HomeBMHonda HR-V 2022 Dilancarkan di Jepun, Harga Bermula RM86.6K

Honda HR-V 2022 Dilancarkan di Jepun, Harga Bermula RM86.6K

Setelah diperkenalkan di peringkat global Februari lalu, Honda HR-V 2022 generasi ketiga kini dilancarkan secara rasmi di Jepun. SUV segmen B atau Honda Vezel bagi pasaran Jepun ini ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa – petrol dan hibrid petrol-elektrik e:HEV. Honda HR-V 2022 baharu ini memfokuskan praktikaliti dan peningkatan kualiti kehidupan selain turut mengambil kira pengalaman pemanduan yang lebih baik.

Honda HR-V 2022 Jepun Baharu

Prestasi Kuasa Honda HR-V 2022 Baharu

Honda HR-V baharu ini menampilkan dua pilihan varian petrol dan hibrid petrol-elektrik. Varian hibrid misalnya dilengkapi dengan sistem hibrid dua motor asli Honda e:HEV. Ia menampilkan beberapa mod pemanduan untuk pengalaman pemanduan yang lebih baik. Untuk varian petrol pula, transmisi CVT yang baharu dioptimumkan dengan menurunkan nisbah gear sekali gus melancarkan dan memudahkan pengendalian semasa pemanduan.

  • Varian petrol dikuasakan oleh enjin 1.5L aspirasi natural (NA) i-VTEC DOHC. Enjin ini berupaya menghasilkan 116hp atau 6,600rpm kuasa dan 142Nm atau 4,300rpm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT automatik;
  • Varian hibrid e:HEV pula menerima kuasa daripada bateri litium-ion Intelligent Power Unit (IPU) . Versi ini menampilkan 60 buah sel berbanding 48 sel sebelum ini.

Varian petrol bagi Honda HR-V baharu ini mencatatkan penggunaan bahan api sejauh 17 km bagi setiap liter petrol. Manakala, varian e:HEV pula mencatatkan penggunaan bahan api sejauh 25 km bagi setiap liter petrol. Kedua-dua varian ini menampilkan rangkaian pacuan semua roda sebagai pilihan dan pacuan roda hadapan sebagai standard. Model baharu ini memiliki reka bentuk yang lebih kemas sekali gus menjadikannya tampil lebih estetik, elegan seperti coupé.

Meskipun model ini dihasilkan berasaskan platform yang sama seperti Honda Jazz dan Honda City hatchback baharu, ia menampilkan dimensi yang lebih pendek berbanding Jazz dan City iaitu 1,330 mm. Namun begitu, model baharu ini dikatakan 20 mm lebih lebar (1,790 mm) dan lebih rendah (1,590 mm) berbanding kedua-dua model tersebut.

Harga/Spesifikasi/Bahagian Dalaman Honda HR-V 2022

Spesifikasi Ringkas Honda HR-V 2022

Selain itu, Carsome turut menyenaraikan ringkasan spesifikasi Honda HR-V 2022 seperti berikut untuk panduan anda:

  • Paparan meter dan audio terletak pada kedudukan yang mudah untuk dilihat semasa pemanduan;
  • Suis berada di lokasi yang mudah dicapai tanpa mengganggu postur duduk, memudahkan pergerakan tanpa gangguan dan tidak menghalang pemandangan;
  • Ruang kaki tempat duduk belakang +35 mm lebih lebar berbanding model sebelumnya;
  • Dua port USB untuk pengecasan atau kegunaan penumpang bahagian tempat duduk hadapan dan dua di bahagian tempat duduk belakang;
  • Fungsi pengecasan tanpa wayar untuk pengecasan telefon pintar turut tersedia;
  • Honda HR-V baharu dilengkapi dengan sistem audio premium yang direka khusus untuk kereta kompak (4 pembesar suara + 4 tweeters + subwoofer + pembesar suara tengah);
  • Sistem navigasi generasi terkini teknologi Honda CONNECT yang membolehkan penyaman udara dihidupkan menggunakan telefon pintar;
  • Unit infotainmen skrin sentuh 9 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Teknologi Honda Sensing

Honda HR-V baharu turut menampilkan bantuan pemanduan Honda Sensing sebagai standard bagi semua varian di Jepun termasuk brek kecemasan autonomi (dengan pengesanan pejalan kaki dan penunggang basikal). Fungsi bantuan pemanduan selamat terkini ini dipertingkatkan dan ditambah baik dengan menampilkan kamera pandangan hadapan lebar dengan medan pandangan lateral, cip pemprosesan berkelajuan tinggi dan sensor sonar. Selain itu, Honda HR-V baharu turut dilengkapi dengan teknologi bantuan pemanduan seperti berikut:

  • Sistem brek mitigasi perlanggaran atau collision mitigation brake system (CMBS);
  • Kawalan pemanduan adaptif atau adaptive cruise control with traffic jam tracking function (ACC);
  • Lampu tinggi automatik atau auto high beam;
  • Sistem bantuan pengekalan lorong atau lane keeping support system (LKAS);
  • Sistem kamera pelbagai pandangan – Kamera CMOS di bahagian gril hadapan, bahagian belakang serta tingkap pintu hadapan (di sebelah kiri dan kanan);
  • Maklumat titik buta –Radar di bahagian bampar belakang yang mengesan objek yang menghampiri dari belakang dalam lingkungan jarak 25 meter. Radar akan memaklumkan kepada pemandu melalui sensor atau pengesan pada cermin kereta.

Honda Vezel Malaysia

Harga Honda HR-V Baharu

Honda HR-V atau Honda Vezel untuk pasaran Jepun ini dijual pada harga antara 2,279,200 yen (RM86,600) sehingga 3,298,900 yen (RM125,300)

Varian Honda HR-V 2022 Harga Pasaran Jepun
G 2,279,200 yen (RM86,600)
E: HEV X 2,658,700 yen (RM101,000)
E: HEV Z 2,898,500 yen (RM110,100)
E: HEV PLAY 3,298,900 yen (RM125,300)

Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk menjual kereta lama dan berminat untuk mendapatkan kereta terpakai baharu, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan perkhidmatan yang mudah, cekap dan pantas.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular