HomeBM5 Fakta Menarik Mengenai Proton Perdana 2016

5 Fakta Menarik Mengenai Proton Perdana 2016

Proton Perdana boleh dianggap sebagai lambang kemegahan Proton. Model ini merupakan model kereta sedan saiz sederhana empat pintu yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Malaysia, Proton. Generasi pertama Proton Perdana mula diperkenalkan pada tahun 1995 yang dibina berasaskan model Mitsubishi Galant Eterna generasi ke-7. Ia merupakan hasil kerjasama antara Proton dan Mitshubishi selepas Proton Saga dan Proton Wira. Selepas itu, Proton memperkenalkan model facelift baharu pada tahun 1998 yang dikenali sebagai Proton Perdana V6 Executive tampil dengan rupa, enjin dan karakter pengendalian baharu.

 

Proton Perdana generasi kedua pula dilancarkan pada 11 Disember 2013 dengan menampilkan dua varian iaitu 2.0L dan 2.4L dengan ciri keselamatan dan keselesaan yang dipertingkatkan. Model Perdana generasi ini dibina berasaskan model Honda Accord generasi ke-8 yang dijual secara eksklusif kepada kakitangan awam dan pegawai-pegawai kerajaan. Pada 14 Jun 2016, Proton sekali lagi melancarkan model Perdana (Proton Perdana 2016) yang berwajah baharu dengan mengubah suai keseluruhan rupa luaran model ini.

Ia berdiri di atas platform yang sama dengan model sebelumnya dengan melakukan pengubahsuaian besar pada bahagian kosmetik tanpa menyentuh bahagian mekanikal. CARSOME menyenaraikan lima (5) fakta menarik mengenai Proton Perdana 2016 yang semestinya akan membuatkan anda teruja.

proton perdana dikuasakan oleh enjin honda accord
Kredit: paultan.org

1. Varian dan Prestasi Enjin

Proton Perdana 2016 hadir dalam dua pilihan varian iaitu Perdana 2.0L dan Perdana 2.4L. Ia dikuasakan oleh enjin Honda Accord iaitu enjin R20A3 SOHC i-VTEC untuk varian 2.0L. Enjin ini berupaya menghasilkan kuasa 154 hp/189 Nm. Manakala varian 2.4L pula dikuasakan oleh enjin K24Z2 DOHC i-VTEC yang berkuasa menghasilkan 177 hp/222 Nm. Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan kotak gear automatik lima kelajuan.

Dari aspek prestasi enjin dan pengendalian, pengalaman pemanduan model ini boleh diibaratkan seperti memandu sebuah Honda Accord. Ia dikuasakan oleh kuasa pecutan yang mencukupi dan lancar yang semestinya menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih optimum.

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON)
Kredit: paultan.org

2. Reka Bentuk Eksklusif

Reka bentuk luaran Proton Perdana tampil lebih elegan dengan rupa bentuk yang menjadi signature Proton terutamanya di bahagian lampu hadapan, gril dan bampar hadapan. Ia diserlahkan lagi dengan lampu pencahayaan siang LED, kit badan penuh dengan spoiler belakang dan antena sirip ikan jerung (shark-fin antenna). Kedua-dua varian ini dilengkapkan dengan rim aloi 17 inci dengan kemasan satu tona berwarna perak (varian 2.0L) dan kemasan dua tona berwarna hitam-aloi (varian 2.4L).

Selain itu, kedua-dua varian ini menerima spesifikasi bahagian dalaman yang hampir sama seperti stereng kulit dengan suis audio, penyaman udara automatik dan tempat duduk belakang boleh lipat. Perdana 2016 juga turut dilengkapi dengan tempat duduk pemandu boleh laras menggunakan fungsi elektronik dan kawalan manual di bahagian penumpang. Saiz kerusi juga tampil lebih besar sama seperti rekaan pada model Honda. Ia sekali gus memberikan sokongan belakang badan yang lebih baik dan selesa.

Perdana 2016
Kredit: paultan.org

Ruang belakang juga tampil lebih luas yang sememangnya memberikan keselesaan dan kelegaan buat penumpang. Malah, ia turut menampilkan ruang but yang lebih luas yang berupaya memuatkan bagasi dan barangan yang lebih besar sekali gus menjanjikan keselesaan terutamanya melibatkan pemanduan jarak jauh. Bahagian dalaman model ini tampil lebih anggun dengan tona warna hitam untuk varian 2.0L dan tona warna beige dan hitam untuk varian 2.4L. Selain itu, tempat duduk kulit penuh ditampilkan untuk varian 2.4L manakala varian 2.0L menerima tempat duduk campuran fabrik dan kulit.

3. Warna Menawan

Proton Perdana ini tampil menawan dalam enam pilihan warna:

  1. Midnight Black
  2. Sterling Silver
  3. Cotton White
  4. Graphite Grey
  5. Ruby Red
  6. Citrine Gold
Proton Perdana 2016
Kredit: paultan.org

4. Harga Kompetitif

Perdana 2016 yang dibina berdasarkan Honda Accord generasi kelapan ini dijual di Malaysia pada harga serendah RM103,927.68 untuk varian 2.0L. Manakala varian 2.4L dijual pada harga serendah RM126,849.21. Kedua-dua harga yang dinyatakan ini merupakan harga atas jalan (on the road price) tidak termasuk insurans. Selain itu, ia turut didatangkan dengan waranti kilang Proton selama lima (5) tahun atau 150,000 km atau mana-mana dahulu untuk model pemasangan di Shah Alam. Untuk rekod, model Perdana versi eksklusif kakitangan kerajaan dihasilkan di kilang Honda di Melaka.

Proton Perdana 2016
Kredit: paultan.org

5. Ciri Standard dan Spesifikasi Keselamatan

Proton Perdana baharu juga menitikberatkan aspek keselamatan dalam penghasilan modelnya. Kesemua varian Proton Perdana dibekalkan dengan empat beg udara SRS dan Sistem Brek Antikunci (ABS) dengan Pengagihan Brek Elektronik (EBD). Selain itu, model ini juga turut dilengkapi dengan ciri standard berikut:

  • Sensor Parkir Hadapan dan Belakang (Front and Rear Parking Sensor)
  • Tingkap Kuasa dengan Fungsi Antiperangkap (Anti-Trap Power Window)
  • Cangkuk ISOFIX untuk Tempat Duduk Kanak-kanak (ISOFIX & Top Tether Mount Point)
  • Kawalan Kestabilan Elektronik (Electronic Stability Control, ESC) – untuk varian 2.4L sahaja
  • Kamera Undur (Reverse Camera)

Selain itu, model ini juga turut dilengkapi dengan Sistem Infotainmen PROTON yang hadir dengan Skrin TFT 6.2 inci. Sistem ini termasuk radio, pemain CD, Bluetooth, USB, AUX Connectivity dan Navigasi GPS. Ia juga turut dilengkapi dengan 6 pembesar suara dan remote power windows.

proton perdana 2016
Kredit: paultan.org

Walaupun Proton Perdana 2016 ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh Honda Accord, namun ia masih lagi mengekalkan signature Proton dalam reka bentuknya. Malah, ia semestinya memberi saingan yang hebat dengan jenama-jenama besar lain dalam kelas yang sama seperti Honda Accord, Toyota Camry, Nissan Teana, Hyundai Sonata atau Kia Optima K5. Spesifikasi, reka bentuk dalaman dan luaran yang tersendiri serta talaan enjin yang cukup berkuasa membuktikan keunggulan dan kejayaan Proton Perdana dalam kelasnya yang tersendiri.

Selain itu, jika anda sedang mencari mana-mana model Proton Perdana terpakai, anda boleh layari laman web CARSOME untuk info lanjut. CARSOME merupakan platform jual beli kereta terpakai secara online yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan proses pembelian yang mudah, cepat dan pantas.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular