HomeAutomotiveMalaysia International Motor Expo 2023 – Syurga Buat Peminat Kereta di MITEC

Malaysia International Motor Expo 2023 – Syurga Buat Peminat Kereta di MITEC

Pada 27 hingga 29 Oktober 2023 yang lalu, International Modified Kuala Lumpur dan Malaysia International Motor Expo 2023 telah memeriahkan Malaysia International Trade & Exhibition Center (MITEC).

Pameran kereta yang berlangsung selama tiga hari ini telah menghimpunkan pelbagai koleksi kereta baharu daripada pelbagai jenama, kereta elektrik, dan juga kereta custom!

Apa yang Ada di International Automodified & Malaysia International Motor Expo 2023?

Kereta Baru Keluaran Jenama Terkenal

Acara terkemuka dunia automotif tempatan ini menampilkan pameran model-model kereta terbaharu daripada pengeluar-pengeluar automotif ternama seperti Mazda, Mitsubishi, dan Volkswagen.

Para pengunjung dapat melihat sendiri pelbagai kereta-kereta baharu di sana dan antara beberapa kereta yang kami sempat lihat adalah seperti Mazda 6 Anniversary Edition, Mitsubishi Expander, Volkswagen Golf GTI, dan banyak lagi.

Pameran Koleksi Kereta Eksotik & Kereta Super

pameran kereta kereta eksotik

Bagi peminat kereta eksotik dan mewah, pameran istimewa daripada JPM Museo yang merupakan salah satu daripada pengumpul kereta terkemuka di Malaysia semestinya menjadi pilihan mereka. Selain itu, koleksi kereta super yang eksklusif daripada Utama Motors juga berjaya menggamit perhatian ramai pengunjung yang berada di sana.

Aktiviti Menarik untuk Para Pengunjung

Terdapat juga pelbagai tarikan menarik yang disediakan untuk para pengunjung di pameran ini seperti permainan video simulator perlumbaan yang mencabar, pameran kereta kawalan jauh yang kecil tetapi berkuasa, dan juga pameran kereta Tamiya yang menggamit nostalgia orang ramai.

Pameran 4X4 Xchange untuk Peminat Kereta Off-Road

Istimewa untuk pameran kali ini, pihak Malaysia International Motor Expo juga menyediakan ruang pameran khas untuk peminat kereta off-road yang bukan sahaja mempamerkan rangkaian kenderaan 4X4 yang lasak tetapi juga mempromosikan gaya hidup perkhemahan. Di sini, pengunjung dapat meneroka dunia off-road serta mempelajari tentang peralatan penting yang diperlukan dalam aktiviti ini.

Peluang untuk Pandu Uji Kereta Elektrik

pameran kereta smart #1

Pameran kereta ini bukan sahaja mempromosikan teknologi baharu yang memacu industri kereta EV di Malaysia, malah pengunjung juga berpeluang melihat sendiri kereta EV baharu daripada jenama terkenal seperti Smart, Kia, dan BYD. Kami juga berpeluang menyaksikan beberapa kereta Tesla unik yang telah dimodifikasi oleh Exotic Mods Sdn Bhd.

Ke Mana Pula Destinasi International Automodified Selepas Ini?

Bermula di Singapura pada bulan Oktober yang lalu, jelajah International Automodified akan menghala ke Jakarta, Indonesia pula pada 2 hingga 3 Disember 2023 selepas berada di Malaysia. Lokasi terakhir acara ini adalah di Bangkok, Thailand yang telah dijadualkan pada 9 hingga 10 Disember 2023.

Lebih menarik lagi, pameran berprestij ini sedang dalam perancangan untuk membuat debut di Amerika Syarikat pada musim panas tahun 2024!

pameran kereta mime

Pameran International Automodified dan Malaysia International Motor Expo merupakan sebuah platform yang dapat menarik perhatian individu-individu yang berkongsi minat mendalam terhadap dunia automotif. Sama ada anda peminat kereta baharu daripada pengeluar di dalam dan luar negara, kereta JDM, atau kereta custom tempatan, semuanya boleh didapati di acara ini.

Kesimpulannya, acara ini bukan sahaja meraikan inovasi dalam bidang automotif tetapi juga mampu memupuk semangat komuniti dalam kalangan penggemar kereta. Pada masa hadapan, kami ingin melihat potensi pameran ini terus berkembang dengan jayanya di peringkat serantau dan juga antarabangsa.

Jika diberi peluang, kami berharap dapat dijemput untuk menyaksikan pameran kereta ini sekali lagi di masa akan datang!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular