HomeBMMercedes Benz: Kini Semua Boleh Memilikinya

Mercedes Benz: Kini Semua Boleh Memilikinya

Jika dahulu, jenama Mercedes Benz ini tidak asing lagi dengan imej ‘orang tua’ dan kurang mendapat tempat dalam kalangan orang muda. Namun kini, jenama ini tidak lagi kedengaran terlalu jauh dan sukar untuk dicapai seperti dulu. Sejak kebelakangan ini, jenama ini kini menjadi buah mulut penggemar dan pengikut setia dunia automotif. Ia kini dilihat dengan imej ‘cool’ dan ‘trendy’ yang sesuai dengan peredaran masa. Malah, tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa Mercedes Benz merupakan simbol kejayaan, kekuatan dan kerja keras pemiliknya.

Mercedes Benz

Jenama kereta buatan Jerman ini sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Kualiti kereta tidak kira luaran mahupun dalaman, aspek keselamatan dan prestasinya setanding dengan kekuatan jenama itu sendiri. Malah untuk rekod, Model C-Class keluaran Mercedes Benz merupakan model paling laris dan paling lama berada di pasaran.

Kereta Mercedes Benz Terpakai? Mengapa Tidak?

Semua orang mengimpikan untuk memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta Mercedes Benz sebagai milikan peribadi. Namun begitu, adakalanya impian itu terpaksa terkubur disebabkan keadaan ekonomi semasa negara yang tidak menentu dan mencabar terutamanya pasca Covid-19. Tetapi anda tidak perlu risau, jika anda masih belum dapat melupakan hasrat tersebut, ada satu cara yang boleh membantu anda mendapatkan kereta idaman anda ini.

Mercedes Benz

Anda mungkin boleh mempertimbangkan pembelian Mercedes Benz terpakai di CARSOME! Pembelian kereta terpakai merupakan alternatif terbaik untuk memiliki kereta idaman anda pada harga yang mampu milik. Selain menjimatkan wang anda, pembelian kereta terpakai juga baik untuk alam sekitar kerana lebih sedikit karbon dioksida dibebaskan ke udara. Terdapat banyak pilihan kereta yang boleh dipertimbangkan sebelum anda membuat keputusan untuk membeli kereta terpakai –model klasik, moden, sedan atau sporty? Semuanya di tangan anda.

Bagaimana Caranya? Rancang Bajet

Mercedes Benz

Harga bagi model collectable bermula dari RM50,000. Model klasik popular zaman 90-an pula boleh menelan belanja antara RM8,000 ke RM20,000 – bersamaan dengan harga bayaran pendahuluan model baharu. Nampak lebih berbaloi memiliki kereta baharu, namun faktor cool-retro yang anda boleh dapat: tidak ternilai.

Model kereta Mercedes-Benz terpakai yang baharu seperti model C200 tahun 2017 (masih dalam waranti) boleh didapati dengan harga di bawah RM200,000 berbanding lebih RM250,000 untuk kereta baharu model yang sama. Penjimatan ini diibaratkan kira-kira dua cawan kopi Starbucks setiap hari sepanjang tempoh pinjaman (dengan bayaran balik kira-kira RM2,000 hingga 2,500 sebulan selama 7 tahun untuk kereta terpakai).

Mercedes Benz

Apa kereta Mercedes Benz idaman anda? Jika anda sedang mencari kereta Mercedes Benz terpakai idaman anda, anda boleh memulakan carian anda di CARSOME, platform jual beli kereta terpakai terbaik di Malaysia! Anda boleh dapatkan model kereta berkualiti pilihan anda dengan tawaran harga yang berbaloi. Siapa tahu impian yang dahulunya tersemat di hati boleh menjadi sebuah kenyataan yang mengembirakan?

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular