Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih kereta untuk keluarga yang sesuai antaranya faktor penggunaan ruang, keselesaan, kemudahan, dan ciri keselamatan kereta. Jika dahulu kereta merupakan suatu kehendak, namun hari ini kereta menjadi suatu keperluan lebih-lebih lagi jika anda sudah berkeluarga.
Bagi anda yang sedang mencari kereta keluarga baharu, CARSOME menyarankan anda untuk mempertimbangkan ciri-ciri berikut sebelum memilih kereta untuk keluarga yang sesuai untuk anda.
Senarai Kandungan |
Tip Pemilihan Kereta untuk Keluarga
Sebelum memilih kereta yang sesuai untuk anda, ambil kira lima kriteria ini sebelum anda membuat keputusan untuk membeli kereta untuk keluarga baharu:
1. Penggunaan Ruang
Pastikan anda mengambil kira faktor penggunaan ruang sebelum membeli kereta keluarga. Ambil kira saiz ruang dan faktor keselesaan selepas kesemua ahli keluarga, barangan (stroller, tempat duduk kanak-kanak, beg pakaian, dan sebagainya) dimasukkan ke dalam kereta. Kriteria ini penting untuk keselesaan semasa perjalanan jauh terutamanya jika anda mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai.
2. Ciri Keselamatan
Kebanyakan pengeluar kereta menghasilkan kereta untuk keluarga dengan sistem dan ciri keselamatan yang terkini bagi membolehkan anda dan keluarga menikmati perjalanan yang selamat dan selesa.
Namun begitu, faktor ini adalah bergantung pada bajet anda. Kebiasaannya, kenderaan premium baharu dilengkapi dengan lebih banyak ciri keselamatan moden dan canggih. Anda mungkin boleh mempertimbangkan kereta untuk keluarga terpakai dengan harga yang lebih mampu milik.
Artikel berkaitan: Ciri Keselamatan Aktif vs Ciri Keselamatan Pasif Dalam Kereta
Ciri-ciri Keselamatan Kereta untuk Keluarga
Dalam zaman teknologi yang serba canggih ini, kenderaan kini dicipta dengan pelbagai ciri keselamatan dan kelengkapan yang canggih untuk menjadikan pemanduan lebih selamat.
Ini merupakan antara ciri keselamatan terkini untuk membantu anda memilih kereta dengan ciri keselamatan yang terbaik dan sesuai untuk anda.
Kawalan Rondaan Setara (ACC)
Kawalan Rondaan Setara atau Adaptive Cruise Control (ACC) menggabungkan sistem kawalan konvensional dengan beberapa jenis sensor radar atau laser yang dapat menentukan kedudukan relatif dan kelajuan kenderaan lain.
Data yang dikumpulkan ini kemudiannya digunakan secara automatik untuk menyesuaikan kelajuan kenderaan anda dan mengekalkan jarak yang sesuai antara kenderaan anda dan kenderaan di hadapan anda.
Sistem Lampu Hadapan Mudah Suai (AFS)
Kebanyakan sistem lampu depan tradisional dilengkapi dengan dua tetapan – lampu rendah dan lampu tinggi yang direka untuk meningkatkan jarak penglihatan terutamanya pada waktu malam. Namun begitu, penggunaan lampu tinggi ini berbahaya kepada pemandu lain di hadapan kerana ia boleh menyilaukan dan menjejaskan kualiti pemandangan.
Sistem Lampu Hadapan Mudah Suai atau Adaptive Front-lighting System berfungsi menyesuaikan tahap kecerahan dan sudut lampu depan kereta anda secara automatik.
Beg Udara SRS
Teknologi beg udara direka untuk melindungi pemandu dan penumpang semasa perlanggaran. Berdasarkan statistik, penggunaan beg udara dalam kenderaan mampu menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan sebanyak 11 peratus.
Beg udara berfungsi dengan tali pinggang keledar untuk mengurangkan risiko kecederaan kepala dan badan sekiranya berlaku kemalangan. Jika sensor mengesan impak yang berlebihan, ia akan mengaktifkan gelembung beg udara di bahagian tempat duduk pemandu dan penumpang dalam tempoh masa 30 hingga 40 milisaat.
Amaran Pengesanan Titik Buta (BSW)
Blind-spot Warning atau Amaran Titik Buta berfungsi memantau kawasan titik buta, memberi amaran kepada pemandu mengenai kehadiran kenderaan lain. Jika sistem ini mengesan kehadiran kenderaan lain yang sedang menghampiri kereta anda daripada belakang, ia akan menyalakan lampu amaran pada cermin sisi kereta anda.
Jangkar Kerusi Kanak-kanak ISOFIX
Jangkar Kerusi ISOFIX berfungsi untuk memastikan kerusi kanak-kanak dipasang dengan mudah dan selamat terutamanya dalam kereta keluarga. Tempat duduk kanak-kanak dipasang secara terus pada cangkuk menjadikan pautan lebih kukuh dan selamat tanpa perlu menggunakan tali pinggang keledar dewasa.
Jangkar ISOFIX menjadikan pemasangan kerusi kanak-kanak lebih selamat, mudah dan mengurangkan risiko kecederaan akibat kemalangan.
Sistem Brek Antikunci (ABS)
Anti-braking System atau Sistem Brek Antikunci merupakan ciri keselamatan kereta yang direka untuk mencegah brek daripada terkunci semasa situasi kecemasan. Ia secara tidak langsung menjadikan pemanduan anda lebih selamat. Dengan brek biasa, kereta anda mungkin boleh hilang kawalan, tergelincir atau terbabas jika roda depan kereta anda terkunci semasa pemanduan.
Brek Kecemasan Automatik (AEB) & Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
Sistem Brek Kecemasan (Automatic Emergency Braking) dan Amaran Perlanggaran Hadapan (Forward Collision Warning) dipasang pada kenderaan untuk meningkatkan keselamatan pengguna dan mengurangkan risiko kecederaan dan kehilangan nyawa akibat kemalangan.
AEB merujuk pada sistem yang mengesan potensi kemalangandan secara automatik menekan brek untuk mengelakkan atau mengurangkan impak hentaman.
Manakala, FCW merujuk pada sistem tanpa AEB untuk membantu mengesan potensi perlanggaran hadapan semasa bergerak dan memberi amaran kepada pemandu untuk mengurangkan risiko kecederaan.
Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC)
Kawalan Kestabilan Elektronik atau Electronic Stability Control (ESC) mengesan situasi kritikal pada peringkat awal dan mengambil langkah sewajarnya untuk menstabilkan kenderaan dengan selamat dengan menggunakan sensor untuk memantau roda kereta anda.
Sekiranya kereta tergelincir, sistem akan mengambil alih dan mengenal pasti kadar gelinciran lalu mengawal roda melalui brek untuk mengelakkan kereta berpusing secara tidak terkawal.
3. Ruang Kabin
Kebanyakan model kereta moden hari ini tampil dengan ruang kabin yang lebih luas dan selesa. Honda Jazz misalnya, dilengkapi dengan kerusi belakang boleh lipat yang mampu memuatkan objek panjang dan tinggi yang semestinya sesuai untuk keluarga kecil.
Selain itu, anda juga boleh pertimbangkan warna kabin, jenis fabrik yang digunakan lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak kecil. Anda mungkin perlu mengeluarkan belanja tambahan untuk membersihkan ruang dalaman kabin jika anak kecil termuntah atau ada susu tertumpah.
4. Penggunaan Bahan Bakar
Anda disarankan untuk membandingkan berat kenderaan dengan saiz kapasiti enjin, kuasa dan tork maksimum. Jika enjin kereta anda terlalu kecil dengan saiz badan kereta yang besar, ia mungkin boleh meningkatkan penggunaan bahan bakar. Jika tidak pasti, tanya pemilik kereta yang sama tentang penggunaan bahan bakar melalui group di Facebook atau laman media sosial lain.
5. Gaya Pemanduan
Kenal pasti gaya pemanduan anda sebelum memilih kereta keluarga yang sesuai untuk anda. Ini kerana, gaya pemanduan secara tidak langsung mempengaruhi pemilihan kereta keluarga yang sesuai untuk anda.
5 Kereta untuk Keluarga yang Terbaik dan Berbaloi untuk Dimiliki
Ini merupakan lima model kereta untuk keluarga yang bukan sahaja terbaik dan selamat, malah sesuai untuk anda dan keluarga anda.
1. Honda H-RV
Honda HR-V juga menawarkan ruang dalaman yang luas dan selesa. Dengan reka bentuk pintu belakang Magic Seat Honda, anda dapat dengan mudah mengubah konfigurasi tempat duduk untuk memenuhi keperluan anda.
Dikuasakan oleh enjin 1.5L 4 silinder i-VTEC yang menghasilkan kuasa sebanyak 121 hp dan tork sebanyak 145 kaki-paun, HR-V memberikan prestasi enjin yang lancar sambil menjimatkan bahan api. Ini bermaksud bahawa anda boleh menjelajahi jarak jauh tanpa perlu risau tentang kos petrol yang tinggi.
Honda HR-V dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan canggih seperti brek antikunci (ABS), kawalan kestabilan kenderaan (VSA), dan beg udara. Dengan ini, anda boleh memandu dengan yakin dan tahu bahawa anda sekeluarga dilindungi sepanjang perjalanan.
2. Mazda CX-5
Mazda CX-5 juga menawarkan reka bentuk kabinnya sangat ergonomik dengan bahan-bahan berkualiti tinggi dan sentuhan mewah. Pemandu dan penumpang akan merasai keselesaan maksimum dalam perjalanan jauh mahupun pendek.
Prestasi enjin Mazda CX-5 juga tidak dapat dipandang ringan. Dikuasakan oleh enjin SkyActiv-G, ia memberikan kuasa seimbang antara prestasi dan kecekapan bahan api. Anda akan dapat merasai daya tindak balas yang pantas serta kelancaran ketika memandu kereta ini.
Di samping itu, Mazda CX-5 turut dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan pemanduannya. Sistem keselamatan aktif seperti Pemantauan Titik Buta (BSM) serta Advanced Smart City Brake Support (SCBS) membantu mengurangkan risiko kemalangan.
3. Mitsubishi Xpander
Mitsubishi Xpander, sebuah kereta yang tidak dapat diabaikan dengan kelebihan yang menonjol. Dengan reka bentuk yang menarik dan prestasi yang cemerlang, ia memenuhi keperluan pengguna moden.
Mitsubishi Xpander menawarkan ruang dalaman yang luas. Dengan konfigurasi tempat duduk fleksibel, ia dapat menampung hingga tujuh penumpang dengan selesa. Ruang kargo juga sangat mencukupi untuk membawa barang-barang besar seperti kereta sorong bayi dan basikal anak kecil.
Mitsubishi Xpander dilengkapi enjin bertenaga memberikan pecutan yang lancar dan responsif, menjadikan setiap perjalanan lebih menyeronokkan dan memuaskan. Tambahan pula, kelancaran transmisi automatiknya membuat pemanduan menjadi lebih mudah dan lancar.
Keselamatan juga menjadi fokus utama dalam reka bentuk Mitsubishi Xpander. Dilengkapi dengan teknologi keselamatan terkini seperti ABS (Anti-lock Braking System) dan EBD (Electronic Brakeforce Distribution), serta sistem praperlanggaran, ia memberikan jaminan kepada pengguna agar mereka merasa selamat di jalan raya.
4. Proton X50
Pengeluar kereta tempatan, Proton juga mempunyai model kereta SUV yang sesuai untuk kegunaan keluarga dengan kualiti setanding jenama luar pada harga yang jauh lebih berpatutan. Antara model yang boleh anda pertimbangkan ialah Proton X50.
Kenapa Anda Patut Pertimbangkan Proton X50 Aebagai Kereta Keluarga Anda?
Proton X50 dilengkapi dengan enjin bercaj turbo yang boleh memberikan pecutan yang lebih lebih berkuasa tapi pada masa yang sama tidak menggunakan terlalu banyak bahan api.
Selain itu, SUV ini juga dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti sistem amaran lencongan, beg udara, serta kawalan kestabilan kenderaan yang menjamin keselamatan anda semasa perjalanan bersama keluarga.
Jika anda sedang mencari kereta SUv kompak pada harga yang berpatutan, anda sepatutnya memilih Proton X50
5. Toyota Corolla Cross
Toyota Corolla Cross merupakan model kereta yang masih lagi baharu dalam barisan kereta keluaran Toyota. Walaupun masih baharu, Toyota Corolla Cross ini boleh dijadikan sebagai antara pilihan utama jika anda sedang mencari kereta keluarga.
Semua orang tahu kereta buatan Toyota adalah antara yang paling berkualiti dalam pasaran automotif seluruh dunia. Dibuat untuk tahan lama dan sarat dengan pelbagai ciri keselamatan seperti Toyota Sensing, tak hairan kenapa Toyota Corolla Cross ini menjadi antara SUV yang makin menjadi pilihan ramai.
Ruang dalamannya yang luas juga menjadi antara faktor banyak keluarga yang memilih Toyota Corolla Cross ini.
Cara Memilih Kereta Untuk Keluarga
Memilih kereta untuk kegunaan keluarga bukanlah kerja yang mudah. Ada pelbagai perkara yang anda harus ambil kira sebelum membuat keputusan akhir. Ingat! Keputusan akhir anda akan mempengaruhi keluarga anda nanti!
Membeli sebuah kereta adalah sebuah risiko yang sangat tinggi. Jadi, sebelum membuat keputusan, pastikan anda faham akan risiko memiliki kereta. Takkanlah anda nak terjebak dalam krisis kewangan yang teruk setelah membeli kereta yang di luar kemampuan kewangan anda.
Ambil kira pelbagai perkara dahulu dan jangan terlalu gelojoh membuat pilihan. Untuk anda yang sukar membuat pilihan berdasarkan kemampuan yang anda ada, apa kata anda pergi ke CARSOME untuk mengetahui kereta apa yang anda mampu beli dengan bajet yang anda ada.
Artikel berkaitan: Dalam App CARSOME Ada Fungsi Garaj Kereta Digital? Boleh Guna untuk Apa?
Layari laman web CARSOME atau muat turun aplikasi CARSOME untuk memulakan perjalanan pembelian kereta tanpa sukar! Konsultan CARSOME akan memberikan nasihat yang terbaik kereta mana yang patut anda beli berdasarkan kemampuan kewangan anda!
Mahukan lebih banyak promosi terkini, anda boleh rujuk DI SINI untuk dapatkan kereta pada harga yang jauh lebih berpatutan daripada penjual kereta terpakai lain di luar sana!