HomeBMPerodua Axia 2023 Kini Sudah Dilancarkan Secara Rasmi!

Perodua Axia 2023 Kini Sudah Dilancarkan Secara Rasmi!

Perodua baru-baru ini mengumumkan bahawa tempahan untuk Perodua Axia baharu 2023 kini telah dibuka.

Pelbagai spekulasi telah dikeluarkan mengenai Perodua Axia 2023 dan apa yang dapat kami katakan mengenai kereta ini berdasarkan brosur yang dipaparkan di laman web rasmi Perodua ialah, ia telah dinaik taraf secara signifikan berbanding generasi yang sebelumnya.

Harganya Dijangkakan Dalam Lingkungan RM38,000 – RM49,000

Anggaran harga bagi Perodua Axia 2023 adalah dalam lingkungan RM 38,000 hingga RM49,000, dengan empat varian berbeza – G, X, SE, dan AV.

Axia G adalah varian yang paling rendah dengan jangkaan harga RM38,600, diikuti oleh Axia X pada jangkaan harga RM40,000, kemudian Axia SE yang dijangkakan berharga RM44,000, dan akhir sekali Axia AV yang merupakan varian paling premium dengan jangkaan harga RM49,500.

Walaupun terdapat kenaikan harga sebanyak 15 peratus, tetapi model Axia baharu ini dilengkapi dengan pelbagai naik taraf yang membuatnya lebih berbaloi.

Enjin Yang Sama, Kotak Gear Yang Berbeza

Perodua Axia 2023 ini akan dikuasakan oleh enjin 1.0 liter EEV dengan kotak gear D-CVT untuk kesemua empat varian. Jadi, kami yakin yang ia masih menggunakan enjin tiga silinder 1.0 liter 1KR-VE yang sama dengan model Axia yang lama. Maaflah ya, nampaknya Axia baru ni tak boleh nak ‘tekan-tekan preggy’.

Walau bagaimanapun, transmisinya telah dinaik taraf secara signifikan kepada kotak gear D-CVT yang baharu, sama seperti yang digunakan dalam Perodua Ativa yang dilancarkan pada 2021. Tiada lagi transmisi empat kelajuan automatik dengan Axia, dan jarak perbatuannya kini boleh mencecah sehingga 25.3km/liter untuk varian G dan X, manakala varian SE dan AV pula boleh pergi sejauh 27.4km/liter dengan sistem ECO Idle.

Perodua Smart Drive Assist untuk Semua Varian?

Perodua Axia 2023 yang baru ini juga akan turut dilengkapi dengan Perodua Smart Drive Assist yang didatangkan dengan:

  • Enam beg udara
  • ABS dengan EBD & BA
  • Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC)
  • Daya Tolakan Mendaki (HSA)
  • Kawalan Cengkaman (TRC)
  • Filem Tingkap Solar & Keselamatan (Varian SE & AV)

Ciri-ciri lain termasuk lampu depan LED dengan DRL (lampu LED untuk varian X, SE, dan AV manakala DRL pula hanya tersedia pada varian SE dan AV, dan lampu halogen untuk varian asas G) dan banyak lagi yang boleh dilihat dalam gambar di atas.

Varian AV adalah varian paling mewah yang didatangkan dengan kerusi separa perlumbaan separa kulit, skrin info hibur TFT 7-inci, paparan audio 9-inci dan banyak lagi.

Kalau anda berminat nak tempah Perodua Axia 2023, terdapat lima warna yang anda boleh pilih – Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver, Ivory White, dan juga warna baharu Coral Blue.

Tukar Tempahan & Nikmati Rebat Cukai Jualan

DAN lagi satu perkara, jika anda dah buat tempahan Perodua Axia generasi terdahulu sebelum tamat pengecualian cukai jualan tahun lalu tetapi masih lagi menunggu untuk dapatkan kereta, anda mempunyai pilihan untuk menukar kepada Perodua Axia 2023 sekarang dan masih boleh menikmati rebat cukai jualan tersebut. Untungnya macam tu!

Dapatkan Perodua Axia Pramilik Berkualiti Dengan CARSOME

Tak sanggup nak tunggu Perodua Axia 2023? Dapatkan Perodua Axia pramilik yang telah diperiksa dengan teliti dan dibaik pulih secara profesional untuk menjamin keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan estetik yang telah dibaik pulih daripada CARSOME.

Layari carsome.my atau muat turun aplikasi kami hari ini untuk cari kereta CARSOME Certified idaman anda!

Artikel ini ditulis berdasarkan artikel “2023 Perodua Axia (D74A) now open for booking! Estimated price RM38k-RM49k” yang diterbitkan di carlist.my pada 31 Januari 2023.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular