HomeBMHarga Minyak Diesel Minggu Ini di Malaysia

Harga Minyak Diesel Minggu Ini di Malaysia

Pengumuman pemotongan subsidi diesel di Malaysia merupakan strategi kerajaan yang bertujuan untuk menangani kebocoran subsidi dengan lebih berkesan dan langkah ini dijangka boleh menjimatkan RM4 bilion setiap tahun.

Dalam artikel ini, CARSOME akan menyenaraikan harga diesel terkini setiap minggu untuk rujukan anda.

Harga Minyak Diesel Terkini untuk 29 Ogos – 4 September 2024

Harga minyak diesel akan dikemaskini mengikut amalan semasa iaitu pada waktu petang setiap hari Rabu dan diguna pakai bermula dari hari Khamis 12:00 AM hingga minggu berikutnya (Rabu 11:59 PM). Berikut adalah harga minyak diesel di seluruh Semenanjung Malaysia yang telah ditetapkan bagi minggu ini:

Diesel: RM3.18 seliter (-RM0.05)

Harga minyak diesel di Malaysia dipengaruhi secara langsung oleh harga pasaran minyak yang telah diproses (refined oil) iaitu Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kadar pertukaran ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat berdasarkan purata bulan sebelumnya. Mekanisme penentuan harga ini ditentukan melalui sistem apungan terkawal atau managed float yang ditentukan oleh Automatic Pricing Mechanism (APM).

Lihat harga minyak petrol terkini di sini.

Apa Itu Mekanisme Penentuan Harga Minyak Automatik atau Automatic Pricing Mechanism (APM)?

Harga minyak diesel yang dijual di pasaran Malaysia tidak akan dipengaruhi oleh perubahan harga kos minyak harian. Sistem ini juga memastikan perbezaan harga minyak antara harga kos dan harga jualan dapat diserap melalui penggunaan subsidi dan pengecualian cukai jualan.

Kelebihan Mekanisme Penentuan Harga Minyak Automatik

  1. Membantu menyelaras, mengawal harga minyak diesel di dalam pasaran Malaysia;
  2. Mengurangkan aktiviti pengawalan stok minyak oleh pihak pengusaha;
  3. Mengelakkan rakyat daripada terkesan dengan sebarang perubahan harga minyak dunia.

Bermula Jun 2024, kerajaan Malaysia telah mengumumkan harga runcit diesel melalui kaedah pengapungan terkawal secara mingguan. Kaedah penetapan ini turut dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui warta Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Runcit Maksimum bagi Petrol dan Diesel).

Kaedah penetapan baharu ini menjadikan tempoh pengiraan purata kos harga minyak lebih singkat dan membolehkan trend harga runcit yang lebih stabil berbanding kaedah penentuan harga bulanan yang diguna pakai sebelum ini.

Minyak Diesel di Malaysia Dijual pada Harga Berlainan Mengikut Sektor

Gambar oleh Emre Can Acer.

Tahukah anda yang minyak diesel dijual pada harga yang berlainan di Malaysia mengikut sektor? Pada ketika ini, harga minyak diesel di Semenanjung Malaysia telah ditetapkan sebanyak RM3.18 seliter.

Walau bagaimanapun, di Sabah, Sarawak, dan Labuan, harganya kekal pada RM2.15 seliter. Harga ini turut ditetapkan untuk kenderaan logistik berkelayakan yang termasuk dalam Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0.

Manakala untuk kenderaan-kenderaan awam seperti bas sekolah, bas ekspres, ambulans, dan lain-lain yang layak dalam Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0, subsidi diesel kekal pada harga RM1.88 seliter. Bagi nelayan pula subsidi diesel juga kekal pada harga RM1.65 seliter.

Soalan Lazim Mengenai Diesel

Kami juga telah mengumpulkan beberapa soalan lazim tentang minyak diesel untuk rujukan anda.

1. Adakah saya perlu menunggu perubahan harga diesel sebelum mengisi minyak kereta?

Ini mungkin membantu anda menjimatkan beberapa ringgit setiap minggu apabila harga turun, tapi harga minyak diesel di Malaysia ditentukan oleh pasaran global yang menjadikannya sukar untuk mengukur kos dalam jangka panjang.

2. Apakah jenis diesel yang patut saya gunakan untuk kereta saya?

Mulai Oktober 2021, kerajaan Malaysia telah mewajibkan yang semua bahan api diesel yang dijual di Malaysia mestilah mematuhi Euro 5 untuk menggalakkan penggunaan bahan api yang lebih hijau. Pada masa ini, Euro 5 adalah satu-satunya jenis diesel yang dijual di negara ini.

3. Bolehkah saya menggunakan minyak diesel untuk kereta petrol?

Tidak. Anda tak boleh menggunakan minyak diesel untuk kereta petrol serta sebaliknya. Diesel mempunyai titik pembakaran yang tinggi dan lebih likat daripada petrol. Ini boleh menyebabkan kerosakan enjin yang teruk.

4. Apakah perbezaan antara minyak petrol & minyak diesel?

Kedua-duanya mempunyai berasal daripada bahan yang sama, minyak mineral. Satu-satunya perbezaan adalah cara ia dibuat. Pembuatan minyak diesel adalah lebih mudah dan ia juga menghasilkan lebih banyak tenaga semasa pembakaran.

5. Apakah perbezaan antara enjin petrol & enjin diesel?

Selain daripada harga minyak, cara pembakaran berlaku merupakan perbezaan utama antara enjin petrol dan enjin diesel. Enjin petrol mencampurkan bahan api dengan udara lalu dimampatkan dengan piston dan palam pencucuh akan menyalakan campuran termampat ini untuk menggerakkan piston.

Manakala bagi enjin diesel pula sebaliknya. Ia akan memampatkan udara sebelum menambah bahan api dan tekanan tinggi ini akan menghasilkan suhu dan haba yang tinggi yang digunakan untuk membakar bahan api diesel apabila ia ditambah, jadi tiada palam pencucuh diperlukan untuk menyalakan pembakaran.

6. Adakah kereta yang menggunakan enjin diesel lebih efisien?

Memang tak dapat dinafikan yang enjin diesel lebih cekap berbanding enjin petrol kerana setiap liter diesel boleh menghasilkan lebih banyak tenaga daripada petrol. Jadi, untuk menghasilkan jumlah kuasa yang sama seperti petrol, enjin diesel hanya memerlukan jumlah diesel yang sedikit.

7. Yang mana satu lebih baik – RON95, RON97, atau diesel?

Antara ketiga-tiga jenis bahan api ini, tidak ada yang lebih baik daripada yang lain. Bahan api yang sesuai untuk kereta anda bergantung pada jenis kereta yang anda pandu.

Sejarah Harga Minyak Diesel

MingguHarga Minyak Diesel
10 – 20 Jun 2024RM3.35 (+RM1.20)
20 – 26 Jun 2024RM3.35
27 Jun – 3 Julai 2024RM3.35
4 – 10 Julai 2024RM3.35
11 – 17 Julai 2024RM3.35
18 – 24 Julai 2024RM3.35
25 – 31 Julai 2024RM3.35
1 – 7 Ogos 2024RM3.35
8 – 14 Ogos 2024RM3.30 (-RM0.05)
15 – 21 Ogos 2024RM3.25 (-RM0.05)
22 – 28 Ogos 2024RM3.23 (-RM0.02)
29 Ogos – 4 September 2024RM3.18 (-RM0.05)
Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular