HomeBMSUV Perodua Ativa Dilancarkan – Harga Bermula RM61,500, Lebih Murah daripada Harga...

SUV Perodua Ativa Dilancarkan – Harga Bermula RM61,500, Lebih Murah daripada Harga Tentatif

Model SUV kompak terbaharu Perodua Ativa akhirnya dilancarkan secara rasmi dengan menawarkan tiga pilihan varian iaitu X, H dan AV. Harga atas jalan termasuk pengecualian cukai kereta (SST) untuk model ini bermula RM61,500 hingga RM72,000 di Semenanjung Malaysia. Harga ini lebih rendah berbanding harga tentatif yang diumumkan sebelum ini iaitu RM62,500 hingga RM73,400, tawaran harga ini sah sehingga Jun 2021. Sejak tahun lalu, spekulasi mengenai nama model terbaharu Perodua ini menjadi tanda tanya. Ia akhirnya terjawab hari ini apabila Perodua mengumumkan nama Ativa sebagai nama rasmi SUV kompak Perodua ini. Nama Ativa diambil daripada bahasa Portugis yang membawa maksud aktif, dipilih bersesuaian dengan gaya hidup aktif di bandar.

SUV Perodua Ativa D55L Dilancarkan Secara Rasmi ke Pasaran Malaysia

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, Perodua menerima 5,000 tempahan bagi Perodua Ativa sejak ia dibuka 19 Februari lalu. Ativa merupakan kenderaan dengan pengecas turbo dan model pertama Perodua yang menggunakan Transmisi Boleh Laras Berterusan (CVT). Kesemua teknologi yang ditampilkan oleh Perodua menjadikannya Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) kelima Perodua dan berupaya menyumbang kepada kecekapan bahan api sehingga 18.9 kilometer per liter (km/l).

Enjin Perodua Ativa – DNGA, Turbo dan CVT

Perodua Ativa D55L merupakan sebuah SUV kompak segmen B yang menggunakan platform terkini Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Ia dikuasakan oleh enjin turbo 1.0 liter yang dipadankan dengan enjin CVT – model kereta pertama Perodua yang dilengkapi dengan enjin cas turbo dan menggunakan Transmisi Boleh Laras Berterusan (CVT) bagi menggantikan kotak gear automatik empat kelajuan sebelum ini. Gabungan enjin ini dijangkakan akan menyumbang kepada penjimatan harga minyak sebanyak 18.9 km/l, terbaik dalam kelasnya.

Perodua Ativa – DNGA, Turbo dan CVT
Kredit: paultan.org

Ia turut menampilkan enjin 1KR-VET 1.0 liter turbo, DOHC VVT tiga-silinder — keluarga enjin yang sama dengan yang digunakan dalam model Perodua Axia dan Bezza, tetapi dengan tambahan pengecas turbo yang semestinya menampilkan banyak perbezaan berbanding model-model sebelum ini. Enjin ini berkuasa menghasilkan 98 PS pada 6,000 rpm dan 140 Nm tork dari 2,400 rpm hingga 4,000 rpm. Ia memperlihatkan 30 PS dan 50 Nm lebih baik jika dibandingkan dengan unit enjin yang sama tanpa turbo. Selain itu, enjin 1.0L turbo ini juga mampu memberikan prestasi enjin yang sama seperti enjin Myvi 1.5L.

Dimensi Perodua Ativa

Panjang Perodua Ativa ialah 4,065 mm dengan lebar 1,710 mm – ia 70 mm lebih panjang berbanding Rocky sekali gus menjawab persoalan mengapa Perodua mentakrifkan SUV ini sebagai SUV kompak Segmen B (Rocky daripada Segmen A). Dari aspek ketinggian pula, Perodua Ativa mempunyai tinggi 1,635 mm – ia 15 mm lebih tinggi berbanding model asasnya. Manakala, jarak antara roda ialah 2,525 mm.

Jika dibandingkan saiz Ativa dengan mana-mana model Perodua sedia ada, Perodua Ativa 170 mm lebih panjang dan 22 mm lebih sempit, jarak roda 25 mm lebih panjang berbanding Perodua Myvi. Namun begitu, jika dibandingkan dengan SUV Proton X50 – Ativa 265 mm lebih pendek, 90 mm lebih sempit dengan jarak roda 75 mm lebih pendek.

Artikel Berkaitan: Perodua Ativa D55L vs Proton X50 – SUV Baharu Manakah Pilihan Anda?

SUV Kompak Segmen B Perodua
Kredit: paultan.org

Meskipun Ativa dikatakan lebih kecil berbanding SUV segmen B biasa, ia menampilkan ruang but yang lebih luas iaitu 369 liter, lebih besar berbanding Proton X50 (330 liter). Lantai but Ativa tersedia dalam dua tahap – lantai paling rendah (369 liter) manakala lantai atas (303 liter). Saiz but ini juga dikatakan lebih besar daripada ruang but Myvi (277 liter). Selain itu, Perodua juga turut menyediakan tayar ganti saiz penuh dengan rim sebenar.

Ciri Keselamatan Perodua Ativa

Perodua Ativa atau Perodua D55L yang merupakan model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build ini dijangka akan menerajui gaya, keselamatan, teknologi, kelengkapan dan nilai Perodua. Ia dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 3.0 dalam semua varian. Teknologi terkini ini mampu beroperasi pada kelajuan yang lebih tinggi (pertama kali diperkenalkan dalam Perodua Aruz pada 2019) dan mampu mengesan kenderaan dua roda (pengesanan pejalan kaki ditambah dalam ASA 2.0) berbanding versi semasa. Ini merupakan satu berita baik buat peminat jenama Perodua kerana hanya varian tertinggi menerima sistem ASA dalam kebanyakan model Perodua sebelum ini.

Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 3.0
Kredit: paultan.org

Varian tertinggi Perodua Ativa D55L, varian AV dijangka hadir dengan Kawalan Pengekalan Lorong (LKC), Paparan Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Melintas Belakang (RCTA) dan Kawalan Pemanduan Adaptif (ACC). Manakala, kesemua varian Perodua Ativa D55L ini juga turut dilengkapi dengan enam beg udara SRS (front, side, curtain), ABS, EBD, BA, VSC, Emergency Stop Signal, Hill Hold Assist dan cangkuk tempat duduk kanak-kanak ISOFIX. Ciri-ciri ini dikatakan lebih baik berbanding Proton X50 yang hanya dilengkapi dengan empat beg udara dan ciri-ciri keselamatan ADAS hanya tersedia untuk varian RM103k Flagship.

Spesifikasi dan Harga Perodua Ativa

Kesemua varian Perodua Ativa menggunakan lampu utama dan lampu belakang LED sama seperti Myvi. Varian X iaitu varian paling asas menerima tambahan Auto High Beam (AHB) yang akan diaktifkan pada kelajuan 30 km/j dan ke atas. Sistem ini berfungsi mematikan lampu tinggi sekiranya mengesan kenderaan dari arah bertentangan. Varian H dan AV pula menampilkan Adaptive Driving Beam (ADB) yang merupakan sistem lampu pintar yang melaraskan LED dan mengawal cahaya agar tidak menyilaukan pemandu dari arah hadapan.

Selain itu, ia turut didatangkan dengan lampu isyarat sequential, lampu selekoh – menerangi sudut kiri atau kanan mengikut arah stereng dipusingkan dan menyala semasa kereta berundur untuk menerangi persekitaran. Varian H dan AV juga turut menerima lampu kabus LED. Spesifikasi lengkap ketiga-tiga varian tersedia seperti berikut:

bahagian dalaman SUV kompak segmen B
Kredit: paultan.org
Varian Perodua Ativa Harga Perodua Ativa Spesifikasi Perodua Ativa
X RM61,500 Kit Standard –

  1.  Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 3.0
  2. Pre-collision Warning (PCW) dan Pre-collision Braking (PCB) – dengan pengesanan kenderaan dua roda
  3. Front Departure Alert (FDA)
  4. Pedal Misoperation Control (PMC)
  5. Lane Departure Warning and Prevention (LDW dan LDP)
  6. Lampu Hadapan/Belakang LED dengan Kawalan Lampu Hadapan Adaptif
  7. Rim aloi 16 inci
  8. Kamera undur
  9. Enam beg udara SRS
  10. ABS, EBD, BA, VSC
  11. Emergency Stop Signal
  12. Hill Hold Assist
  13. Cangkuk kerusi kanak-kanak ISOFIX
  14. Pilihan warna Glittering Silver, Granite Grey dan Cobalt Blue
H RM66,100 hingga RM66,600 Kit Tambahan –

  1. Adaptive Driving Beam
  2. Paparan berbilang maklumat 7 inci (panel meter digital)
  3. Sistem infotainmen ‘terapung’ 9 inci skrin sentuh dengan pengecaman suara
  4. Rim aloi dwitona 17 inci
  5. Kamera sensor parkir hadapan
  6. Kamera undur
  7. Pilihan warna Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red
AV RM71,200 hingga RM72,000

 

Kit Tambahan –

  1. Kawalan Pengekalan Lorong (LKC)
  2. Paparan Titik Buta (BSM)
  3. Amaran Trafik Melintas Belakang (RCTA)
  4. Kawalan Pemanduan Adaptif
  5. Pilihan dwitona (bumbung hitam) untuk Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red
ruang but SUV d55l
Kredit: paultan.org

Aksesori dan Utiliti GearUp

Selain itu, Perodua Ativa D55L juga bakal menawarkan pilihan aksesori dan utiliti GearUp dan didatangkan dengan waranti selama lima tahun atau 150,000 km. Berikut merupakan pakej aksesori dan utiliti GearUp yang ditawarkan termasuk harga (harga ditawarkan berdasarkan lokasi):

  • Kit badan Blaze – RM2,500 hingga RM2,563;
  • Sarung tempat duduk Blaze – RM800 hingga RM815;
  • Pelindung bampar belakang – RM140 hingga RM143;
  • Scuff plate LED – RM260 hingga RM264;
  • Pencahayaan lantai – RM240 hingga RM244;
  • Jaring bagasi – RM30 hingga RM31;
  • Penebat hud – RM80 hingga RM81;
  • Visor pintu, tray bagasi dan alas kaki – RM360 hingga RM368.
perodua ativa D55L
Kredit: Perodua

Selain itu, Perodua Ativa turut dilengkapi dengan masukan tanpa kunci atau keyless entry dan butang Push Start. Menariknya, sistem masukan tanpa kunci kini tersedia tanpa perlu menekan butang pada pintu kerana ia menggunakan sensor elektrostatik yang bertindak balas terhadap sentuhan. Bagi sistem infotainmen pula, tiada sambungan Apple CarPlay atau Android Auto disediakan. Namun begitu, pengguna Android boleh memaparkan antara muka telefon pada skrin melalui SmartLink (HDMI port). Malah, pemandu juga boleh menekan butang suara pada stereng untuk memberikan arahan melalui Google Voice.

Warna Perodua Ativa

Varian X dan H dijangka hadir dalam pilihan warna Glittering Silver, Granite Grey dan Cobalt Blue. Varian H juga turut didatangkan dengan pilihan Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red. Manakala, varian AV pula boleh didapati dalam warna Glittering Silver, Granite Grey, Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red. Malah, pengguna juga boleh memilih pilihan dwitona (bumbung berwarna hitam) bagi dua warna Pearl (Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red). Kedua-dua warna ini dan warna Cobalt Blue merupakan pilihan warna baharu yang ditawarkan oleh Perodua.

Perodua SUV baharu
Kredit: paultan.org

Perodua SUV Ativa D55L Dibuka untuk Tempahan – Harga Tentatif Ativa Serendah RM62,500

Model yang paling ditunggu-tunggu, Perodua D55L SUV kini dibuka untuk tempahan bermula 19 Februari lalu. Perodua D55L atau Perodua Ativa dikatakan merupakan model tercanggih keluaran Perodua setakat ini. Model yang dibina berasaskan model Daihatsu Rocky ini dijangka tampil dalam tiga pilihan varian iaitu X, H dan AV – dengan anggaran harga Perodua D55L antara RM62,500 hingga RM73,400 (harga atas jalan tidak termasuk insurans, selepas pengecualian cukai kereta SST).

 

SUV baharu Perodua
Kredit: paultan.org

Perodua Ativa D55L merupakan model pertama Perodua yang memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2 dan kenderaan paling mampu milik di Malaysia yang memenuhi standard berkenaan. Ia semestinya menawarkan ciri dan spesifikasi keselamatan terkini dan tercanggih, menjadikannya SUV saiz kompak yang paling sesuai untuk gaya hidup kontemporari dan moden. Selain itu, jika anda ingin menjual kereta lama untuk memiliki Perodua SUV Ativa D55L baharu ini, layari laman web Carsome untuk info lanjut.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular