Skip to content
Carsome Malaysia
  • About
    • About Us
    • Career with Us
  • Articles
    • All Articles
    • BM
    • News
    • Car Reviews
    • Electric Cars
    • Lifestyle
    • Car Tips
    • Promotions
    • Press Release
    • Reports
  • Contact Us
  • Buy Car
  • Sell Car
  • Sign In
    • Dealer
    • Seller
  • 3 November 2020

Proton Wira: Merentas Dunia Baharu

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd atau Proton bukan lagi jenama yang asing dalam industri automotif negara. Model-model kereta Proton generasi terkini seperti Proton X70 dan Proton X50 semestinya membuka lembaran dan sejarah baharu dalam arena automotif negara. Barisan produk, kualiti dan spesifikasinya kini tampil lebih maju dan berteknologi setanding jenama-jenama automotif antarabangsa yang lain. Maka tidak hairanlah jika jenama Proton kian mendapat tempat dalam jiwa rakyat Malaysia. Namun begitu, di saat jenama ini kian melonjak dengan model-model generasi baharu, model lama keluarannya iaitu Proton Wira masih kekal menjadi model pilihan generasi muda.

Proton Wira X Mitsubishi Evo
Kredit: paultan.org

Kerjasama Proton-Mitsubishi 

Model yang memiliki casis yang sama seperti Mitsubishi Evo I hingga III hasil kerjasama Proton-Mitsubishi 1996-1998 ini sememangnya menjadi pilihan golongan pengubah suai kereta. Malah, hasil kerjasama ini juga membuktikan ketahanan dan kejayaan model ini sehinggakan masih banyak model kenderaan ini digunakan di jalan raya pada hari ini. Proton Wira dilancarkan pada tahun 1993 sebagai model kereta Proton yang kedua selepas Proton Saga. Ia merupakan model kereta sedan 4 pintu yang dibina berasaskan model Mitsubishi Lancer/Colt.

Model ini juga turut dieksport ke UK dengan pelbagai nama antaranya Proton 400 Series, Proton Persona dan Proton Natura. Varian Wira Aeroback pula dilancarkan pada tahun 1995 sebelum ditukarkan menjadi Proton Gen-2 pada tahun 2004. Varian sedan pula ditukarkan kepada Proton Persona pada tahun 2007. Proton Wira dikeluarkan dalam 5 kapasiti enjin iaitu 1300 liter, 1500 liter, 1600 liter, 1800 liter dan 2000 liter (diesel).

Proton Hentikan Pengeluaran Alat Ganti Wira

Ramai yang beranggapan bahawa model ini selayaknya dijadikan tukun atau sekadar besi buruk disebabkan oleh bahagian rangka model ini yang kini berusia dan mereput. Malah, keputusan Proton untuk menghentikan pengeluaran alat ganti untuk model ini sedikit sebanyak menggusarkan pemilik model kereta ini. Menurut pengeluar alat ganti Proton OEM, pihaknya beranggapan bahawa pengeluaran alat ganti model lama sudah tidak lagi berbaloi. Tambahnya lagi, pihaknya hanya ingin memfokuskan penghasilan alat ganti untuk model keluaran baharu Proton sahaja.

Proton Wira 1.8 EXi DOHC – the C99 Limited Edition
Kredit: paultan.org

Namun begitu, ia tidak menjadi masalah buat pengguna dan pemilik model ini. Hal ini kerana, banyak alat ganti model kenderaan lain yang dijual di pasaran boleh digunakan pada model ini. Malah, kehadiran pelbagai enjin potong dari Jepun juga menambah daya tarikan kepada jentera ini. Ia semestinya menjawab persoalan mengapa model ini masih mendapat tempat dalam kalangan peminatnya walaupun pengeluar Proton mengambil keputusan untuk menghentikan penjualan alat gantinya. Untuk rekod, Proton Wira merupakan antara model kereta paling laris yang pernah dihasilkan oleh Proton. Sebanyak 952,215 model Wira terjual sepanjang 16 tahun pengeluarannya dari tahun 1993 hingga 2009.

Bagi pemilik jentera ini, rupa kosmetik model ini memainkan peranan sebagai ‘penambah rasa’ untuk tampil lebih garang dan sporty. Model ini juga sangat ikonik dan terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dengan julukan ‘Evo jadian’. Oleh sebab model ini merupakan kerjasama antara Proton dan Mitsubishi, ramai pemiliknya cenderung untuk mengubahnya kepada rupa Japan Domestic Market (JDM). Mana tidaknya, kos menjadikan model ini seperti model Evo lebih murah berbanding memiliki jentera asli Evo dari negara matahari terbit itu yang menelan belanja lebih mahal. Pemilik hanya perlu memotong sedikit panel bahagian belakang model Wira ini sebelum mengimpalnya semula dengan rupa asli Evo I-III.

Kereta tempatan keluaran Proton
Kredit: paultan.org

Proton Wira Terpakai

Berdasarkan tinjauan, Proton Wira terpakai dijual di platform atas talian pada harga di bawah RM6000 untuk model kereta tahun 2002. Ia secara tidak langsung menjadikan model kereta ini antara model kereta sedan terpakai yang berbaloi untuk dimiliki dan mampu milik. Untuk anda yang berkeluarga kecil, model ini sudah memadai untuk dimiliki jika dibandingkan dengan mana-mana model sedan terpakai yang lain. Harga model terpakai ditawarkan jauh lebih murah berbanding model sedan lain. Malah, ruang dalaman dan but belakang yang selesa dan luas boleh memuatkan bagasi dan barangan keperluan lain yang semestinya ideal untuk perjalanan jauh.

Wira Proton
Kredit: paultan.org

Namun apa yang pasti, model ini membuktikan ia berada dalam kelas dan kelompoknya yang tersendiri. Manakan tidak, keupayaannya untuk bertahan setelah hampir 30 tahun di dalam industri merupakan suatu kejayaan dan pencapaian yang boleh dibanggakan. Selain itu, jika anda sedang mencari model Proton Wira terpakai atau anda ingin menjual model Proton Wira lama anda, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan cara yang mudah dan pantas.

Trending Now

  • Tips on cleaning and disinfecting your car’s cabin
    • Learning Centre
  • Delay your car loan payments for 6 months from 1 April 2020
    • News
  • Cars in Malaysia that hold the Highest Resale Value after 5 years
    • Learning Centre
  • The 2019 Perodua Axia is here – New Style, Better Safety
    • News
  • vios 2019
    Here’s why the latest 2019 Toyota Vios is the Best It’s Ever Been
    • News
Facebook
Instagram
  • About
  • FAQ
  • Contact
  • Terms of Use
  • Privacy Policy

© 2015-2018 Carsome Sdn. Bhd. All right reserved.