HomeBMTerpaksa Redah Banjir? 6 Kereta Ini Mungkin Boleh Bantu Anda!

Terpaksa Redah Banjir? 6 Kereta Ini Mungkin Boleh Bantu Anda!

Negara kita telah berulang kali dilanda kejadian banjir besar yang telah menyebabkan banyak kerosakan dan kerugian kepada rakyat Malaysia. Antara kerugian yang terpaksa dihadapi adalah apabila ada kereta yang ditenggelami air banjir dan ada yang tak boleh dibaiki lagi. Ada juga kos membaiki kereta yang rosak disebabkan banjir lebih mahal daripada kereta itu sendiri! Tak ramai yang ada kereta untuk redah banjir yang sesuai.

Di kawasan yang selalu terjadinya banjir, memiliki kereta seperti sedan, coupe, dan kompak adalah seperti satu perjudian. Kalau air naik terlalu tinggi, mungkin kereta yang rendah berisiko tinggi untuk ditenggelami air dan dan menyebabkan kereta boleh rosak teruk. 

Artikel berkaitan: Tak ‘Pantang’ Punca Kereta Cepat Rosak.

Disebabkan itulah, bagi mereka yang tinggal berhampiran kawasan yang mudah untuk terkena bencana banjir, anda mungkin patut mempertimbangkan menukar kereta anda kepada kereta yang lebih sesuai untuk menghadapi banjir. 

Antara kereta untuk redah banjir yang sesuai ialah pacuan empat roda atau 4×4. Mengapa trak pacuan empat roda sangat sesuai digunakan di tempat yang bencana selalu banjir berlaku? Ini antara sebabnya:    

1. Enjin Yang Berkuasa 

Dalam suasana banjir, keadaan jalan raya akan sama ada ditenggelami air ataupun diselaputi lumpur. Kereta sedan biasa tidak mampu untuk meredah jalan sebegini. Kerana itulah, trak pacuan empat roda sangat sesuai untuk keadaan sebegini. 

Pacuan empat roda biasanya dilengkapi dengan enjin yang lebih berkuasa. Bukan hanya untuk meredah jalan yang tak sempurna, tetapi untuk mengangkut pelbagai barangan keperluan yang diperlukan dengan keadaan banjir. 

2. Boleh Menarik Kenderaan Lain 

Disebabkan trak pacuan empat roda ini dilengkapi dengan enjin yang lebih berkuasa, ia boleh digunakan untuk menarik kenderaan lain. Ia sangat sesuai untuk digunakan semasa kerja-kerja menyelamat di tempat yang telah berlakunya banjir. 

Sumber: J.D. Power

3. Ruang Kargo Yang Luas

Trak pacuan empat roda juga mempunyai ruang kargo yang luas di bahagian belakang. Boleh digunakan untuk mengangkut pelbagai barangan mahupun manusia! Ia juga boleh mengangkut barangan yang tinggi dan luas. 

Jadi, trak pacuan empat roda ini boleh digunakan untuk menggantikan lori yang mungkin terlalu besar untuk masuk ke dalam kawasan yang sempit. 

Dalam pasaran Malaysia, ada beberapa model pacuan empat roda yang boleh anda pilih berdasarkan bajet anda. Untuk memudahkan anda, anda boleh lihat sendiri model-model yang kami senaraikan di bawah ini: 

1. Toyota Hilux 

Toyota Hilux atau ‘Hailak’ ini merupakan antara model yang cukup popular di Malaysia. Model ini sangat popular sehinggakan semua model pacuan empat roda yang dijual dipanggil ‘Hailak’. 

Sumber: Auto ABC

Disebabkan ia adalah model popular, jadi alat ganti untuk kereta ini akan mudah dicari dan didapati. Ini merupakan ringkasan spesifikasi bagi Toyota Hilux model 2017: 

  • Enjin: 4 silinder 2800cc
  • Tinggi: 1815 mm
  • Berat: 2100 kg
  • Kapasiti menunda: 3500 kg
  • Tangki minyak: 80 Liter
  • Tempat duduk: 5

Toyota Hilux model 2017 ini juga dilengkapi dengan kerusi kuasa untuk pemanduan yang lebih selesa dan juga tempat duduk kulit yang mudah dibersihkan. 

Anda terasa nak beli Toyota Hilux, klik sini untuk tengok model yang dijual di CARSOME

2. Ford Raptor 

Gagah dan perkasa di atas jalan. Ia kelihatan boleh meredah apa saja halangan yang ada di hadapannya. Tak ada langsung yang boleh menghalangnya! Itulah yang kami rasa tentang Ford Raptor. 

Sumber: Car & Driver

Jentera perkasa premium ini datang dengan ruang pemandu yang sangat luas! Selain itu, Ford Raptor ini juga sangat sesuai untuk melalui jalan yang sukar seperti selut & tanah kerana tayar yang disediakan adalah sesuai untuk tujuan itu. 

Ini adalah spesifikasi lain bagi Ford Raptor 2020: 

  • Enjin: 4 silinder 2000 cc
  • Tinggi: 1873 mm
  • Berat: 2325
  • Kapasiti menunda: 3630 kg
  • Tangki minyak: 80 Liter
  • Tempat duduk: 5

Anda berkenan dengan jentera perkasa ini? Anda boleh dapatkan maklumat lebih lagi dengan klik di SINI dan kalau anda minat, boleh terus beli! 

3. Isuzu D-Max

Nak travel dalam suasana yang selesa dengan kerusi yang selesa dan pada masa yang sama nak jimat minyak? Anda boleh mempertimbangkan untuk membeli Isuzu D-Max 2021. 

Kereta ini didatangkan dengan kerusi kemasan kulit yang sangat selesa dan premium. Selain itu, kereta ini juga boleh dikatakan agak jimat minyak apabila hanya menggunakan anggaran 8.3 Liter/100 km. 

 

Sumber: Gtopcar

Untuk maklumat lain yang anda boleh tahu tentang jentera Isuzu D-Max ini: 

  • Enjin: 4 silinder 1900 cc
  • Tinggi: 1785 mm
  • Berat: 1915 kg
  • Kapasiti menunda: 2500 kg
  • Tangki minyak: 76 Liter
  • Tempat duduk: 5

Kalau anda nak tahu lebih lagi, anda boleh klik di untuk tahu lebih lanjut tentang Isuzu D-Max yang ada di CARSOME

4. Nissan Navara 

Kalau anda perlukan lebih kuasa dalam pemanduan, maka Nissan Navara sepatutnya berada dalam senarai anda. Jentera underrated ini telah lama berada dalam pasaran Malaysia dan ia jentera yang teguh dengan binaan yang bagus yang mementingkan fungsi berbanding estetik. 

Sumber: Carfund

Yang paling mengujakan, jentera ini dilengkapi dengan enjin berkapasiti 2500 cc. Cukup kuasa untuk meredah air banjir yang tinggi dan juga laluan yang penuh selut sambil membawa beban ke kawasan yang terjejas. 

  • Enjin: 4 silinder 2500 cc
  • Tinggi: 1840 mm
  • Berat: 1890 kg
  • Kapasiti menunda: 3500 kg
  • Tangki minyak: 80 Liter
  • Tempat duduk: 5

Nak dapatkan Nissan Navara pramilik dengan harga mampu milik tetapi dengan kualiti dibaik pulih? Boleh klik di SINI untuk tahu lebih lanjut tentang harga dan spesifikasi Nissan Navara 2019. 

Cara Nak Pilih Kereta 4×4 Yang Sesuai Untuk Anda

Sama seperti memilih dan membeli kereta biasa, anda harus mengambil kira pelbagai faktor seperti khidmat selepas jualan, kemampuan menunda, ‘ground clearance’, kapasiti ruang kargo, dan yang paling PENTING, kewangan anda. Yalah, sembang saja tak guna kalau tak mampu nak bayar. 

Artikel berkaitan: Wajib Tahu! Berapa Banyak Sepatutnya Anda Bayar Ansuran Kereta?

Apa pun pilihan anda, kereta pacuan empat roda kurang sesuai untuk digunakan sebagai kereta keluarga kerana ianya agak tinggi dan sukar bagi golongan kanak-kanak dan orang tua untuk menaiki kereta ini. 

Diharapkan panduan ini boleh membantu anda dalam memilih kereta mana yang boleh anda manfaatkan tidak kiralah sama ada untuk kegunaan harian ataupun untuk digunakan bagi tujuan kesukarelawanan semasa musim banjir nanti. 

Pilihan Trak 4X4 Pramilik Terbaik Hanya Di CARSOME

Betul! Di CARSOME, kami bukan hanya menjual kereta sedan ataupun kompak. Kereta pacuan empat roda pun kami ada jual. Jaminan yang sama juga kami berikan untuk kesemua kereta pacuan empat roda yang kami jual: 

Di CARSOME, kami memberikan ketenangan minda kepada semua pembeli dengan memastikan kesemua kereta kami telah menjalani pemeriksaan 175-titik dan pembaikpulihan yang profesional merangkumi pembaikan am dan mekanikal, termasuklah baik pulih badan dan cat kereta. 

Sekalipun dikira sekali kos baik pulih, harga kereta CARSOME Certified masih lagi berpatutan dan tidak ada kos tersembunyi untuk pembaikan – ia adalah sesuatu yang kami pastikan supaya kami boleh menyediakan kepada anda kereta pramilik yang melebihi taraf. 

Oh ya! Nikmati juga pelbagai diskaun, promosi, serta tawaran menarik istimewa untuk setiap pembelian kereta pramilik hanya di CARSOME

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular