharap anda boleh dapat kereta yang ada nak bersama kami dan kami mendoakan anda selamat dalam perjalanan anda. 

*Tertakluk pada Terma & Syarat