HomeBM6 Benda yang Adam Daripada Carlist Suka Pada Toyota Vios Baru 2023!

6 Benda yang Adam Daripada Carlist Suka Pada Toyota Vios Baru 2023!

Toyota Vios baru 2023 yang dilancarkan pada bulan Mac yang lalu telah memikat hati ramai penggemar kereta disebabkan reka bentuknya yang sangat moden dengan ciri-ciri keselamatan yang praktikal dan prestasi yang mantap.

Baru-baru ini, Adam daripada Carlist berpeluang melihat dan memandu sendiri Toyota Vios baharu ini, jadi di sini kami senaraikan 6 benda yang Adam suka mengenai kereta tersebut menurut video TikTok yang dihasilkan oleh carlist.my.

@carlistmy Toyota Vios 2023 – Nampak macam Camry! #toyota #vios #toyotavios #langkawi #camry #hondacity #fastback ♬ original sound – Carlist.my

1) Rekaan Bampar Hadapan Yang Garang

Perkara pertama yang semua orang akan perasan apabila melihat Toyota Vios baru 2023 ini adalah rekaan bampar hadapan yang menonjol dan kelihatan agak sama seperti bampar hadapan Toyota Camry.

vios baru 2023
Sumber: Toyota.com

Selain daripada rupa yang garang, reka bentuk bampar hadapan ini juga mempunyai ciri-ciri praktikal yang membantu memberi aliran udara yang mencukupi untuk menyejukkan enjin bagi memastikan prestasi enjin yang optimum semasa dipandu.

2) Tayar Continental Contact 17 Inci

Tayar Continental Contact bersaiz 17 inci yang didatangkan dengan Toyota Vios baru varian G  menjamin perjalanan yang senyap dan selesa, lebih-lebih lagi apabila digabungkan dengan bentuk badan fastback kereta tersebut. Ia juga direka untuk memberi anda cengkaman yang baik semasa memandu di atas permukaan jalan raya sama ada dalam keadaan basah atau kering. Gabungan kedua-dua komponen ini menjamin pemanduan yang lebih mantap untuk Toyota Vios baru ini.

vios baru 2023 17 inch tyres
Sumber: Toyota.com

3) Pemegang Cawan

Walaupun kedengaran seperti sesuatu yang remeh, pemegang cawan adalah salah satu ciri penting yang perlu ada dalam kereta, terutama sekali bagi mereka yang kerap memandu jauh.

vios baru 2023 cupholder
Sumber: Toyota.com

Dengan menyediakan tempat yang sesuai untuk meletakkan minuman, keselesaan pemandu dan juga penumpang dapat dijamin di samping memastikan air takkan senang tumpah atas lantai kereta dengan pemegang cawan ini. Jadi, kereta akan sentiasa bersih daripada sebarang kesan tumpahan.

4) Reka Bentuk Kereta Fastback

Toyota Vios baru 2023 ini datang dalam reka bentuk kereta fastback yang membuatkannya nampak lebih bergaya dan moden berbanding generasi sebelumnya. Sedan dengan bentuk fastback lazimnya mempunyai bumbung condong yang memanjang hingga bahagian but kereta, yang menjadikan kereta kelihatan lebih sporty.

vios baru 2023 fastback shape
Sumber: Toyota.com

Satu lagi kelebihan utama reka bentuk kereta fastback ialah aerodinamik yang dipertingkatkan, yang membantu meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api dan juga prestasi kereta apabila dipandu.

5) Peresap Belakang (Rear Diffuser)

Selain daripada reka bentuk yang aerodinamik, Toyota Vios baru 2023 juga dilengkapi dengan peresap belakang – satu panel pada bahagian bawah bampar belakang kereta yang dapat membantu melancarkan pengaliran udara di bawah kereta semasa dipandu.

vios baru 2023 rear diffuser
Sumber: Toyota.com

Dengan aliran udara yang lancar, pemanduan akan menjadi lebih stabil terutamanya apabila membelok dan pada kelajuan yang tinggi. Selain itu, kecekapan penggunaan bahan api juga akan menjadi lebih baik.

6) Lampu Isyarat Membelok Belakang Berurutan (Rear Sequential Turn Signal)

Dalam usaha untuk menjadikan Toyota Vios baru 2023 ini kelihatan lebih moden, ia turut didatangkan dengan lampu isyarat membelok belakang berurutan bagi varian G, yang biasanya hanya boleh didapati pada kereta mewah.

vios baru 2023 rear sequential signal
Sumber: Toyota.com

Bila memandu dengan lampu isyarat berurutan yang ada pada Vios baru ini, memang nampak lebih mewah! Selain daripada menjadikan kereta kelihatan lebih menarik, lampu isyarat begini juga mampu memberi manfaat dari segi keselamatan di jalan raya. Ia akan menyala dalam corak berurutan, yang boleh membantu pemandu lain mengenal pasti arah membelok anda dengan tepat.

Dapatkan Toyota Vios Pramilik Berkualiti di CARSOME

Memang tak dapat dinafikan yang Toyota Vios baru 2023 ini adalah sebuah kereta dengan rekaan yang moden, ciri keselamatan yang canggih, dan prestasi pemanduan yang mantap. Tetapi, harganya juga lebih mahal berbanding dengan generasi sebelumnya.

toyota vios 2023

Jika anda sedang mencari sebuah kereta sedan pada harga mampu milik, mungkin anda boleh pertimbangkan Toyota Vios generasi sebelumnya yang menawarkan pemanduan yang sangat selesa dan kecekapan penggunaan bahan api yang tinggi. Tambahan pula, anda boleh dapatkan sebuah Toyota Vios pramilik dengan tambahan waranti lanjutan satu tahun secara percuma daripada CARSOME!

Layari carsome.my atau muat turun aplikasi mudah alih kami untuk dapatkan Toyota Vios pramilik berkualiti yang telah dibaik pulih secara profesional untuk memastikan keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan estetik yang telah dibaik pulih.

Artikel ini ditulis berdasarkan video “5 Benda Saya Suka – Toyota Vios 2023” yang diterbitkan di halaman TikTok carlist.my.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular