HomeBMPomen #3: Apa Nak Kena Buat Kalau Pomen Baiki Komponen yang Tak...

Pomen #3: Apa Nak Kena Buat Kalau Pomen Baiki Komponen yang Tak Sepatutnya?

Kes penipuan oleh pomen di bengkel kereta ini bukannya isu baharu. Ada ratusan aduan dan cerita dikongsikan oleh pemandu dan pemilik kenderaan tentang penipuan yang mereka terkena yang dijalankan oleh bengkel kereta ini.

Ada banyak cara pomen dan bengkel kereta gunakan untuk menipu anda. Salah satu daripadanya? Membaiki kerosakan yang ada pada kereta anda tanpa persetujuan anda. Ini bermakna, apa saja kerosakan yang ada, pomen akan baiki tanpa bertanya persetujuan anda terlebih dahulu. 

Bayangkan, anda pergi bengkel cuma untuk memeriksa bunyi pelik yang keluar daripada bahagian enjin. Tahu-tahu, pomen dan pun baiki semua ‘kerosakan’ yang ada. Walhal, anda cuma ingin tahu apakah punca bunyi tersebut. 

bateri kereta, mekanik holding car battery

Ataupun, anda cuma hantarkan kereta anda untuk penukaran minyak hitam atau apa-apa pembaikkan yang kecil tapi apabila diberikan bil, anda terus terkejut! Bil terlampau mahal kerana pomen telah membaiki komponen yang tidak sepatutnya. 

Artikel berkaitan: Macam Mana Nak Pilih Minyak Hitam yang Terbaik untuk Kereta Anda?

Dengan jumlah harga bil yang tak masuk akal kerana tersangat mahal dan ketika itu pula adalah tengah bulan. Anda tengah ‘kering’ dan duit yang ada pula cukup-cukup untuk belanja makan hingga gaji seterusnya. 

Kalau tak dibayar jumlah bil yang dikenakan, bengkel akan tahan kereta anda sehingga mereka dapat bayaran mereka. 

Jadi, dalam situasi ini, apa yang anda boleh buat? 

Kesalahan Bengkel Kereta yang Baiki Kereta Tanpa Kebenaran 

Sebelum kami kongsikan apa yang anda boleh buat, mari kami terangkan apa yang salah dengan tindakan bengkel tersebut. 

Bengkel dan pomen tersebut dah pun melanggar melanggar Seksyen 9(b), Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang menyatakan:

Tiada seorang pun boleh melibatkan diri dalam perlakuan yang—berhubung dengan perkhidmatan, adalah mengelirukan atau memperdayakan, atau mungkin mengelirukan atau memperdayakan, orang ramai mengenai sifat, ciri-ciri, kesesuaian bagi sesuatu maksud, atau kuantiti, perkhidmatan itu.

Perlakuan bengkel yang membaiki kereta anda tanpa kebenaran dan mengenakan bayaran yang tidak masuk akal juga dikira sebagai satu cubaan untuk menipu bagi mendapatkan duit daripada anda. 

Apa Nak Kena Buat Kalau Bengkel Baiki Benda yang Tak Sepatutnya? 

Kereta pun dah siap dibaiki tapi anda tak mampu nak bayar caj yang mahal dikenakan oleh bengkel. Anda tak boleh nak bayar, bengkel ugut nak tahan kereta anda. 

jual beli kereta terpakai, carsome autofair teaser

Jika anda membayar caj yang dikenakan, ini bermakna anda bersetuju dengan harga yang diberikan dan jika nak buat sebarang tuntutan selepas itu, sangat susah dan berkemungkinan besar mahkamah akan menyebelahi pihak bengkel. 

Nak hubungi polis? Pihak bengkel bukannya memeras atau mengugut anda. Jadi, ia bukannya satu jenayah yang boleh melibatkan polis. Jika anda panggil polis sekalipun, polis akan menyuruh anda membayar caj yang dikenakan. 

Jadi, apa yang anda boleh buat? 

Tinggalkan kereta anda di bengkel dan buat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Apa Itu TTPM? 

TTPM merupakan sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999, untuk mendengar dan menentukan tuntutan yang difailkan oleh pengguna. Dalam erti kata lain, TTPM ini merupakan sebuah mahkamah yang dikhususkan untuk pengguna membuat sebarang tuntutan daripada perniagaan. 

Tuntutan yang ingin dibuat di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia hendaklah tidak melebihi RM50,000 dan ia hendaklah dibuat dalam tempoh tiga tahun. 

Cara Tuntut Melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) 

1. Hadir ke Pejabat TTPM 

Anda boleh datang sendiri ke mana-mana pejabat TTPM di seluruh Malaysia. Anda boleh cari pejabat TTPM yang terdekat dengan layari laman web TTPM DI SINI

2. Isi Borang 1 & Serahkan Kepada Penentang (Bengkel Kereta)

Anda hendaklah mengisi Borang 1 untuk memulakan tuntutan anda. Anda juga dikehendaki untuk membayar caj sebanyak RM5. anda dikehendaki membuat salinan Borang 1 tersebut untuk diserahkan kepada pihak bengkel yang telah menipu anda. 

Serahan hendaklah dibuat secara tangan ataupun pos berbayar. Ini bagi memastikan ada bukti borang tersebut telah dihantar kepada pihak bengkel. 

Tarikh perbicaraan akan ditetapkan dan pihak tribunal akan mendengar hujah daripada kedua-dua pihak. Pada masa inilah, anda boleh mengemukakan bukti bahawa anda telah dikenakan caj yang berlebihan dan kereta anda telah dibaiki tanpa persetujuan anda. 

Mungkin kes anda akan memerlukan beberapa kali perbicaraan. Setelah selesai pendengaran dan perbicaraan, pihak tribunal akan membuat keputusan berdasarkan hujah dan bukti yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak. 

Jika keputusan memihak kepada anda, pihak bengkel wajib menuruti keputusan tribunal untuk menyerahkan kembali kereta anda. Walau bagaimanapun, jika pihak bengkel tidak mematuhi keputusan dan tidak memulangkan kembali kereta anda, itu merupakan satu kesalahan jenayah! 

Jika pihak penentang tidak mematuhi keputusan TTPM dalam masa 14 hari selepas tarikh keputusan dikeluarkan, anda boleh membuat aduan kepada TTPM kembali untuk disiasat oleh phak tribunal. 

Jika terbukti pihak yang anda ingin tuntut tidak memenuhi keputusan tribunal mereka boleh dikenakan hukuman: 

  1. Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
  2. Jika kesalahan itu berterusan, pesalah boleh, sebagai tambahan kepada penalti di atas, didenda tidak kurang daripada RM100.00 dan tidak melebihi RM5,000.00 bagi setiap hari atau sebahagian hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Sumber: Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Cara Tak Nak Kena Tipu dengan Pomen Bengkel Kereta 

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Itulah pepatah yang sesuai dalam situasi ini. Jika anda tak nak ditipu dan kenderaan anda dibaiki tanpa kebenaran oleh pomen, anda boleh ikuti langkah-langkah ini: 

1. Perhatikan Cara Pomen Bekerja 

Jika anda membaiki kereta di bengkel yang anda tak pernah datang sebelum ini, semasa pomen memeriksa kereta anda, pastikan anda perhatikan dia bekerja. Tapi jangan sampai anda mengganggu pomen itu bekerja. 

Sell your used car to CARSOME at these locations in Kuala Lumpur

Pastikan pomen tersebut hanya buat apa yang disuruh saja. Jika anda minta untuk pemeriksaan, maka pomen tersebut harus periksa kereta anda saja tanpa usik atau tukar komponen lain. 

Artikel berkaitan: Soalan Wajib Tanya Kepada Pomen Kereta Kalau Tak Nak Kena Tipu

Dengan anda berada di situ, pomen akan berasa takut untuk melakukan sesuatu yang mencurigakan. Jika pomen ingin mengusik komponen yang tak sepatutnya, anda jangan takut untuk menegurnya. 

2. Didik Diri Anda Tentang Ilmu Kereta

Apakah pelaburan yang paling bernilai seseorang boleh buat? Pelaburan untuk ilmu. Ini termasuklah ilmu berkenaan penjagaan dan servis kereta. Ini penting supaya anda tidak akan mudah untuk ditipu oleh pomen bengkel kereta. 

Tak susah pun nak cari sumber untuk ilmu berkenaan kereta ini. Beberapa carian Google dan anda boleh jumpa banyak perkongsian, perbincangan, serta video berkaitan kereta yang boleh dimanfaatkan oleh anda. 

3. Baiki Kereta Di Pusat Servis CARSOME 

Jika anda berada di Ampang ataupun di sekitar Petaling Jaya dan kereta anda perlu dibaiki dengan segera, anda boleh pergi ke Pusat Servis CARSOME untuk membaiki kereta anda. 

Kenapa Perlu Pilih Pusat Servis CARSOME? 

1. Harga yang Lagi Murah 

Anda nak tahu tak, pakej paling asas bagi servis kereta di Pusat Servis CARSOME adalah bernilai RM98. Maknanya, dengan hanya modal tak sampai RM100, anda dah boleh servis kereta anda dengan agak menyeluruh! 

Harga ini anda sangat susah nak jumpa kat mana-mana pusat servis kat luar sana! 

Artikel berkaitan: Inilah Pusat Servis Kereta Yang Menjadi Idaman Rakyat Malaysia!

2. Caj Pembayaran yang Telus 

Di Pusat Servis CARSOME, proses pembaikan kereta tidak akan dibuat jika anda tidak bersetuju dengan harga yang diberikan. Ini supaya anda tahu apa yang akan dibuat kepada kereta anda serta harga setiap servis dan komponen yang diperlukan oleh kereta anda. 

Ini bermakna anda tidak akan kena tipu dengan pomen! Apa yang anda bayar, itulah yang mekanik akan baiki. Melainkan ada isu yang kemudian, itu pun akan dimaklumkan kepada anda sebelum apa-apa langkah pembaikan dibuat

3. Alat Ganti Tulen

Bagi tujuan servis kereta dan juga pembaikan kerosakan kereta, Pusat Servis CARSOME hanya menggunakan alat ganti OEM yang tulen sahaja. Ini bagi memastikan kereta anda tidak akan mengalami sebarang masalah selepas ia dibaiki nanti. 

Barulah anda boleh memandu kereta dengan tenang! 

4. Mekanik yang Bertauliah 

Kesemua mekanik yang berkhidmat di Pusat Servis CARSOME adalah bertauliah, berkemahiran, dan berpengalaman dalam pembaikan kereta. Jadi, tidak akan ada isu kereta rosak balik selepas dibaiki. 

Kunjungi cawangan Pusat Servis CARSOME di Petaling Jaya dan juga di Ampang. Untuk memastikan urusan yang lebih lancar, buat dulu janji temu untuk memudahkan urusan anda dan kami di laman web CARSOME

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular