Setelah hampir sedekad berada dalam pasaran, Perodua Axia generasi pertama menjadi kereta pilihan rakyat Malaysia sama ada sebagai kereta pertama yang dibeli ataupun kereta kedua. Dengan lebih daripada setengah juta unit terjual di seluruh negara, Perodua Axia generasi pertama merupakan antara kereta yang popular di Malaysia dan bagi Perodua juga.
Walaupun Axia D74A (Axia 2023) baharu jauh lebih baik berbanding model lama, ramai yang tak berpuas hati kerana harga jualannya yang agak mahal. Oleh itu, bagi mereka yang inginkan kereta terpakai dengan bajet yang kecil, anda mungkin boleh pertimbangkan Perodua Axia terpakai.
Artikel berkaitan: Ulasan Perodua Axia 1.0 AV 2023 Daripada Geng WapCar
Ketika artikel ini ditulis, CARSOME kini memiliki lebih 100 unit Axia generasi pertama untuk dijual dengan harga bermula daripada RM27,000.
Axia – Kecil-Kecil Cili Api
Dibuat untuk menggantikan Perodua Viva pada 2014, Perodua Axia generasi pertama merupakan kereta tahap permulaan yang begitu cepat menarik perhatian warga Malaysia. Berbanding model sebelum ini, Axia menawarkan ciri-ciri wajib ada bagi kebanyakan pembeli muda tetapi pada masa yang sama mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.
Ada enam varian yang ditawarkan dengan hanya satu pilihan enjin iaitu 1.0 liter 1KR-DE 3 silinder yang menghasilkan 67 PS/90 Nm. Unit bukan DVVT digandingkan bersama transmisi manual lima kelajuan atau empat kelajuan bagi varian automatik.
Kemudiannya pada tahun 2017, Perodua Axia ini dinaik taraf dengan penampilan yang lebih sporty seiring dengan pelancaran Perodua Bezza yang baharu. Axia versi facelift juga diperkenalkan dengan enjin 1.0 liter yang diperbaharui dengan DVVT. Kuasa kereta ini meningkat kepada 68 Ps dan 91 Nm.
Artikel berkaitan: Dengan Bajet RM50K, Mana Lagi Berbaloi Untuk Anda Beli? – Perodua Axia AV 2023 Atau Myvi 1.3 G Dengan PSDA?
Pada tahun 2019, Perodua Axia ini mengalami naik taraf kedua dengan dilengkapi ciri keselamatan yang terkini iaitu ASA (Advance Safety Assist) 2.0 pada varian tertinggi AV dan juga Kawalan Keseimbangan Kenderaan (VSC) pada kebanyakan varian.
Bercakap tentang varian, naik taraf pada 2019 juga menyaksikan pengenalan varian terbaharu dalam barisan model Axia iaitu Axia Style. Varian dengan penampilan seperti crossover.
Nak Beli Varian Yang Mana?
Jika anda nak memiliki Axia generasi pertama terpakai, kami cadangkan untuk dapatkan model pasca-2017 yang telah dinaik taraf berbanding model sebelum varian facelift diperkenalkan. Selain daripada enjin DVVT yang lebih jimat minyak, model pasca-2017 juga dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan dan ciri lain untuk kemudahan pengguna.
Untuk itu, yang terbaik bagi varian pasca-2017 ialah Axia AV dengan AEB yang diperkenalkan pada 2019. Varian ini menawarkan ciri keselamatan terkini dengan ADAS sebagai standard. Varian kedua terbaik ialah Axia SE 2017 yang menawarkan dua beg udara, ABS, dan juga VSC.
Model facelift 2017 telah membetulkan masalah yang ada pada kumpulan pertama Axia termasuklah butang untuk mematikan pengesan parkir, smart entry, dan juga pemegang pembuka pada pintu but berbanding keperluan untuk membuka but dari dalam kereta.
Masalah Yang Ada Pada Axia
Perodua Axia tak banyak ragam sama seperti kebanyakan model Perodua yang lain. Model baharunya dijual dengan harga berpatutan dan kos penyelenggaraan juga tak mahal.
Walau bagaimanapun, masalah yang sering terjadi ialah pendakap enjin yang perlu ditukar selepas kira-kira 100,000km pemanduan. Ia berharga kira-kira RM900 bagi tiga pendakap beserta kos upah.
Disebabkan Malaysia ini negara beriklim panas, penting untuk kereta memiliki pendingin hawa yang bagus dan anda kena ingat, apabila dah tiba masa untuk menukar pemampat dan gegelung penyejuk, ia boleh menelan kos lebih kurang RM1,200.
Akhir sekali macam biasa, penukaran tayar dan memandangkan Axia menggunakan tayar nipis sebagai standard, menukar tayar Axia tak mahal. Kosnya kira-kira RM150 bagi sebuah tayar berjenama terkenal.
Kesimpulan
Perodua Axia generasi pertama lebih daripada sekadar kereta walaupun ditambah dengan beberapa ciri tambahan. Tetapi ia dah lebih daripada cukup untuk bawa kita daripada titik A ke titik B beserta dengan penggunaan minyak yang bagus.
Dengan harga kurang RM30,000, anda boleh dapatkan kereta yang boleh diharapkan dan ada ruang yang cukup untuk penumpang. Jika anda berminat untuk mendapatkan model Axia pramilik, CARSOME kini mempunyai banyak stok model yang ada dapatkan diskaun sehingga RM8,000 beserta baucar servis PERCUMA bersempena promosi Hari Raya CARSOME. Dapatkannya sekarang di CARSOME!