HomeBMApa Pandangan Rakyat Malaysia Mengenai Kereta Nasional?

Apa Pandangan Rakyat Malaysia Mengenai Kereta Nasional?

Sempena sambutan Hari Malaysia yang lalu, WapCar telah menerbitkan satu video temu ramah bersama beberapa rakyat Malaysia secara spontan yang dilakukan oleh Adrian dan Greg untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai kereta nasional.

Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan video ini dengan lebih lanjut.

Bila Sebut Tentang Kereta Nasional, Apa Yang Rakyat Malaysia Fikirkan?

Soalan pertama yang ditanyakan oleh Adrian dan Greg menyentuh mengenai pandangan pertama para peserta mengenai kereta Malaysia.

Jawapan yang mereka berikan semuanya sama, masing-masing menyebut jenama dan model kereta buatan Malaysia seperti Proton, Perodua, dan juga Proton Saga dan Perodua Myvi. Sebagai rakyat Malaysia, tak sah lah kalau kita tak kenal jenama dan model kereta buatan Malaysia kan?

Selain itu, rata-rata daripada mereka setuju yang harga kereta nasional lebih murah dan hampir semua rakyat malaysia mampu memilikinya. Malah, kualiti kereta nasional kini boleh dikatakan setaraf dengan kereta-kereta import, dan ia jauh lebih baik jika dibandingkan dengan kereta nasional yang dihasilkan pada tahun-tahun awal pengeluarannya.

Namun, ada juga yang menyatakan bahawa kereta nasional masih dipandang rendah walaupun pelbagai penambahbaikan dah dibuat. 

Adakah Rakyat Malaysia Mahu Memiliki Kereta Nasional?

Untuk segmen kedua pula, Adrian dan Greg bertanya jika mereka mahu membeli atau memiliki kereta nasional. Menurut jawapan yang diberikan oleh peserta mereka semua mahu membeli kereta jenama Malaysia, lebih-lebih lagi jika mereka tidak mempunyai bajet yang banyak.

Man budgeting expenses

Antara sebab-sebabnya adalah terdapat pelbagai pilihan yang boleh dipertimbangkan dengan bajet yang kecil seperti Perodua Myvi dan Proton Saga untuk mereka yang cari kereta pertama, serta Perodua Alza dan Perodua Aruz untuk mereka yang dah berkeluarga.

Tambahan pula, dalam video tersebut semuanya bersetuju yang kereta nasional kini lebih moden dan lebih tahan lasak, jadi sebab itulah kita dapat lihat lebih ramai rakyat Malaysia memilih kereta nasional.

Komen Untuk Pengeluar Kereta Nasional

Dalam segmen terakhir pula, para perserta ditanya jika mereka mempunyai sebarang komen yang mahu ditujukan kepada pengeluar kereta nasional. Berikut adalah komen-komen yang disuarakan oleh mereka.

Salah seorang peserta menyatakan yang pengeluar kereta nasional perlu cuba untuk menawarkan kereta pada harga yang lebih rendah, ada yang menggalakkan pengeluar kereta nasional untuk melestarikan proses pembuatan kereta mereka, ada juga yang mencadangkan bahawa mereka perlu cuba menghasilkan kereta sport!

Yang paling penting, seorang peserta memberi komen bahawa pengeluar kereta nasional perlu menambah baik sistem dalaman kereta mereka dengan menambah sistem Apple CarPlay dan Android Auto agar setanding dengan kereta import.

car interior with floating tab

Satu lagi komen yang menarik perhatian kami menyatakan bahawa pengeluar kereta nasional perlu menghasilkan lebih banyak alat ganti agar kereta yang mengalami kerosakan dapat dibaiki dengan segera tanpa perlu menunggu stok alat ganti yang baharu.

Berdasarkan pendapat spontan yang diperolehi daripada orang awam dalam video tersebut, boleh dikatakan yang rakyat Malaysia bangga dengan kereta nasional dan ramai juga yang akan mempertimbangkan kereta nasional jika mereka mahu membeli kereta.

Kereta nasional mungkin ada sedikit ketidaksempurnaan, tapi anda tak boleh nafikan yang Proton dan Perodua telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan mereka boleh kekal relevan dan mampu bersaing dengan jenama daripada luar negara yang menawarkan kereta yang lebih moden dan canggih.

Lihat sahaja pencapaian mereka menerusi Perodua Myvi, Perodua Ativa, Proton X50, dan Proton X70. Model-model ini membuktikan bahawa kereta nasional mempunyai daya saing yang tinggi dan boleh dibandingkan dengan kereta import.

Kalau anda tengah cari kereta terpakai berkualiti untuk dijadikan kereta pertama, kedua, ketiga atau keempat, boleh layari carsome.my atau muat turun aplikasi CARSOME untuk pilih kereta yang anda mahukan. 

Kami ada model-model kereta nasional yang popular seperti Proton Saga, Proton Iriz, Perodua Myvi, dan Perodua Alza yang telah dibaik pulih secara profesional untuk memastikan anda boleh dapat kereta pramilik berkualiti dengan keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan estetik yang telah dibaik pulih. Jadi, apa yang anda tunggu lagi?

Artikel ini ditulis berdasarkan video ‘What Do Malaysians Think Of Local Cars?’ yang diterbitkan oleh WapCar di Youtube pada 16 September 2022.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular