Apabila kereta anda tiba-tiba berbunyi pelik atau mengeluarkan bau yang tak sepatutnya, maka itu bermakna ada mana-mana bahagian kereta yang rosak. Ini juga bermakna anda perlu (baca: terpaksa) untuk ‘mengorbankan’ duit untuk membaiki apa yang rosak di bengkel kereta.
Artikel berkaitan: Kereta Anda Tersengguk-Sengguk? Ini Mungkin Antara Punca Kereta Tersengguk-Sengguk
Membaiki kereta di bengkel kereta boleh jadi pengalaman yang sangat tak menyenangkan bagi sebahagian pemandu. Terutamanya bagi mereka yang tidak mahir bab kereta. Ada kemungkinan untuk anda menjadi mangsa penipuan bengkel kereta.
Jadi, mari kami kongsikan sedikit beberapa tips mudah nak pilih bengkel kereta yang confirm takkan tipu anda.
Cara Pilih Bengkel Kereta
1. Ulasan dalam Talian
Antara cara paling biasa diamalkan oleh kebanyakan orang adalah dengan menggunakan ulasan dalam talian daripada portal seperti Google. Anda boleh buat carian bengkel yang terdekat dengan anda dan kemudian baca ulasan yang ditinggalkan.
Jika banyak ulasan yang ditinggalkan ialah baik dan banyak rating lebih empat bintang yang diberikan, maka berkemungkinan besar bengkel tersebut boleh dipercayai. Lebih banyak ulasan yang ditinggalkan, ia adalah lebih baik kerana ia sebagai bukti bengkel tersebut memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka.
2. Tanya Keluarga & Rakan
Dalam ramai-ramai ahli keluarga atau rakan-rakan anda, mesti ada seorang yang merupakan kaki kereta. Biasanya, kaki kereta ini mempunyai senarai bengkel-bengkel tertentu yang mereka akan pergi untuk membaiki sebarang kerosakan kereta mereka.
Disebabkan mereka ini lebih tahu tentang kereta, maka anda boleh percayai pilihan yang mereka berikan.
3. Pomen Suka Bagi Tips
Antara cara untuk anda mengetahui satu-satu bengkel kereta itu bagus ataupun tidak adalah apabila pomen atau mekanik di situ ajar anda supaya kereta anda takkan mudah nak rosak. Lagi bagus jika dia tunjukkan bahagian kereta yang dah rosak untuk yakinkan anda.
Sambil membaiki bahagian yang rosak, pomen tersebut akan memberikan tips serta panduan untuk memastikan kerosakan tersebut tidak akan berulang lagi nanti.
Kalau anda ada terjumpa dengan bengkel ini, anda terus jadikan ia sebagai tempat utama untuk anda hantarkan kereta anda kalau ia rosak lagi.
Bengkel yang Jujur Ni Ada Wujud Lagi Ke?
Sebenarnya, ada banyak bengkel dan pusat servis kereta yang masih lagi jujur dengan pelanggan mereka. Cumanya, bengkel dan pusat servis yang jujur ini tak banyak dapat pendedahan yang sepatutnya.
Artikel berkaitan: Soalan Wajib Tanya Kepada Pomen Kereta Kalau Tak Nak Kena Tipu
Kalau ada pun yang tahu, mereka takkan hebahkan sebab nak simpan untuk diri sendiri!
Kalau masih lagi tercari-cari pusat servis kereta yang terbaik untuk anda hantarkan kereta anda, apa kata anda pilih untuk singgah ke Pusat Servis CARSOME.
Kenapa Pusat Servis CARSOME?
Kalau anda takut kena tipu masa nak hantarkan kereta anda untuk dibaiki, apa kata anda pilih saja untuk hantarkan kereta anda ke Pusat Servis CARSOME! Ini sebabnya mengapa anda wajib patut jadikan Pusat Servis CARSOME ini pilihan utama kalau nak baiki kereta anda:
- Caj pembayaran yang telus
- Hanya menggunakan alat ganti tulen
- Mekanik yang terlatih
Selagi mana anda tak bersetuju dengan harga yang kami dah berikan, kami tidak akan membaiki kereta anda. Yang penting, anda gembira dan boleh memandu kembali kereta anda tanpa risau selepas selesai kereta dibaiki.
Kalau anda nak hantar kereta anda untuk diservis pun boleh, nak datang terus pun boleh juga. Nak lagi mudah? Apa kata anda buat dulu temu janji DI SINI, tak adalah anda kena menunggu lama bila dah sampai kat sana nanti.
Layari Pusat Servis CARSOME atau klik sini untuk mengetahui lokasi Pusat Servis CARSOME!