HomeBM5 Sebab Rakyat Malaysia Kurang Berminat Membeli & Menjual Kereta Terpakai Secara...

5 Sebab Rakyat Malaysia Kurang Berminat Membeli & Menjual Kereta Terpakai Secara Tradisional

Pengalaman membeli atau menjual kereta terpakai secara tradisional di pusat jualan kereta adalah sangat mencabar. Ini disebabkan oleh proses yang panjang dan memerlukan banyak usaha – seperti melawat ke pusat jualan, menyelesaikan kertas kerja yang banyak serta menghantar kereta untuk pemeriksaan. 

Kebanyakan pembeli atau pemilik kereta terpakai kini lebih cenderung untuk menggunakan platform dalam talian untuk urusan jual beli kereta kerana kemudahan yang ditawarkan, proses yang singkat dan akses mudah untuk pilihan yang pelbagai.

Berikut merupakan lima sebab mengapa rakyat Malaysia menjauhkan diri daripada kaedah jual beli kereta secara tradisional.

Table of Contents

1. Sukar untuk Mencari Kereta Terpakai Berkualiti

Membeli kereta melibatkan belanja yang besar. Ini adalah salah satu sebab kenapa ramai yang lebih memilih untuk memiliki kenderaan terpakai.

Namun, mencari kereta terpakai yang berkualiti selalunya akan memakan masa atas pelbagai faktor, salah satunya mungkin kerana proses pemilihan yang kurang telus. Penjual kereta akan menawarkan kereta berkualiti tinggi yang telah menjalani pemeriksaan tetapi anda tidak akan mendapat kepastian tentang kualitinya melainkan laporan pemeriksaan disertakan sekali dalam tawaran.

Inilah sebabnya mengapa platform dalam talian seperti CARSOME hanya menawarkan kereta terpakai yang telah lulus pemeriksaan menyeluruh 175-titik mengikut standard yang tinggi dan dilakukan oleh tenaga kerja yang terlatih. 

Di samping itu, kereta yang dijual oleh CARSOME dilengkapi dengan laporan terperinci pemeriksaan 175-titik penuh dan ada sesetengah yang disertakan dengan pandangan 360 darjah untuk memberikan anda laporan pemeriksaan yang telus apabila anda membeli kereta dalam talian dengan kami.

2. Susah Nak Cari Tempat

Bayangkan, anda sudah jumpa pusat jualan kereta yang menjual kereta idaman anda atau mahu membeli kereta yang anda mahu jual mengikut harga yang telah anda tetapkan, tetapi ia terletak di daerah lain, atau mungkin di negeri lain! Tiada siapa yang mahu menghabiskan masa mereka untuk mencari dan berurusan di pusat jualan kereta.

Selain itu, mencari pusat penjualan kereta terpakai yang menawarkan kereta terpakai berkualiti yang memenuhi kehendak anda juga akan menghabiskan masa yang banyak kerana anda mungkin perlu mengunjungi beberapa pusat jualan sambil membuat perbandingan harga.

Begitu juga kalau anda mahu menjual kereta anda. Anda perlu menggunakan sumber yang banyak untuk mencari pembeli atau pusat jualan yang mahu membeli pada harga yang berpatutan.

3. Proses Yang Terlalu Banyak

Apabila bercakap tentang membeli atau menjual kereta terpakai secara tradisional, tidak dapat dinafikan bahawa proses yang perlu anda lalui sangat banyak!

Jika anda merancang untuk menjual kereta secara tradisional, anda perlu mencari pembeli atau pusat jualan yang menawarkan harga yang sesuai dengan harga anda. Anda juga perlu mencari pusat pemeriksaan yang berwibawa untuk menilai harga kereta anda, tetapi ini juga berisiko kerana anda mungkin tidak pasti sama ada pusat pemeriksaan tersebut diperakui atau tidak.

Proses membeli kereta terpakai juga banyak. Anda perlu pergi ke pusat jualan, periksa kereta dengan teliti untuk memastikan kualitinya, dan berurusan dengan penjual bagi mendapatkan harga yang sesuai.

Sekiranya anda tidak yakin dengan kemampuan anda untuk menilai kereta yang mahu dibeli, anda perlu mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga atau rakan yang anda percaya dan lebih berpengetahuan.

man inspecting a car

Seterusnya anda perlu meneliti hal-hal berkaitan kertas kerja pula. Jika anda membeli kereta terpakai, ada banyak kertas kerja yang perlu anda sediakan semasa berurusan dengan pihak bank dan pusat jualan untuk melancarkan proses pembelian.

Kalau anda mahu menjual kereta, ada banyak kertas kerja yang perlu dilakukan di pelbagai tempat seperti menyiapkan salinan geran, menyelesaikan borang pertukaran nama di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), mengisi borang pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM, dan sebagainya. Semua ini akan memerlukan masa yang banyak dan juga wang.

Walaupun pusat jualan kereta akan menawarkan untuk meringankan beban ini, biasanya anda akan dikenakan bayaran yang agak mahal, kerana mereka perlu mengambil kira kos bayaran permohonan dan juga kos khidmat runner. Tambahan pula, harga ini biasanya tidak termasuk dalam harga paparan kereta.

dealing with documents is confusing

4. Kesukaran dalam Membuat Rundingan

Setelah lama mencari, akhirnya anda jumpa juga kereta terpakai yang mahu dibeli atau pusat jualan yang sesuai. Kini anda harus menghadapi tugas yang paling berat, iaitu membuat rundingan.

Walaupun bagi seseorang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas dalam bidang membeli atau menjual kereta, berunding merupakan bahagian paling sukar dalam usaha untuk menyelesaikan proses jual beli.

Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi rundingan anda seperti sikap anda, serta kelemahan atau kecacatan yang terlihat pada kereta tersebut. Ditambah dengan perkara lain yang perlu difikirkan semasa proses pembelian, anda akan memerlukan semua bantuan yang boleh anda dapat.

Oleh itu, adalah lebih baik jika anda dapat membawa orang lain untuk membantu anda berunding, terutamanya ahli keluarga atau rakan yang boleh dipercayai dan lebih berpengetahuan.

couple negotiating about car purchase

5. Perkhidmatan Selepas Jualan (After Sales Service)

Pelanggan zaman kini mengharapkan perkhidmatan selepas jualan (After Sales Service) yang setimpal dengan harga yang mereka bayar, terutama sekali dalam pembelian kereta.

Apabila membeli kereta dengan pusat jualan kereta, mereka akan menawarkan pakej perkhidmatan selepas jualan yang menarik, tetapi agak sukar jika anda mahu mendapatkan perkhidmatan selepas jualan yang dapat memenuhi keperluan anda.

Ini adalah kerana pakej tersebut mungkin dijual dengan harga yang agak mahal atau pakej tersebut hanya boleh digunakan di bengkel atau pusat servis tertentu sahaja.

Begitu juga dengan jahawa usaha membeli dan menjual kereta secara tradisional dipenuhi dengan pelbagai kesusahan. Bahkan, anda juga mungkin pernah melalui perkara-perkara di atas dalam usaha anda membeli atau menjual kereta dengan cara tradisional. 

Inilah sebabnya mengapa CARSOME diwujudkan – sebagai jalan penyelesaian untuk menghilangkan kerumitan ini dan untuk menyediakan perkhidmatan jual beli kereta terpakai yang selamat, mudah dan dipercayai.

CARSOME Je Lah! Untuk Ketenangan Fikiran yang Lengkap

CARSOME telah memperkenalkan cara baru yang menyeluruh untuk menjual dan membeli kereta terpakai, untuk menjadikannya lebih mudah dan lebih lancar bagi anda. Inilah cara Carsome berfungsi.

Cara Menjual Kereta Anda Dengan CARSOME

Menjual kereta terpakai anda melalui CARSOME sangat senang. Anda hanya perlu melalui langkah mudah berikut, dan kami akan menguruskan selebihnya untuk anda:

  • Tempah temu janji: Untuk mendapatkan tawaran nilai pasaran bagi kereta terpakai anda, anda perlu menempah pemeriksaan percuma secara dalam talian. Jadualkan temu janji anda secara dalam talian di carsome.my/sell-car. Konsultan CARSOME kami akan menghubungi anda untuk mengesahkan maklumat anda dan menjadualkan pemeriksaan anda di pusat yang terdekat.
  • Pemeriksaan professional: Hadiri sesi pemeriksaan yang telah dijadualkan dan pemeriksaan 175 titik akan dijalankan oleh pemeriksa kami yang bertauliah ke atas kereta anda sebelum kami menawarkan harga.
  • Dapatkan tawaran: Selepas pemeriksaan, kami akan terus menawarkan harga untuk kereta anda, atau anda mempunyai pilihan untuk menyenaraikan kereta anda dalam bidaan langung (live bid) di mana kereta anda akan dibida oleh pusat jualan dari seluruh negara dan anda mungkin boleh mendapat harga sehingga 20 peratus* lebih banyak daripada nilai pasaran.
  • Proses yang mudah: Setelah anda bersetuju dengan harga pilihan anda, kami akan menguruskan semua dokumentasi untuk anda dan anda akan menerima bayaran secepat mungkin*.

Artikel Berkaitan: Cara Paling Berbaloi Jual atau Trade In Kereta Lama Belum Habis Bayar

Cara Membeli Kereta Terpakai Berkualiti Dengan CARSOME

Di CARSOME, membeli kereta terpakai sangat senang. Hanya dengan beberapa langkah mudah ini, anda boleh memiliki kereta terpakai yang berkualiti tinggi.

  • Tempah kereta anda: Lihat senarai kereta terpakai kami di carsome.my/buy-car dan pilih kereta yang anda mahukan. Seperti yang telah kami sebutkan, setiap kereta yang disenaraikan disertakan dengan laporan pemeriksaan – jadi pastikan anda menyemaknya juga.
  • Pandu uji: Anda boleh menempah sesi pandu uji secara dalam talian. Cuma hantarkan maklumat anda dan Konsultan CARSOME kami akan menghubungi anda untuk mengaturkan sesi pandu uji di CARSOME Experience Center berhampiran anda. Anda juga boleh memilih untuk melakukan sesi pandu uji di rumah anda tanpa sebarang caj tambahan!
  • Dapatkan kereta anda: Setelah anda memilih kereta yang hendak dibeli, anda boleh menyelesaikan pembayaran anda melalui pelbagai kaedah bayaran yang kami sediakan. Setelah itu, kami akan menyelesaikan semua kertas kerja yang diperlukan dan kereta anda akan dihanter terus ke rumah.

Artikel Berkaitan: Beli Kereta Pertama? Ini Perkara Penting Tentang Loan Kereta yang Perlu Anda Tahu

Dapatkan Kereta CARSOME Certified untuk Kualiti yang Terjamin

Kereta CARSOME Certified kami sangat laris dijual kerana semua kereta CARSOME Certified disertakan dengan CARSOME Promise dari kami yang menjamin ketenangan kepada pemilik mereka. Inilah CARSOME Promise kami.

  • Pemeriksaan 175 titik: Anda akan mendapat kereta terpakai berkualiti tinggi yang lulus 175-titik pemeriksaan kami dan dijamin bebas dari kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan besar, termasuk kerangka, kebakaran, dan kerosakan banjir.
  • Waranti satu tahun: Kami akan memberi anda jaminan satu tahun untuk perlindungan pada tahun pertama anda.
  • Jaminan wang dikembalikan lima hari: Sekiranya anda berubah pendapat mengenai kereta yang dibeli, anda boleh mengembalikannya kepada kami dalam masa lima hari untuk mendapatkan bayaran balik sepenuhnya.
  • Harga tetap: Harga yang kami senaraikan adalah harga yang anda bayar, tanpa caj atau bayaran tersembunyi.

Oleh itu, jika anda terlintas untuk menjual atau membeli kereta dengan CARSOME, kami sedia membantu. Anda juga boleh menyemak promosi bulanan kami untuk mendapatkan lebih banyak penjimatan. 

* Tertakluk kepada Terma & Syarat.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular