HomeBM10 Kereta Second Hand di Malaysia yang Dijual pada Harga yang Mahal

10 Kereta Second Hand di Malaysia yang Dijual pada Harga yang Mahal

Bagi kebanyakan orang, membeli kereta baharu adalah pilihan yang tepat kerana kereta baharu biasanya menawarkan jaminan dan kualiti yang lebih baik setanding dengan harga mahal yang ditawarkan. Namun begitu, kereta baharu mempunyai kadar susut nilai yang lebih tinggi berbanding kereta terpakai sekali gus menjadikannya suatu liabiliti kewangan berbanding pelaburan. Oleh sebab itu, ramai pengguna hari ini memilih untuk membeli kereta terpakai kerana kereta terpakai mempunyai kadar susut nilai yang lebih rendah berbanding kereta baharu.

Meskipun kereta mempunyai penurunan kadar susut nilai yang lebih cepat berbanding hartanah, ia tidak bermaksud semua kereta mengalami situasi yang sama. Ada sesetengah model kereta yang tidak lagi menyusut dan masih mengekalkan harga yang mahal dalam pasaran sekali gus menjadikannya peluang pelaburan yang bijak.

 kereta klasik Datsun Sunny KB210 Coupe 1.2 MT 1975

Model Kereta Tak Jatuh Harga dan Berbaloi untuk Dimiliki

Pemilikan kereta sama ada kereta baharu atau terpakai jika kena dan betul caranya boleh menjadi pilihan pelaburan yang baik. Berdasarkan maklumat daripada sebuah portal online, Ferrari 250 GTO 1962 menjadi model kereta terpakai yang paling mahal dijual semasa jualan RM Sotheby’s Monterey di California. Ia dijual pada harga $48,405,000 atau kira-kira RM198,557,310 pada Ogos 2018.

Selain itu, kereta klasik Datsun Sunny KB210 Coupe 1.2 MT 1975 pula merupakan antara kereta tertua yang pernah dijual kepada platform jual beli kereta terpakai, Carsome. Meskipun sudah berusia, kereta ini ditawarkan pada harga yang mahal dan berbaloi. Selain model kereta ini, terdapat model-model kereta lain yang turut dijual pada harga yang mahal dalam pasaran kereta terpakai. Carsome menyenaraikan 10 model kereta terpakai berikut untuk panduan anda:

1. Honda Integra DC2 Type R

Honda memperkenalkan Intergra Type R pertama untuk Pasaran Domestik Jepun atau Japanese Domestic Market (JDM) pada tahun 1995. Model ini dilengkapi dengan enjin 1.8 liter DOHC VTEC 4 silinder. Enjin JDM Type R ini berupaya menghasilkan 200 PS atau 197 hp pada 8,000 rpm. Bagi model yang sama untuk pasaran Amerika Syarikat pula, ia mampu menghasilkan 198 PS atau 195 hp pada 8,000 rpm. Harga model ini dalam pasaran kereta terpakai turut dijangka akan meningkat kerana model kereta ini memiliki chasis yang asli.

    • Harga Honda Integra DC2 Type R Terpakai: RM40,000 hingga RM60,000
kereta mahal - Proton Arena atau Proton Jumbuck
Kredit: sinarplus

2. Proton Arena

Proton Arena atau turut dikenali sebagai Proton Jumbuck di United Kingdom, Taiwan dan Australia merupakan utiliti coupe pacuan roda hadapan yang dihasilkan oleh pengeluar kereta nasional Malaysia, Proton. Mula diperkenalkan pada tahun 2002, Proton Arena merupakan satu-satunya model lori pickup kecil Proton yang popular dan mendapat permintaan yang tinggi di luar negara berbanding dalam pasaran domestik Malaysia.

    • Harga Proton Arena Terpakai: Boleh mencecah RM25,000 dan ke atas

3. Mercedes-Benz S123 Wagon

Mercedes-Benz Wagon ini merupakan salah satu rangkaian kereta eksekutif yang dihasilkan oleh pengeluar Jerman, Mercedes-Benz dari November 1975 hingga Januari 1986. Nama model ini diubah daripada W123 menjadi S123 pada tahun 2020 untuk membezakan versi bagi model ini. Mercedes-Benz menggunakan W123 untuk versi sedan atau salun, manakala S123 digunakan untuk versi estate atau wagon. Namun begitu, perubahan ini hanya digunakan sebagai packaging name dan mengekalkan nama asal W123 sebagai asas model.

Model ini boleh dikatakan sebagai model Mercedes yang paling berjaya. Ia berjaya mencatatkan jualan sebanyak 2.7 juta unit berbanding model Mercedes-Benz sebelumnya, W114.

    • Harga Mercedes-Benz S123 Wagon Terpakai: RM35,000 hingga RM40,000
Datsun 510 atau Datsun Bluebird
Kredit: sinarplus

4. Datsun 510

Datsun 510 merupakan siri Datsun Bluebird yang dijual antara tahun 1968 hingga 1973. Model ini ditawarkan di luar pasaran Amerika Syarikat dan Kanada sebagai Datsun 1600. Model Datsun 510 diinspirasikan daripada sedan kontemporari Eropah iaitu 1966 BMW 1600-2. Ia menggabungkan enjin SOHC dan suspensi strut MacPherson di bahagian depan dan belakang. Model kereta ini sangat popular terutamanya dalam pasaran Australia, Amerika Syarikat, New Zealand dan beberapa negara lain.

    • Harga Datsun 510 Terpakai: RM20,000 hingga RM30,000

5. Toyota Celica TA22

Toyota Celica merupakan salah sebuah kenderaan yang dihasilkan oleh Toyota antara tahun 1970 hingga 2006. Celica dikuasakan oleh pelbagai enjin empat silinder dengan beberapa gaya badan kenderaan termasuk convertible, liftback, coupe dan notchback coupe. Model ini boleh dianggap model paling ikonik dan menyerlah yang pernah dihasilkan oleh Toyota. Model ini menampilkan reka bentuk persis kereta Mustang keluaran Amerika Syarikat pada era 1970-an.

    • Harga Toyota Celica TA22 Terpakai: RM20,000 hingga RM30,000
kereta mahal - Suzuki Swift Sport
Kredit: sinarplus

6. Suzuki Swift Sport

  • Suzuki Swift merupakan kereta subkompak yang dihasilkan oleh Suzuki. Model kereta ini dikuasakan oleh enjin 1.6 liter empat silinder yang berupaya menghasilkan 130 hp dan 160 Nm tork. Selain itu, model ini turut menawarkan pilihan transmisi manual enam kelajuan atau transmisi CVT berprestasi tinggi dengan mod manual tujuh kelajuan dan paddle shifter. Harga pasaran Suzuki Swift Sport terpakai dijangka akan meningkat dalam tempoh lima tahun akan datang, berbaloi dengan prestasi yang ditawarkan oleh model subkompak ini.
    • Harga Suzuki Swift Sport Terpakai: RM25,000 hingga RM30,000

7. Mazda 3 MPS

Mazda melancarkan Mazda 3 MPS (Mazda Performance Series) semasa pertunjukan automotif 2006 Geneva Motor Show. Model yang sama dijual di pasaran Amerika Utara sebagai Mazdaspeed3 dan Mazdaspeed Axela di Jepun. Mazda 3 MPS dipacu oleh roda depan dan dikuasakan oleh enjin petrol turbocharge 2.3 liter (2.261 cc). Enjin ini mampu menghasilkan output kuasa sebanyak 163 hp dan 380 Nm tork.

    • Harga Mazda 3 MPS Terpakai: RM65,000 hingga RM75,000

Perodua Kelisa

8. Perodua Kelisa

Perodua Kelisa merupakan kereta yang dihasilkan oleh pengeluar automotif tempatan Malaysia, Perodua. Model ini mula dilancarkan pada 2001 sebagai model pengganti Perodua Kancil sebelum digantikan oleh Perodua Viva pada tahun 2007. Perodua Kelisa dibina berdasarkan platform Daihatsu Mira generasi kelima (L700) dan dinamakan sebagai Kelisa (salah satu spesies ikan arowana yang berasal dari Malaysia).

    • Harga Perodua Kelisa Terpakai: RM10,000 hingga RM30,000

9. Mazda MX-5

Mazda MX-5 ialah model kereta sport dua penumpang yang dihasilkan dan dipasarkan oleh Mazda. Ia menampilkan pacuan roda belakang dengan enjin pertengahan depan (front mid-engine). Model bumbung boleh buka atau convertible ini dikenali sebagai Mazda Roadster atau Eunos Roadster di pasaran Jepun dan Mazda MX-5 Miata di pasaran Amerika Utara. MX-5 mencatatkan pengeluaran melebihi satu juta sekali gus menjadikannya kereta sport dua tempat duduk paling laris dalam sejarah.

    • Harga Mazda MX-5 (Tahun 1990, 1991) Terpakai: Sekitar RM50,000

10. Mazda RX-7 FC

  • Mazda RX-7 FC merupakan model Mazda RX-7 generasi kedua. Model coupe dua tempat duduk ini juga tersedia dalam pilihan 4 tempat duduk dan versi convertible di sesetengah negara. Mazda RX-7 FC dikuasakan oleh enjin 13B rotary dan ditawarkan dalam enjin aspirasi semula jadi (NA) atau turbocharge. Model ini dijual dalam pasaran kereta terpakai pada harga sekitar RM50,000. Malah, harga ini turut dijangka akan meningkat dalam tempoh lima tahun akan datang.
    • Harga Mazda RX-7 FC Terpakai: Sekitar RM50,000

Selain itu, jika anda memiliki kereta klasik dan sedang mempertimbangkan untuk menjual kereta klasik lama anda, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan perkhidmatan yang mudah, cekap dan pantas.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular