HomeBMBakal Pengganti Perodua Alza, Perodua D27A Bakal Dilancarkan Penghujung Tahun 2021?

Bakal Pengganti Perodua Alza, Perodua D27A Bakal Dilancarkan Penghujung Tahun 2021?

Perodua Alza merupakan kereta segmen B yang mula dilancarkan pada 23 November 2009. Ia merupakan kenderaan MPV pertama yang dihasilkan oleh pengeluar automotif tempatan, Perodua. Meskipun sudah lebih 12 tahun dalam pasaran, model yang dibina berasaskan platform Daihatsu Boon Luminas ini pernah melalui beberapa naik taraf kosmetik atau facelift. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan peminat Perodua Alza menantikan kehadiran Perodua D27A generasi baharu dalam pasaran tempatan.

Perodua Alza 2020
Kredit: Instagram | Perodua Alza hanya melalui beberapa siri facelift meskipun hampir 12 tahun berada dalam pasaran.

Perodua Alza 2021: Perodua D27A Dijangka Buat Kemunculan Sulung Disember 2021

Generasi terbaharu Perodua Alza 2021–yang turut dikenali dengan kod nama Perodua D27A dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun 2021. Menurut vendor Perodua, Sapura Industrial Berhad (SIB), syarikat itu kini sedang membangunkan beberapa komponen penting untuk MPV baharu Perodua ini. Selain itu, ia juga dalam masa yang sama turut akan membekalkan Case Differential Assembly kepada Akashi Kikai Industri Malaysia.

Syarikat ini merupakan vendor tahap 1 yang membekalkan transmisi kepada model Perodua yang dijangka untuk pengeluaran besar-besaran pada Disember 2021. Ia sekali gus memberi petunjuk besar terhadap kemunculan model pengganti Perodua Alza D27A sedia ada. Namun begitu, perancangan ini sudah semestinya bergantung pada perubahan-perubahan tertentu dengan mengambil kira situasi semasa Covid-19.

Kerjasama Perodua, Daithatsu: Perodua Alza 2021 Model Pertama Perodua Versi Hibrid?

Sebelum ini, beberapa portal dalam talian melaporkan rakan kerjasama Perodua, Daihatsu kini sedang membangunkan sebuah MPV yang dijangka dilancarkan pada suku kedua 2021. Berdasarkan laporan sebuah portal Jepun, model terbaharu ini dijangka menampilkan trenkuasa hibrid dan juga dikhabarkan akan berkongsi platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang sama dengan model Perodua Ativa, Daihatsu Rocky dan Toyota Raize.

Perodua D27A
Kredit: Perodua | Perodua Alza D27A dijangka berkongsi platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang sama dengan Perodua Ativa.

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam suatu temubual sebelum ini, Perodua Ativa tidak akan ditawarkan dalam versi hibrid seperti Rocky. Namun begitu, Perodua dan Daihatsu ada berbincang mengenai teknologi yang lebih mesra alam dan berkemungkinan akan diperkenalkan pada model baharu yang akan datang. Adakah ini bermaksud Perodua D27A merupakan model pertama Perodua yang akan menampilkan trenkuasa hibrid? Ikuti artikel ini untuk perkembangan terkini berkaitan Perodua Alza 2021 generasi baharu yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Nota: Jika anda mempertimbangkan untuk membeli kereta terpakai atau menjual kereta lama anda, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai terbaik di Malaysia.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular