HomeBMFestival Jualan 11.11 CARSOME: Jimat Sehingga RM8K!

Festival Jualan 11.11 CARSOME: Jimat Sehingga RM8K!

Festival Jualan 11.11 atau turut dikenali sebagai ‘Singles’ Day’ mula diperkenalkan oleh platform e-dagang terbesar di China iaitu Alibaba. Pada awalnya, ‘Singles’ Day’ atau ‘Double 11′ merupakan festival beli-belah tidak rasmi penduduk di China yang meraikan individu-individu bujang yang tidak mempunyai pasangan. Angka 1 berdasarkan slanga internet bahasa Cina merujuk tongkat kosong (bare stick) yang mewakili individu-individu bujang yang belum berpasangan. Namun begitu, trend jualan 11.11 ini bukan sahaja popular dalam kalangan individu bujang di Malaysia, malah ia turut mendapat tempat dan dilihat semakin berkembang dalam semua lapisan masyarakat tanpa mengira status.

Semua pelanggan boleh menikmati diskaun menarik daripada peniaga di mana-mana platform e-dagang yang terlibat dalam kempen jualan ini. Kebanyakan platform e-dagang yang menyertai inisiatif ini mencatatkan peningkatan daripada aspek carian, trafik pengguna, muat turun aplikasi dan transaksi jualan di laman web dan aplikasi masing-masing. Sempena Festival Jualan 11.11 ini juga, CARSOME turut menyajikan pelbagai tawaran diskaun menarik untuk anda yang ingin mendapatkan mana-mana model kereta terpakai pilihan anda.

Festival Jualan 11.11

Festival Jualan 11.11 CARSOME– Yang Terbaik, Yang Terhebat!

CARSOME merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan cara yang mudah dan pantas. Malah, sempena Festival Jualan 11.11 ini, tawaran harga yang ditawarkan semestinya lebih berbaloi dan menguntungkan. Jom ketahui rahsia bagaimana anda boleh memaksimumkan diskaun pembelian anda di CARSOME sempena festival jualan ini:

1. Potongan Sehingga RM5,000 daripada Harga Asal? Jom Ketahui Caranya.

Apa yang anda perlu lakukan untuk menikmati tawaran potongan harga istimewa dan menarik ini? Mudah sahaja, anda hanya perlu ikuti langkah mudah di bawah:

  1. Layari laman web CARSOME dan klik Buy Car 11.11.
  2. Pilih kereta idaman anda daripada senarai yang dipaparkan sama ada kereta sedan, hatchback, SUV atau MPV terpakai dan nikmati tawaran diskaun menarik sehingga RM5,000!
  3. Klik pada kereta idaman anda dan pilih ‘Book A Test Drive’.

Setiap kereta yang dibeli daripada CARSOME layak menerima faedah waranti selama setahun. Kereta yang dipamerkan di laman web kami juga telah menjalani 175 titik pemeriksaan daripada pemeriksa bertauliah dan telah menerima pengiktirafan ‘CARSOME Certified’, tanpa kerosakan teruk akibat kemalangan atau banjir. CARSOME turut menyediakan Jaminan Pengembalian Wang selama 5 hari dari tarikh pembelian anda. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk merebut tawaran potongan harga istimewa sehingga RM5,000 untuk varian terpilih sempena Festival Jualan 11.11 CARSOME ini.

2. Anda Pengguna Shopee dan Lazada? Anda Boleh Jimat Sehingga RM401!

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan baucar diskaun berharga RM99 yang bernilai RM500 di platform dalam talian Shopee dan Lazada. Baucar diskaun ini boleh digunakan sebagai bayaran pendahuluan model kereta terpakai idaman anda. Caranya mudah sahaja:

  1. Beli baucar diskaun berharga RM99 dan anda berpeluang menikmati diskaun sehingga RM500. Namun begitu, tawaran ini terhad untuk pembelian pada 11 November sahaja.
  2. Pihak Lazada akan menghantar nombor pesanan melalui e-mel anda. Manakala, untuk pembelian di platform Shopee, baucar boleh didapati di bawah menu ‘Shopee Updates’.
  3. Pihak CARSOME akan menghubungi anda untuk pandu uji.
  4. Anda hanya perlu kemukakan nombor telefon dan e-mel pengesahan pembelian (bagi pengguna Lazada) dan kod baucar (bagi pengguna Shopee) kepada Konsultan CARSOME.

3. Nak Tambah Duit Poket Sehingga RM2,500? Rujuk Rakan dan Ahli Keluarga Anda Sekarang!

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk menjual kereta terpakai anda, mengapa tidak memilih CARSOME? Di CARSOME, kami membeli kereta terpakai anda dengan nilai jualan 20% lebih tinggi berbanding purata harga belian pasaran. Malah, anda juga berpeluang mendapatkan RM2,500 tambahan dengan kempen ‘Refer A Friend’ yang sedang kami jalankan. Pendek kata, anda dapat menikmati RM2,500 ekstra untuk pembelian kereta baharu anda dan harga jualan kereta 20% lebih tinggi untuk kereta lama anda, berbaloi bukan?

Festival Jualan 11.11

Kempen ‘Refer A Friend’ melayakkan anda untuk menerima wang tunai sehingga RM2,500 jika anda merujuk lima (5) orang ahli keluarga atau rakan anda untuk menjual kereta lama mereka di CARSOME. Kempen yang berlangsung dari 1 November hingga 31 Disember 2020 terbuka untuk semua pelanggan yang telah menjual kereta terpakai mereka di CARSOME antara 1 Januari dan 31 Disember 2020, tertakluk terma dan syarat.

  1. Pelanggan yang telah menjual kereta terpakai mereka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2020 layak menjadi Perujuk (Referral).
  2. Rujuk lima (5) orang ahli keluarga atau rakan untuk menjual kereta terpakai mereka antara 1 November hingga 31 Disember 2020.
  3. Individu yang dirujuk (Referee) perlu mengisi borang yang disediakan dan perlu memasukkan kod unik Perujuk (Nombor Plat Kenderaan yang Dijual).
  4. Wang ganjaran bernilai RM500 akan diberikan bagi setiap transaksi yang berjaya.

Berapa Banyak Yang Anda Boleh Jimat?

Sebagai contoh, jika anda sedang merancang untuk mendapatkan model Honda Accord VTI-I 2.0 Automatik tahun 2016 terpakai yang dijual di laman web CARSOME pada harga asal RM95,800.

RM95,800 – RM5,000 (Diskaun 11.11) – RM401 (Baucar Shopee/Lazada) – RM2,500 (Refer A Friend, *mengambil kira nilai maksimum) = RM87,899. Jimat RM7,901.

Apa tunggu lagi? Anda boleh layari laman web CARSOME jika anda sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta terpakai atau menjual kereta lama kesayangan anda. Potongan harga istimewa sempena Festival Jualan 11.11 ini semestinya akan memberi lebih banyak penjimatan kepada anda. Tunggu apa lagi, layari laman web CARSOME untuk info lanjut.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular