HomeBM5 Titik Pemeriksaan Kenderaan Di Carsome Yang Anda Perlu Tahu

5 Titik Pemeriksaan Kenderaan Di Carsome Yang Anda Perlu Tahu

Carsome menyediakan perkhidmatan yang sangat mudah untuk membantu anda menjual kereta terpakai anda. Jika anda ingin menjual atau membeli kereta terpakai anda, semestinya Carsome merupakan salah satu pilihan terbaik yang boleh anda pertimbangkan. Kereta yang dijual di platform kami akan menjalani 175 titik pemeriksaan kenderaan untuk memastikan kualiti kenderaan. Malah, kereta yang dijual atau dibeli tidak pernah terlibat dengan mana-mana kemalangan besar, tiada kerosakan struktur atau rosak disebabkan banjir.

pemeriksa sedang melakukan pemeriksaan kenderaan

Pemeriksa Carsome hanya memerlukan masa sekitar 30 minit sahaja untuk menjalankan 175 titik pemeriksaan. Dalam artikel ini, kami senaraikan lima titik pemeriksaan kenderaan yang penting dalam penilaian kereta anda.

5 Daripada 175 Titik Pemeriksaan Kenderaan Carsome

1. Pemeriksaan Pemanduan Stereng

Salah satu pemeriksaan yang dilakukan ialah pemeriksaan stereng. Stereng dengan terlebih ‘free play’ berlaku apabila stereng dapat dipusingkan satu inci atau lebih tanpa sebarang pergerakan pada roda kereta. Tanpa stereng yang tepat, pemandu tidak boleh mengawal kereta dengan baik jika berlakunya kecemasan. Secara asalnya, ‘free play’ sepatutnya hanya boleh mempunyai tindak balas maksima sehingga 0.6cm.

free play stereng

2. Pemeriksaan Bahagian Bawah Kereta – Mounting Enjin

Cagakan atau mounting enjin adalah bahagian yang menyokong enjin ke casis kereta. Selain memberi sokongan kepada enjin, tujuan mounting adalah untuk mengurangkan gegaran enjin dan memberi pengalaman memandu yang lebih lancar. Majoriti mounting enjin kenderaan haus atau rosak kerana usia. Mounting enjin perlu diganti apabila terdapat bunyi dan getaran berlebihan yang boleh menjejaskan komponen lain di dalam teluk enjin.

pemeriksaan kenderaan: pemeriksaan engine mounting

3. Pemeriksaan Bahagian Luar Kereta – Kereta Potong Sambung

Salah satu titik pemeriksaan kenderaan yang paling penting adalah untuk memeriksa integriti casis kenderaan. Pemeriksaan bahagian luar dan sendi adalah untuk meneliti jika kenderaan tersebut telah mengalami kemalangan dan diperbaiki. Pemeriksaan ini juga untuk mengesahkan sama ada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah meluluskan pembaikan tersebut.

potong-sambung puspakom

4. Pemeriksaan Bahagian Luar Kereta – Nombor Casis atau Enjin

Semua kenderaan yang telah mengalami kemalangan dan telah dibaiki akan diperiksa nombor casis dan enjinnya. Ini adalah untuk mengesahkan bahawa kenderaan yang dibaiki tidak diklon atau dikembalikan daripada ‘total loss’. Pengesahan ini penting untuk memastikan proses pembaikan telah diluluskan oleh pihak berkuasa dan boleh dipadankan dengan kad pendaftaran kenderaan.

nombor casis atau enjin

5. Pemeriksaan Bahagian Dalam Kereta – Kawalan Tingkap Kereta

Kegagalan fungsi tingkap kereta adalah kejadian yang biasa berlaku kepada kenderaan yang berusia. Walaupun hanya sekadar suis atau motor tingkap yang tidak berfungsi, penggantian bahagian ini dianggap sebagai kos tambahan kepada pemilik seterusnya. Memandangkan terdapat empat tingkap di dalam kereta anda, adalah lebih baik jikalau tingkap yang rosak itu diperbaiki sebelum ia diperiksa di Carsome.

pemeriksaan kenderaan: kawalan tingkap kereta

Perkongsian 5 daripada 175 titik pemeriksaan Carsome ini diharap dapat membantu anda untuk menjaga keadaan kereta anda. Keadaan kereta yang baik sedikit sebanyak dapat membantu anda mendapatkan tawaran harga yang lebih tinggi untuk kereta terpakai anda jika anda mengambil keputusan untuk menjual kereta anda. Jika anda ingin menjual kereta lama anda atau ingin membeli kereta terpakai, anda boleh mempertimbangkan Carsome. Dengan 175 titik pemeriksaan ini sudah semestinya membuktikan bahawa kami di Carsome sangat mementingkan kualiti dan pengalaman pemanduan yang baik.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular