CARSOME kini secara rasminya bekerjasama dengan TYREPLUS bagi menyediakan lebih banyak lokasi untuk memudahkan anda menjual kereta. Anda kini boleh mendapatkan penilaian kenderaan dan tawaran harga yang tinggi daripada CARSOME, semuanya di pusat servis penjagaan kereta yang sudah sedia anda percayai.
Cara Menjual Kereta Anda di TYREPLUS
Bagi memastikan proses penjualan kereta anda berjalan lancar, sila sediakan dokumen-dokumen berikut lebih awal:
- Geran Kereta atau Sijil Pemilikan Kenderaan
- Kad Pengenalan atau pasport (untuk bukan warganegara)
- Kunci pendua (jika ada)
- Approved Permit (AP) untuk pengesahan syarikat atau individu (jika berkaitan)
- Penyata Baki Pinjaman Sewa Beli untuk kereta yang masih ada hutang bank
- Invois Pembelian untuk kereta yang dibeli secara tunai
- Surat kebenaran wakil pihak ketiga untuk kereta yang didaftarkan atas nama orang lain
Berikut adalah langkah mudah jika anda ingin menjual kereta di cawangan TYREPLUS:
- Buat janji temu dalam talian: Layari carsome.my atau gunakan aplikasi CARSOME untuk menempah slot pemeriksaan. Masukkan butiran kenderaan, pilih tarikh dan masa, kemudian pilih cawangan TYREPLUS yang berdekatan dengan anda.
- Hadir pada hari pemeriksaan: Pandu kereta anda ke cawangan TYREPLUS yang telah dipilih. Pemeriksa profesional kami akan menilai kenderaan anda di sana (proses ini mengambil masa sekitar satu jam).
- Dapatkan tawaran harga: Selepas pemeriksaan selesai, anda akan menerima tawaran harga yang tinggi untuk menjual kereta terus kepada CARSOME, atau anda boleh memilih untuk meletakkannya dalam proses bidaan langsung.
- Terima bayaran: Jika anda bersetuju dengan tawaran jualan terus tersebut, kami akan uruskan segala urusan kertas kerja dan anda boleh menerima bayaran dalam tempoh 24 jam.
Cawangan TYREPLUS yang Terlibat
Kunjungi cawangan-cawangan TYREPLUS berikut jika anda berminat untuk menjual kereta anda:
- Nova Autocare Eurika (Kota Kemuning, Selangor)
- Nova Autocare (Bandar Menjalara, KL)
- Racing Z Car Care Sdn Bhd (KL)
- Pomcek Solutions (Kota Bharu, Kelantan)
- Shah Alam Tyres & Auto Accessories (Selangor)
- Teik Leong (Pulau Pinang)
- Pusat Servis Kenderaan Roda Pro (Terengganu)
- MYSL Tyre Trading (Seremban)
Kenapa Jual Kereta Anda Kepada CARSOME?

Memilih untuk menjual kenderaan anda melalui cawangan TYREPLUS bermakna anda tetap akan menikmati semua kelebihan utama pengalaman CARSOME yang diyakini ramai. Ini sebabnya mengapa pemandu di seluruh Malaysia memilih kami:
- Terima bayaran hari sama
- Harga tawaran tinggi
- Tiada bebanan kertas kerja
- Pemeriksa profesional
- Jual kereta di mana sahaja
Selain itu, jika anda juga bercadang untuk trade in kereta, anda berpeluang untuk menikmati rebat sehingga RM1,500 bagi pembelian kereta anda yang seterusnya. Usha lebih daripada 3,000 kereta terpakai berkualiti dengan yakin di carsome.my