HomeBMPesta Auto Terbesar, Tokyo Auto Salon Sah Akan Singgah Di Malaysia!

Pesta Auto Terbesar, Tokyo Auto Salon Sah Akan Singgah Di Malaysia!

 

Anda suka ‘mekap’ kereta? Anda nak tengok macam-macam jenis kereta yang telah diubah suai? Anda boleh penuhi impian anda itu dengan menghadiri Tokyo Auto Salon. Paling menarik? Anda tak perlu pergi ke Jepun pun kerana acara ini akan singgah di Malaysia pada Jun 2023 nanti. 

Para peminat boleh melihat sendiri ubah suai kereta yang radikal lagi ekstrem, pelbagai aksesori automotif dan perkhidmatan selepas pasaran tanpa perlu menempah tiket penerbangan ke Jepun.

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 turut menampilkan beberapa kereta yang unik dan juga Gadis Litar Jepun yang bakal menyambut kedatangan anda.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MUSE, Riduwan Matni, ia adalah satu penghormatan untuk disenarai pendek oleh San Ei Corporation, pemilik harta intelek Tokyo Auto Salon untuk menjadi rakan kongsi mereka di luar Jepun.

Tambah beliau, syarikat itu juga merupakan penganjur Tokyo Auto Salon Singapura 2013 dan telah berjaya menarik lebih 70,000 pengunjung ke Marina Bay Sands.

Pengunjung juga bakal menyaksikan pelbagai kereta yang didatangkan khas dari Jepun dan juga hasil modifikasi anak tempatan, yang sebahagiannya adalah satu-satunya prototaip yang berfungsi di dunia.

Wah! Bila & Kat Mana Tokyo Auto Salon Ini Akan Diadakan?

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 akan berlangsung di Hall 2-4, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 9 hingga 11 Jun 2023, bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Harga tiket ialah RM40/sehari dan ia boleh dibeli secara dalam talian. Mereka yang membuat pembelian awal sebelum hari acara bakal menikmati diskaun 10 peratus. Anda boleh dapatkan tiket anda DI SINI dan boleh dapatkan maklumat terkini berkenaan acara berkenaan di laman Facebook dan Instagram  rasmi Tokyo Auto Salon. 

Pihak penganjur menjangkakan lebih 150,000 pengunjung akan membanjiri ruang pameran Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 nanti.

Jadi, adakah anda akan pergi ke acara terbesar ini? Mungkin ini kali pertama dan kali terakhir acara sebegini akan diadakan di Malaysia. 

Artikel ini merupakan olahan semula daripada kandungan asal yang diterbitkan di laman Funtasticko

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular