HomeBMCovid-19: Tip Keselamatan Pemandu, Penumpang & Penghantar Makanan e-hailing

Covid-19: Tip Keselamatan Pemandu, Penumpang & Penghantar Makanan e-hailing

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksanakan sejak 4 Mei 2020 ekoran penularan wabak Covid-19, rakyat Malaysia masih dinasihatkan supaya terus menjaga keselamatan masing-masing dan mengikuti langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai langkah untuk memerangi wabak ini.

norma baharu, pandemik covid-19 di malaysia

Jika anda merupakan seorang pemandu e-hailing, pengguna e-hailing atau penghantar makanan di Malaysia, apakah langkah-langkah keselamatan yang boleh anda amalkan? Anda boleh ikuti nasihat yang dikeluarkan oleh laman web InfoSihat berikut sebagai panduan anda:

1. Pemandu E-hailing

#rakyatjagarakyat

Pakai pelitup muka (face mask) untuk melindungi diri anda dan penumpang anda. Sekiranya boleh, kami cadangkan bahawa anda memandu dengan mod peredaran udara dan tingkap kereta diturunkan. Anda juga boleh mengambil langkah tambahan seperti kelengkapan seperti tisu kering atau tisu basah, cecair pensanitasi tangan (hand sanitizer) dan tong sampah tertutup untuk penumpang anda.

2. Pengguna E-hailing

covid-19 #kitajagakita

Anda dinasihatkan untuk sentiasa memakai pelitup muka pada setiap masa sepanjang berada dalam pengangkutan awam. Sekiranya anda bergejala, anda dinasihatkan supaya duduk di rumah dan kurangkan aktiviti luar. Namun, jika anda perlu ke klinik, anda boleh meminta pemandu e-hailing anda untuk membuka mod peredaran udara dan menurunkan tingkap sepanjang perjalanan anda. Amalkan etika batuk dan bersin seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

  1. Pakai pelitup muka (face mask)
  2. Palingkan muka daripada orang lain atau makanan
  3. Jangan berkongsi sapu tangan atau tuala dengan orang lain
  4. Tutup mulut dan hidung anda dengan tisu atau sapu tangan ketika batuk atau bersin
  5. Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah tertutup
  6. Elakkan menyentuh muka, hidung atau mulut

3. Penghantar Makanan

#KitaBersama

Penghantar makanan atau ‘abang rider‘ juga merupakan antara mereka yang berisiko dijangkiti wabak Covid-19 ini. Tidak dinafikan bahawa, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dan arahan duduk rumah oleh kerajaan, ‘abang rider‘ merupakan ‘frontliner‘ yang setia menghantar makanan atau barangan keperluan rumah dalam memastikan kita tidak kelaparan di rumah. Berikut merupakan panduan yang boleh diikuti oleh ‘abang rider’ semasa menghantar makanan:

  1. Pengendali dan penghantar makanan perlu sentiasa menjaga kebersihan diri, kerap cuci tangan dengan sabun dan air bersih atau cecair pensanitasi tangan (hand sanitizer)
  2. Pakai pelitup muka sepanjang masa
  3. Elakkan bersentuhan dengan penerima makanan semasa serahan makanan (contactless delivery)
  4. Jaga jarak satu (1) meter antara satu sama lain semasa penghantaran makanan

Tip Pembasmian Kuman (Kereta Persendirian atau e-hailing)covid-19 grabfood, food panda

Biasanya, pembersihan asas dalam kereta hanya melibatkan vakum lantai dan tempat duduk. Namun begitu, memandangkan kita masih di dalam fasa memerangi wabak Covid-19, semua pemilik kenderaan disyorkan untuk melakukan pembasmian kuman secara berkala. Sebagai langkah pencegahan, anda boleh ikuti tip oleh Consumer Reports yang menyenaraikan langkah-langkah yang harus diambil untuk membasmi kuman di dalam kenderaan anda:

covid-19

  • Buka semua pintu untuk pengudaraan
  • Hidupkan kenderaan dan penyaman udara, kemudian tutupkan mod peredaran udara
  • Gunakan bahan pembersih yang mengandungi larutan alkohol sekurang-kurangnya 70% untuk membunuh virus. Anda juga boleh menggunakan pembasmi kuman klorin atau isopropyl alcohol untuk membersihkan bahagian dalam kabin kereta seperti bahagian stereng, tingkap, pemegang pintu, tuas gear, tempat duduk dan lain-lain. Basuh pelapik lantai kereta jika perlu.

Kesimpulannya, anda dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri yang baik. Elakkan 3S: kawasan Sesak, tempat Sempit dan Sembang dekat! Amalkan penjarakan fizikal dan jangan lupa untuk memakai pelitup muka jika perlu keluar rumah, cuci tangan dengan sabun dan pastikan alat-alat elektronik anda dibasmi kuman dengan kerap.

Kekal selamat, kekal duduk di rumah! Selain itu, jika anda sedang merancang untuk menjual kereta anda, anda boleh pertimbangkan CARSOME untuk menguruskannya bagi pihak anda. CARSOME merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan perkhidmatan jual beli kereta yang profesional, mudah dan pantas! 

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular