HomeBMModel Honda Civic Sedan 2022 Generasi ke-11 Tertiris?

Model Honda Civic Sedan 2022 Generasi ke-11 Tertiris?

Kita telah melihat reka bentuk Honda Civic 2022 baharu dalam versi prototaip sebelum ini dan kini versi pengeluaran akhir – imej dikongsikan kredit kepada Civic11Forum. Gambar-gambar ini memperlihatkan Honda Civic 2022 baharu versi pasaran China yang menampilkan reka bentuk yang sama seperti prototaip Civic sebelum ini. Namun begitu, ia kelihatan lebih kecil termasuk roda dan kemasan yang minimal.

Honda Civic 2022
Kredit: Forum

Meskipun begitu, kami berpendapat Honda Civic sedan baharu ini lebih menarik berbanding model Honda Civic generasi ke-10 sedia ada di pasaran. Lampu ‘ketam’ yang cukup sinonim dengan Honda Civic tidak diteruskan untuk Civic baharu ini. Model baharu menampilkan bahagian belakang yang lebih konvensional. Masih banyak yang perlu diketahui mengetahui Civic 2022 ini seperti powertrain dan ciri-ciri yang akan ditampilkan. Namun begitu, Honda telah memberikan sedikit sneak peak melalui video yang anda boleh saksikan di bawah.

Bahagian dalaman Honda Civic baharu ini memaparkan rekaan papan pemuka yang lebih menarik dan ringkas dengan skrin infotainment terapung (floating screen). Kami berharap Honda akan berkongsi lebih banyak maklumat rasmi mengenai Civic 2022 ini yang akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi. Menurut Honda, Civic generasi ke-11 ini dijangka mula memasuki pasaran pada pertengahan tahun ini. Kita mungkin akan berpeluang untuk melihat versi akhir model ini tidak lama lagi. Harga permulaan turut dijangka hampir sama seperti model semasa.

Bahagian Belakang Civic Baharu
Kredit: Forum

Adakah anda teruja untuk Civic baharu ini? Sama-sama kita nantikan! Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan mana-mana model Honda terpakai, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menjanjikan tawaran harga terbaik dan berbaloi dengan cara yang mudah dan pantas.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular