Anda ada kereta Perodua Axia? Dah sampai masa nak tukar bateri kereta tapi tapi tak tahu nak pilih dan beli bateri kereta Axia anda?
Ada banyak jenis bateri kereta yang dijual dalam pasaran. Setiap satunya mempunyai kelebihan yang pelbagai. Ada yang dijual dengan harga yang berpatutan dan ada juga yang dijual dengan harga yang sedikit mahal seiring dengan kualiti dan kejuruteraan yang ada pada bateri tersebut.
Disebabkan ada macam-macam jenis bateri dalam pasaran, ramai yang rambang mata untuk pilih bateri yang mana satu sesuai dengan kereta dan corak pemanduan.
Artikel berkaitan: Daripada Beli Motor, Baik Beli Axia E Spec Dengan Harga RM22,000!
Tapi tak apa. Kami boleh tolong ‘settle’ untuk anda! Ini merupakan panduan untuk membeli bateri yang sesuai untuk anda pemandu-pemandu si kecil Axia.
Jenis-Jenis Bateri Kereta
Jenis Bateri | Kelebihan | Kekurangan | Harga |
Sel basah | – Harga berpatutan
– Mudah digantikan |
– Asid dalam bateri boleh mengkakis kulit jika terkena
– Air bateri perlu ditambah dari semasa ke semasa. |
Murah |
Sel kering | – Tahan lama
– Tiada air bateri yang perlu ditambah dengan kerap |
– Harga yang mahal
– Prestasi bateri boleh menurun jika lama digunakan |
Mahal |
Gel | – Tahan lama
– Mudah untuk dicas semula |
– Harga yang mahal
– Memerlukan penjagaan yang rapi |
Agak mahal |
Absorbed Gel Mat (AGM) | – Tahan dengan gegaran
– Jangka hayat yang lebih lama |
– Harga yang mahal
– Lebih berat |
Sangat mahal |
Artikel berkaitan: Kenapa Anda Patut Beli Perodua Axia Terpakai Generasi Pertama Sebagai Kereta Pertama?
Harga Bateri Kereta Axia
Sekarang anda dah tahu apa jenis bateri yang ada dalam pasaran, jadi macam mana nak pilih bateri yang sesuai?
Kalau dirujuk kepada manual Perodua Axia, ia menggunakan bateri jenis NS40ZL/34B19L. Ini merupakan senarai bateri yang boleh anda gunakan untuk Perodua Axia.
Bateri Sel Kering Untuk Axia
- Century Marathoner – RM195
- Motolite Heavy Duty – RM165
- Amaron – RM205
- GP MF Platinum – RM195
- Varta – RM200
- Yokohama Gold – RM200
- Bosch SM Mega Power – RM230
- Camel Plus – RM195
Bateri Sel Basah Untuk Axia
- Century Power – RM165
- Motolite Heavy Duty – RM178
Di Mana Nak Cari Bateri Perodua Axia Berkualiti & Asli?
Anda boleh cari bateri kereta yang berkualiti dan yang paling penting sekali, bateri asli dan baharu di Pusat Servis CARSOME.
Kenapa Kena Tukar Bateri Kereta di Pusat Servis CARSOME?
1. Harga Yang Lagi Murah
Anda nak tahu tak, selain daripada menggantikan komponen kereta yang rosak, Pusat Servis CARSOME juga menawarkan pakej paling asas bagi servis kereta di Pusat Servis CARSOME yang bermula serendah RM98. Maknanya, dengan hanya modal tak sampai RM100, anda dah boleh servis kereta anda dengan agak menyeluruh!
Harga ini anda sangat susah nak jumpa kat mana-mana pusat servis kat luar sana!
Artikel berkaitan: Inilah Pusat Servis Kereta Yang Menjadi Idaman Rakyat Malaysia!
2. Caj Pembayaran Yang Telus
Di Pusat Servis CARSOME, proses pembaikan kereta tidak akan dibuat jika anda tidak bersetuju dengan harga yang diberikan. Ini supaya anda tahu apa yang akan dibuat kepada kereta anda serta harga setiap servis dan komponen yang diperlukan oleh kereta anda.
Ini bermakna anda tidak akan kena tipu dengan pomen! Apa yang anda bayar, itulah yang mekanik akan baiki. Melainkan ada isu yang kemudian, itu pun akan dimaklumkan kepada anda sebelum apa-apa langkah pembaikan dibuat
3. Alat Ganti Tulen
Bagi tujuan servis kereta dan juga pembaikan kerosakan kereta, Pusat Servis CARSOME hanya menggunakan alat ganti OEM yang tulen sahaja. Ini bagi memastikan kereta anda tidak akan mengalami sebarang masalah selepas ia dibaiki nanti.
Barulah anda boleh memandu kereta dengan tenang!
4. Mekanik Yang Bertauliah
Kesemua mekanik yang berkhidmat di Pusat Servis CARSOME adalah bertauliah, berkemahiran, dan berpengalaman dalam pembaikan kereta. Jadi, tidak akan ada isu kereta rosak balik selepas dibaiki.
Kunjungi cawangan Pusat Servis CARSOME di Petaling Jaya dan juga di Ampang. Untuk memastikan urusan yang lebih lancar, buat dulu janji temu untuk memudahkan urusan anda dan kami di laman web CARSOME.
*Penafian: Artikel ini merupakan olahan semula daripada artikel “Jenis Dan Harga Bateri Kereta Untuk Perodua Axia” yang diterbitkan di Carlist.my.