OPR & Pinjaman Kereta: Cara Tangani Kenaikan Pinjaman

Berikutan pengumuman mengenai kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus tempoh hari, kebanyakan bank di Malaysia seperti Maybank telah mengumumkan bahawa mereka akan menyemak semula kadar faedah asas pinjaman mereka.

bank negara malaysia logo

Ini bermakna mereka yang mempunyai pinjaman berkadar terapung dengan bank seperti pinjaman perumahan, kereta, dan peribadi akan mengalami peningkatan dalam kos pembayaran bulanan mereka. Manakala, mereka yang mempunyai pinjaman berkadar tetap pula tidak terkesan dengan kenaikan OPR yang diumumkan baru-baru ini.

Jadi, kalau anda nak tahu kenapa OPR perlu dinaikkan dan apa yang anda boleh buat kalau bayaran pinjaman kereta anda terkesan, teruskan membaca.

Apa Itu Kadar Dasar Semalaman (OPR) & Kenapa Anda Perlu Ambil Tahu

Kadar Dasar Semalaman atau Overnight Policy Rate (OPR) merujuk kepada kadar faedah yang ditetapkan untuk pinjaman oleh sebuah institusi kewangan daripada institusi kewangan yang lain dalam tempoh semalaman.

Apabila OPR rendah, kadar faedah juga lebih rendah dan ini akan menggalakkan rakyat Malaysia untuk berbelanja dan memohon pinjaman sekaligus dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Manakala lebih tinggi OPR, lebih tinggi kadar faedah yang perlu dibayar apabila meminjam wang dengan pihak bank. Jadi ini akan menyebabkan rakyat Malaysia lebih cenderung untuk mengurangkan permohonan pinjaman wang dan juga perbelanjaan harian mereka.

asian man with no money

OPR dinaikkan atas beberapa sebab, antaranya adalah atas tanda-tanda pemulihan semula situasi ekonomi Malaysia, terdapat tanda-tanda bahawa inflasi di Malaysia akan meningkat, kadar perbelanjaan yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia – sebanyak 18 peratus, dan lain-lain lagi.

Jadi sebenarnya tujuan OPR dinaikkan bukanlah untuk menambah beban perbelanjaan anda, tapi ia penting untuk memastikan keadaan ekonomi negara kita sentiasa sihat. Ia memastikan kadar perbelanjaan rakyat Malaysia kekal pada tahap yang sihat iaitu tujuh peratus, memastikan kesejahteraan aliran tunai negara dan juga untuk meningkatkan simpanan tunai negara.

Artikel berkaitan: Beli Kereta Pertama? Ini Perkara Penting Tentang Loan Kereta yang Perlu Anda Tahu

Pinjaman Kereta Naik, Apa Boleh Anda Buat?

Semak Semula Strategi Bajet Anda

Bila bayaran pinjaman dah naik, ini bermakna anda perlu mengawal perbelanjaan anda dengan lebih ketat. Sediakan pelan perbelanjaan bulanan agar anda boleh berjimat cermat dalam perbelanjaan.

toy car and calculator

Anda boleh gunakan formula perbelanjaan bulanan 50/30/10/10 sebagai panduan:

  • 50 peratus untuk keperluan – Asingkan 50 peratus untuk bayaran bil-bil penting seperti pinjaman rumah, pinjaman kereta, bil internet, elektrik, air, dan sebagainya.
  • 30 peratus untuk kemahuan – Hadkan 30 peratus daripada pendapatan bulanan untuk digunakan sebagai bajet perbelanjaan kemahuan anda seperti hiburan dan rekreasi.
  • 10 peratus untuk simpanan – Walaupun sedang berjimat, simpanan untuk masa hadapan jangan dilupa. Simpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan bulanan anda, kalau boleh simpan lebih banyak lagi bagus.
  • 10 peratus untuk kecemasan – Sangat penting untuk anda simpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada gaji bulanan anda bagi kegunaan kecemasan.

Kalau anda gemar menaik taraf kereta anda dan anda ada rancangan untuk pasang pelbagai jenis aksesori untuk mencantikkan kereta anda, mungkin lebih baik untuk tangguhkan rancangan anda terlebih dahulu dan salurkan dana yang anda ada kepada keperluan yang lebih penting.

Trade In Kereta Anda untuk Kereta Yang Lebih Murah

Salah satu cara untuk kurangkan bayaran bulanan kereta anda adalah dengan trade in kereta anda untuk kereta yang lebih murah. Daripada anda membebankan diri untuk membayar ansuran kereta yang tinggi, lebih baik anda tukar kepada kereta yang lebih mampu milik.

Jika anda trade in kereta lama anda, wang lebihan hasil jualan kereta anda boleh digunakan sebagai bayaran pendahuluan tambahan untuk kereta pilihan anda. Ini boleh mengurangkan lagi kadar bayaran bulanan untuk kereta tersebut.

Selain daripada mengurangkan komitmen bulanan, ini juga dapat membantu anda mengawal perbelanjaan bulanan ke tahap yang mudah untuk diuruskan agar anda boleh bersedia menghadapi kejutan kewangan yang tidak dijangka di masa hadapan.

Artikel berkaitan: Nikmati Diskaun Sehingga RM1,500 Untuk Kereta CARSOME Certified Apabila Anda Trade In Kereta Lama Anda

Jual Kereta Anda

Bukan mudah nak jual kereta yang dah dipakai sekian lama, lagi-lagi kalau kereta tu ada banyak nilai sentimental yang bermakna kepada anda. Tapi kalau bayaran bulanan pinjaman dah terlalu tinggi, lebih baik anda jual kereta anda sebelum ia jadi hutang yang membebankan.

man holding toy car and coins in both hands

Anda boleh cuba untuk jual kereta anda sendiri kepada pihak yang berminat ataupun anda boleh juga jual kereta anda terus kepada CARSOME. Kami menyediakan proses menjual kereta yang mudah, pantas dan selamat agar anda tak perlu pening kepala nak jual kereta.

Tak perlu susah payah nak periksa kereta di bengkel, kami boleh periksa kereta anda secara percuma dan kami akan terus buat tawaran harga yang berpatutan untuk anda. Jika anda setuju untuk jual kepada kami, CARSOME akan uruskan semua kertas kerja untuk anda dan anda juga boleh dapat bayaran dalam masa satu jam*.

Artikel berkaitan: Panduan Lengkap Jual Beli Kereta Terpakai di Malaysia

Dengan ini, kami harap perkongsian ini dapat membantu anda jika anda terkesan dengan kenaikan OPR yang diumumkan baru-baru ini. Dengar cerita, akan ada lagi kenaikan OPR yang akan diumumkan pada tahun 2023 nanti, jadi inilah masa terbaik untuk anda melakukan persediaan sebelum ia berlaku.