Apa kegunaan teknologi? Jawapannya mudah saja, untuk memenuhi keperluan manusia ataupun untuk menyelesaikan apa-apa masalah yang manusia ada.
Dalam erti kata lain, tujuan utama teknologi adalah untuk memudahkan kehidupan manusia. Lihat sahaja telefon anda, ada pelbagai aplikasi canggih yang boleh digunakan untuk membantu anda membuat segala-galanya hanya dengan menggunakan jari anda sahaja.
Dulu, fungsi-fungsi yang disediakan oleh aplikasi ini adalah sangat terhad dan mungkin tak boleh diakses oleh orang ramai tapi semuanya sudah berubah dengan kemajuan teknologi.
Sekarang, anda boleh gunakan satu aplikasi untuk mengakses pelbagai fungsi dan ia mungkin termasuk fungsi yang anda tak pernah terfikir akan ada.
Sebagai contoh, secara purata setiap keluarga di Malaysia mungkin akan memiliki tiga kereta atau lebih, bergantung kepada saiz keluarga. Nak uruskan semua kereta tersebut pula bukannya mudah.
Cuba bayangkan, setiap kereta mesti akan ada tarikh luput cukai jalan dan insurans yang berbeza dan jadual servis kereta juga berlainan. Macam mana nak uruskan semuanya dengan teratur? Kalau ada garaj kereta digital mesti lebih mudah!
Uruskan Kereta Anda Secara Virtual dengan My Garage
Dalam aplikasi CARSOME, ada fungsi baharu dengan nama ‘My Garage’ yang direka khas untuk membantu anda menguruskan semua kereta yang anda ada dalam garaj kereta digital dengan mudah.
Ia bagaikan seorang pembantu digital yang akan mengingatkan anda untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans apabila tarikh luput sudah hampir tiba, boleh membantu anda uruskan jadual servis kereta, dan juga menjual kereta anda dengan hanya satu ‘tap’ sahaja.
Macam Mana Nak Guna My Garage dalam Aplikasi CARSOME?
Mudah saja caranya untuk gunakan My Garage. Selepas anda muat turun aplikasi CARSOME, terus log masuk menggunakan nombor telefon anda tanpa perlu mengisi sebarang maklumat peribadi.
Kemudian, anda boleh tap butang ‘+’ pada bahagian My Garage yang berada di bahagian atas skrin dan isikan maklumat berkaitan kereta anda seperti berikut:
- Jenama dan Model
- Tahun buatan
- Varian model
- Transmisi
- Mileage
Anda sekarang sudah berjaya menyimpan rekod kereta anda dalam garaj kereta digital milik anda sendiri!
Apa Lagi Fungsi Lain yang Boleh Digunakan dalam My Garage?
Peringatan untuk Memperbaharui Cukai Jalan & Insurans
Selain itu, anda juga boleh memasukkan maklumat tarikh luput cukai jalan dan insurans agar aplikasi ini boleh memberi anda peringatan apabila ia semakin hampir. Untuk memudahkan anda, pembaharuan cukai jalan dan insurans juga boleh dilakukan menerusi aplikasi CARSOME dan akan diuruskan oleh rakan kongsi kami iaitu PolicyStreet.
Penilaian Harga Kereta Secara Automatik
Yang paling menarik, fungsi My Garage akan menilaikan harga kereta anda secara automatik berdasarkan maklumat yang anda isikan menerusi algoritma penilaian proprietari CARSOME. Berdasarkan harga ini, anda boleh memutuskan sama ada mahu mengikut penilaian insurans yang diberikan oleh syarikat insurans atau meminta nilai yang dipersetujui lebih tinggi untuk kereta anda.
Tempahan Servis Kereta di Pusat Servis CARSOME
Di samping pembaharuan cukai jalan dan insurans, fungsi My Garage dalam aplikasi CARSOME juga boleh membantu anda menguruskan jadual servis kereta dengan mudah. Anda boleh buat tempahan janji temu servis kereta di Pusat Servis CARSOME berhampiran anda secara terus dalam aplikasi ini. Memandangkan kebanyakan butiran kereta sudah disimpan dalam aplikasi, proses tempahan boleh diselesaikan dengan beberapa tap sahaja!
Akhir sekali, untuk menambah sedikit sentuhan peribadi, anda juga boleh meletakkan gambar kereta anda dan nombor pendaftaran kereta agar anda boleh membuat rujukan dengan mudah.
Jual & Beli Kereta Terpakai dengan Mudah Menggunakan Aplikasi CARSOME
Ada banyak benda yang boleh dilakukan menggunakan fungsi My Garage dalam aplikasi CARSOME dan satu hari nanti, ia bukan sahaja setakat garaj kereta digital, ia mungkin boleh digunakan untuk uruskan segalanya mengenai kereta anda – termasuklah menghantar kereta untuk diservis secara automatik!
Selain daripada My Garage, aplikasi CARSOME juga menyediakan fungsi-fungsi lain seperti:
- Melayari kereta dan menempah pandu uji
- Menjual kereta
- Menempah janji temu servis kereta (CARSOME Service Center)
- Berita terkini dalam dunia automotif dan pelancaran kereta baharu
- Menerokai pilihan pembiayaan daripada rakan kongsi CARSOME
Jadi, jika anda memerlukan sesuatu yang dapat memberi anda semua maklumat berkaitan dunia automotif dan direka khas untuk memberi pengalaman membeli, menjual, dan menjaga kereta yang mudah, pantas, dan selamat, aplikasi CARSOME yang baru dan diperbaharui adalah jawapan anda!
Di sini, CARSOME ingin memberi jaminan bahawa kami akan terus menambah baik aplikasi kami dengan mengintegrasikan lebih banyak fungsi dan perkhidmatan sampingan untuk memudahkan anda di masa hadapan.
Jika anda merancang untuk menjual kereta lama anda atau membeli kereta terpakai, muat turun aplikasi CARSOME atau layari carsome.my hari ini untuk mengalami proses menjual dan membeli kereta pramilik yang mudah, selamat, dan telus dengan kereta CARSOME Certified.
Semua kereta CARSOME Certified telah lulus pemeriksaan 175-titik yang teliti dan dibaik pulih secara profesional untuk memberi anda keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan estetik yang telah dibaik pulih.