Pada tanggal 31 Januari 2024 nanti, seluruh Malaysia akan akan menyaksikan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memulakan tugas baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun yang akan datang.
Baginda akan menggantikan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah dilantik untuk menerajui takhta Ketua Utama Negara sejak 31 Januari 2019 yang lalu.
Dikenali sebagai seorang pemerintah yang berjiwa rakyat, prihatin, dan berwibawa, DYMM Sultan Ibrahim juga merupakan seorang peminat tegar kereta mewah, kereta sukan, dan kereta klasik daripada pelbagai jenama ternama. Baru-baru ini, tular rakaman yang menunjukkan baginda berkenan memandu sendiri kereta model Dodge semasa berangkat pulang daripada Istana Bukit Serene sempena Majlis Istiadat Pelantikan Pemangku Sultan.
Keberangkatan pulang Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dari Istana Bukit Serene pada pukul 10.17 pagi.
🎥 Syed Iylia Syed Izman/BERNAMA#BernamaNews pic.twitter.com/KjlpRcBw8E
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 28, 2024
Jom kita lihat apa lagi kereta-kereta unik yang ada dalam koleksi kereta Sultan Johor.
1) Morgan 3 Wheeler
View this post on Instagram
DYMM Sultan Ibrahim pernah memandu kereta sukan klasik ini yang dibuat khas untuk baginda semasa Kembara Mahkota Johor edisi ke-20 pada tahun 2017 yang lalu. Kembara Mahkota Johor merupakan sebuah program jelajah yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Keluarga Diraja Johor dengan rakyat jelata.
Morgan 3 Wheeler mempunyai reka bentuk badan yang unik dan dikuasakan oleh enjin S&S V Twin yang digabungkan dengan sistem transmisi lima kelajuan Mazda.
2) Chevrolet Corvette C8 Z06
@k1exotics Sultan of Johor’s C8 Convette Z06 spotted!!! 🔥🔥🔥 #convette #chevroletcorvette #sportscar #supercar #cartiktok #carlifestyle #carporn #cargram #carspotting #carswithoutlimits #americanmuscle #tiktokcars #johorsultan #johor #sultan #tunkuismailidris #tunkuidris #sultanibrahim #royalfamily ♬ son original – FYP 🤍🇲🇺
Satu lagi kereta ikonik dalam koleksi kereta DYMM Sultan Ibrahim adalah Chevrolet Corvette C8 Z06. Corvette generasi kelapan ini adalah Corvette pertama yang dilengkapi dengan enjin pada bahagian tengah dan pacuan roda belakang.
Ia dikuasakan oleh enjin V8 6.2 liter dengan transmisi dwi-klac lapan kelajuan yang sangat berkuasa dan mampu menghasilkan sehingga 502 PS dan tork sehingga 369 Nm. Dengan kemampuan untuk memecut daripada 0 hingga 100km/j dalam hanya 7.1 saat, ia merupakan pilihan terbaik untuk menelusuri lebuh raya di Malaysia.
3) Genesis G90 Limousine
View this post on Instagram
Limosin mewah ini dihasilkan oleh pembuat kereta mewah dari Korea iaitu Genesis, yang merupakan divisi bahagian kenderaan mewah bagi Hyundai Motor Group. Bahagian dalamannya dilengkapi dengan kemasan kulit semi anilin, kerusi penumpang yang boleh dilaraskan sehingga 18 arah, skrin untuk menonton televisyen dan banyak lagi ciri-ciri mewah.
Ia dikuasakan oleh enjin V8 5.0 liter yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan yang mampu menghasilkan sehingga 425 kuasa kuda. Terdapat juga satu lagi model yang dilengkapi dengan enjin 3.3 liter turbo berkembar yang mampu menghasilkan sehingga 365 kuasa kuda.
4) Bugatti Veyron
Siapa yang tak kenal Bugatti Veyron? Kereta super dari Perancis ini merupakan ikon kelajuan yang dikenali di seantero dunia. Dikuasakan dengan enjin quad-turbo W16 dan transmisi dwi-klac tujuh kelajuan, ia berupaya mencapai kelajuan sehingga 407 batu sejam dan ini menjadikannya antara kereta produksi yang paling pantas di dunia!
Bugatti Veyron dalam koleksi kereta DYMM Sultan Ibrahim dihiasi dengan warna putih dan biru neon yang melambangkan warna negeri Johor. Pada ketika ini, terdapat kurang daripada lima Bugatti Veyron di Malaysia. Tak hairanlah kerana harga untuk sebuah kereta sukan boleh mencecah antara 2 ke 3 juta USD dan kos penyelenggaraannya pula boleh menelan belanja sehingga RM100,000 setahun!
Artikel berkaitan: 10 Supercar atau Kereta Paling Mahal di Dunia 2023
5) Mack Super-Liner Sleeper
Tahukah anda yang DYMM Sultan Ibrahim juga turut memiliki trak Mack yang paling mahal di dunia setakat ini dalam koleksi baginda? Trak Mack Super-Liner Sleeper ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan mewah yang termasuk sistem CCTV dengan enam kamera, dua TV skrin rata, dapur yang serba lengkap dengan tempat memasak, katil dua tingkat yang selesa, ruang barbeku, dan banyak lagi.
Pada bahagian dalamannya pula, ia dikuasakan oleh enjin diesel enam silinder 16.1 liter yang mampu menjana sehingga 685 kuasa kuda yang mengagumkan dan tork sehingga 3,150 Nm! Syarikat Mack Trucks dari Australia mengambil masa setahun untuk menghasilkan Super-Liner yang dibuat khas untuk baginda ini dan kos pembuatannya pula dianggarkan berjumlah sekitar RM1.4 juta!
Kereta Paling Unik dalam Koleksi DYMM Sultan Ibrahim – Replika Kereta Flintstones!
Selain daripada koleksi kereta mewah dan kereta sukan daripada jenama terkemuka, DYMM Sultan Ibrahim juga turut memiliki sebuah kereta istimewa yang sangat ikonik. Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, telah menghadiahkan sebuah replika kereta Flintmobile daripada siri animasi ‘The Flintstones’ kepada baginda!
DYMM Sultan Ibrahim merupakan peminat kartun ‘The Flintstones’ dan Fred Flintstone adalah watak kegemaran baginda dalam siri animasi tersebut. Yang menariknya, replika Flintmobile ini tidak menggunakan kuasa kaki untuk bergerak seperti dalam kartun tersebut, tetapi ia dilengkapi dengan motor agar boleh bergerak seperti kenderaan moden yang lain. Yabba-dabba-dooo!
Daripada semua kereta yang ada dalam koleksi kereta Sultan Johor, yang mana satu kegemaran anda? Kongsikan dengan kami dalam ruangan komen di bawah!