Pangkalan data daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikenal pasti sebagai salah satu elemen dalam pemberian subsidi minyak petrol RON95 secara bersasar.
Sinar Harian melaporkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perkara tersebut merupakan hasil mesyuarat yang diperincikan antara kementeriannya bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Ekonomi, semalam (Jumaat).
Jelasnya, pangkalan data JPJ akan digunakan untuk subsidi petrol RON95 kerana kerajaan boleh mengenal pasti kuasa kuda (cc) kereta.
Katanya, dari segi data (mekanisme subsidi bersasar) sudah hampir lengkap untuk dikemukakan semula kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebenarnya kertas kerja mengenai mekanisme subsidi bersasar sudah dibentang ketika Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) yang dipengerusikan Perdana Menteri, 13 Disember lalu, namun beberapa perincian masih diteliti malah KPDN juga perlukan masa untuk laksanakannya.
Beliau berkata pada sidang akhbar selepas meninjau aduan lif rosak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah pada Sabtu.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, mekanisme atau kaedah khas pemberian subsidi tersebut akan diteliti terlebih dahulu termasuk penggunaan dokumen peribadi iaitu kad pengenalan.
Aplikasi Digital Untuk Agihkan Subsidi Petrol?
Datuk Seri Salahuddin Ayub. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. (Sumber: Astro Awani)
“Mekanisme itu kita akan bincang kemudian. Sekarang zaman digital, macam-macam kaedah moden kita boleh gunakan tetapi perlulah berkesan.
“Sekiranya ditanya pada KPDN bila pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar ini dapat dilaksanakan, ia sebenarnya terpulang kepada kabinet bagi membuat keputusan tarikh sebenar pelaksanaannya,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, KPDN sebagai sekretariat NACCOL yang turut dianggotai 11 kementerian sudah bersiap sedia dengan kertas cadangan yang ada untuk dinilai semula kabinet.
“Kertas cadangan pelaksanaan subsidi bersasar sudah hampir siap sepenuhnya malah sebelum ini sudah dibentang. Kita hanya tunggu keputusan Kabinet,” katanya.
Pilihan Terbaik Kereta Pramilik Di Malaysia!
Sedang mencari kereta jimat minyak dengan harga berpatutan? Bukannya susah pun! Cari saja di CARSOME! Di CARSOME, anda boleh pilih pelbagai model kereta jimat minyak merangkumi daripada pelbagai jenama kereta.
Untuk semua pembeli kereta, ini merupakan apa kami boleh janjikan adalah ketenangan minda kerana kesemua kereta CARSOME Certified turut disertakan dengan jaminan berikut:
- Harga tetap: Harga yang anda lihat di CARSOME merupakan harga sebenar kereta tanpa bayaran tersembunyi jadi anda tahu berapa yang anda bayar.
- Jaminan pulangan tunai dalam lima hari: Jika anda membeli kereta CARSOME Certified dan ingin mengubah fikiran, anda boleh mengembalikannya dalam masa lima hari untuk dapatkan pulangan balik tunai. Tiada soalan akan ditanya!
- Waranti satu tahun: Kesemua kereta CARSOME Certified mempunyai waranti lanjutan satu tahun dengan perlindungan menyeluruh, sokongan profesional, dan proses tuntutan yang mudah.
Tempah pandu uji sekarang di CARSOME!
Artikel ini merupakan olahan semula daripada kandungan asal yang diterbitkan di laman Funtasticko.