Filem Fast & Furious merupakan sebuah filem yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat atau ‘kaki kereta’. Filem yang padat dengan aksi yang mendebarkan ini juga turut mempamerkan pelbagai jenis kenderaan yang telah diubah suai yang sememangnya menarik dan unik. Maka tidak hairanlah jika filem ini digilai ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminatnya. Pengaruh dan impak filem ini juga cukup besar dalam kalangan peminat kereta sampaikan ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mengubah suai kereta idaman masing-masing.
Satin dark grey Perodua Myvi Gen3 . Owner paling padu ! By heijiworks7 ! Garang habis kereta dia🔥 Nanti admin akan…
Posted by heijiworks7 on Saturday, June 20, 2020
Perkongsian seorang pengguna @izzhxm_xriff di Twitter mengenai transformasi hebat terhadap Perodua Myvi generasi ketiga mendapat respon positif daripada rata-rata pengguna Twitter. Foto-foto Perodua Myvi yang diubah suai atau ‘modified’ yang dimuat naik di akaun Twitter beliau telah meraih lebih 3.4K retweets dan 10K likes setakat artikel ini ditulis. Malah, perkongsian beliau di Facebook rasmi beliau pada 20 Jun lalu juga telah menerima hampir 3.4K komen dan 7.5K shares! Mantap habis!
perghh smart boh #myvig3
— Abey Mu'insz  (@abeymuinsz) September 26, 2020
Perghhh macam need for speed
— hafizkenny (@hafizkenny) September 27, 2020
Myvi ‘Modified’ – Spesifikasi Dalaman dan Luaran
Berdasarkan perkongsian tersebut, kereta Perodua Myvi dengan warna kelabu gelap atau satin dark grey ini telah melalui proses pengubahsuaian di bahagian dalaman dan luaran kereta. Bampar hadapan GT dengan kemasan jaring sarang lebah (honeycomb mesh grill) melengkapkan ‘look’ luaran kereta ini. Rekaan bampar ini diinspirasikan daripada model Myvi GT yang dipamerkan semasa Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (Kuala Lumpur International Motor Show) pada tahun 2018. Bampar belakang pula masih mengekalkan rupa bentul asal dengan sedikit pengubahsuaian, diserlahkan dengan kemasan bahagian luar model menampilkan diffuser dengan muncung corong ekzos AkrapoviÄŤ berkembar dan spoiler daripada AMG dengan nisbah potongan 1:1.
Bahagian hud depan pula tampil dengan rekaan hud custom jenis Mugen, dikemaskan dengan kemasan karbon. Bahagian lampu hadapan turut digelapkan untuk tampil lebih sporty dan garang, dilengkapkan dengan skirt universal yang menyempurnakan rekaan keseluruhannya. Rim kereta ini daripada BBS FI-R bersaiz 17 inci, manakala tayar daripada jenama Continental dengan ukuran saiz 205/45/17. Selain itu, bahagian-bahagian tertentu kereta ini dihiasi dengan kemasan karbon seperti di bahagian lampu sisi dan pemegang pintu. Sekali pandang, Myvi ‘modified’ ini memang cun habis!

Bahagian dalaman kereta tampil lebih kemas dengan balutan karbon pada papan pemuka termasuk stereng, tombol gear serta di bahagian perapi tingkap. Malah, tempat duduk hadapan pula ditukar kepada tempat duduk jenis separa lekuk (semi bucket seat) berwarna hitam daripada SSCUS! Ia juga tampil dengan tali pinggang keledar berwarna merah melengkapkan imej sporty di bahagian dalam kereta ini. Model Myvi ini juga dipasang sunroof yang menyerlahkan lagi karakter pemilik kenderaan. Ia turut dilengkapi dengan shadow 4 speed throttle controller, sistem audio subwoofer, suspension boleh laras ZERONE SS550 dan banyak lagi!

Tip Pengubahsuaian Kereta
Sebelum anda melakukan sebarang pengubahsuaian pada kereta, anda dinasihatkan untuk mempertimbangkan rancangan jangka panjang kereta yang diubah suai tersebut. Carsome menyenaraikan 4 tip pengubahsuaian kereta yang boleh anda pertimbangkan sebelum anda melakukan apa-apa pengubahsuaian terhadap kereta anda.
- Setiap kereta terpakai yang dijual kepada Carsome akan melalui pemeriksaan Puspakom. Anda boleh rujuk garis panduan pemeriksaan daripada Puspakom dan garis panduan daripada Carsome untuk maklumat lanjut.
- Carsome menerima kereta modified terpakai namun tertakluk pada keadaan-keadaan tertentu. Penukaran rim tayar, pengubahsuaian body kit seperti bampar dan lain-lain mungkin boleh membantu meningkatkan nilai jualan kereta anda.
- Penukaran daripada enjin asal kepada enjin berprestasi lebih tinggi adalah tidak digalakkan. Pihak dealer biasanya menolak kenderaan yang melalui pengubahsuaian enjin kerana penukaran kepada enjin asal melibatkan kos yang besar. Selain itu, terdapat risiko kerosakan enjin yang perlu dipertimbangkan.
- Pemasangan sunroof pada kenderaan turut dibenarkan, namun masih tertakluk pada keadaan dan kelulusan daripada Puspakom.

Perodua Bakal Hasilkan MYVI GT?
Kehadiran model konsep baharu Perodua Myvi GT semasa acara Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) secara tidak langsung berjaya membuatkan pengunjung teruja. Myvi generasi ketiga dengan spesifikasi lengkap yang lebih sporty berbanding model standard dijangka bakal menjadi antara model kereta paling laris dijual di Malaysia. Rekaan Myvi GT tampil lebih menarik dengan rekaan bampar dan kit badan dengan ciri-ciri yang lebih sporty, agresif dan garang. Ia sekali gus menambahkan lagi nilai kosmetik model Myvi sedia ada. Model ini dijangka menampilkan rim bersaiz 17 inci lima jejari berkembar berwarna hitam dengan tayar Bridgestone Potenza Adrenalian RE003.
Selain itu, model ini turut menampilkan rekaan garisan pada bahagian badan, skirting yang lebih memukau, pad brek Brembo dan suspensi boleh laras. Ruang dalaman pula diserlahkan dengan stereng rata yang diperbuat daripada gentian karbon dan tempat duduk bucket dengan balutan Alcantara. Namun begitu, enjin Myvi GT dijangka masih lagi mengekalkan enjin standard Myvi. Meskipun menerima respon yang positif, pihak Perodua masih lagi mengkaji kerelevenan, harga dan aspek-aspek lain sebelum melancarkan model ini.

Adakah anda #TeamModified atau #TeamStandard? Adakah anda sanggup berbelanja besar untuk mengubah suai kereta anda? Selain itu, jika anda merancang untuk menjual kereta lama anda, layari laman web Carsome – platform jual beli kereta terpakai terbesar dan terbaik di Asia Tenggara untuk info lanjut.