HomeBMBMW Group Malaysia Perkenalkan BMW 430i Coupé M Sport, X7 xDrive40i Pure...

BMW Group Malaysia Perkenalkan BMW 430i Coupé M Sport, X7 xDrive40i Pure Excellence Serba Baharu

Syarikat pengeluar kereta premium, BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan dua model baharu untuk pasaran Malaysia. Model serba baharu BMW 430i Coupé M Sport dan X7 xDrive40i Pure Excellence dijangka akan mewarnai segmen kereta premium negara tahun 2021 ini. Pengenalan model baharu 430i Coupé M Sport ini merupakan salah satu usaha untuk mempelbagaikan pilihan model BMW dalam pasaran tempatan yang menepati personaliti pelanggan. Selain model ini, BMW Group Malaysia juga turut melancarkan X7 xDrive40i Pure Excellence sebagai tambahan kepada portfolio kenderaan pemasangan tempatan di Malaysia.

Spesifikasi BMW 430i Coupé M Sport

Wajah Baharu BMW 430i Coupé M Sport – Era Baharu Reka Bentuk dan Pilihan

Wajah baharu BMW 430i Coupé M Sport ini mengambil inspirasi daripada reka bentuk ikonik BMW lama. Reka bentuk lama ini diterapkan dalam kenderaan BMW kontemporari dengan sentuhan elemen, gaya, reka bentuk baharu yang lebih moden. Menurut Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, pengenalan model baharu ini merupakan inquisitiveness manifestation yang memacu pertumbuhan dan perkembangan terutamanya dalam aspek reka bentuk.

BMW 430i Coupé M Sport menampilkan rekaan kidney grille yang merupakan penghormatan kepada model ikonik BMW 328. Model ini merupakan penafsiran semula ciri BMW 328 dalam bentuk coupé kontemporari yang lebih dinamik dan sporty. Selain reka bentuk estetika yang menarik, model ini juga turut mengekalkan dan mengutamakan aspek keselesaan dan dinamik pemanduan yang diharapkan oleh pelanggan dan peminat model BMW.

 rekaan kidney grille bmw baharu

i. Reka Bentuk BMW 430i Coupé M Sport

BMW 430i Coupé M Sport menampilkan bahagian depan yang rendah dengan rekaan kidney grille menegak yang menyerlahkan karakter model ini. Bahagian sisi BMW Coupé ini juga turut diserlahkan dengan teknik perkadaran dengan bilangan garis minimum yang digabungkan dengan ciri aerodinamik dan elegan sport. Dimensi ukuran model ini sedikit besar berbanding model terdahulu (4,768 mm panjang, 1,852 lebar, 1,383 tinggi, jarak roda 2,851 mm).

Dari bahagian sisi, model BMW 2021 ini terlihat lebih panjang dan dinamik dengan short overhang dan pintu Coupé terpanjang yang pernah ditemui dalam mana-mana model BMW. Rim aloi ringan M bersaiz 19 inci dalam double-spoke style 797 M Bicolour dengan tayar campuran dan tayar run-flat, brek M Sport dengan brake calliper berwarna biru menyerlahkan lagi sisi sporty kereta ini. Bahagian belakang pula diserlahkan dengan exhaust tailpipe dengan kemasan krom berkilat. BMW 430i Coupé serba baharu ditawarkan dengan M Aerodynamics Package, BMW Laserlights dengan High-beam Assistant, lampu kabus LED dan BMW Individual High-gloss Shadow Line.

Spesifikasi Enjin BMW 430i

ii. Spesifikasi Enjin, Ciri Standard BMW 430i Coupé M Sport

BMW 430i Coupé M Sport dikuasakan oleh enjin petrol BMW TwinTurbo 4 silinder yang digabungkan dengan pengecaj turbo twin-scroll dengan Valvetronic, Double VANOS dan High-Precision Injection. Enjin ini berkuasa menghasilkan maksimum output 258 kuasa kuda dan 400 Nm tork, mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 5.8 saat. Kelajuan tertinggi untuk model BMW baharu ini ialah 250 km/j.

Kuasa disalurkan ke semua roda melalui Transmisi Steptronic Sports 8 kelajuan yang dipertingkatkan – penggunaan bahan api direkodkan 6.6 liter bagi setiap 100 km, pelepasan karbon sebanyak 151 gram bagi setiap kilometer. Pengendalian lincah ini juga turut dibantu oleh sistem kawalan canggih seperti teknologi ARB (actuator contiguous wheel slip limitation) yang menjadikan kawalan gelinciran roda lebih baik dan kemas. Malah, model baharu ini juga turut hadir dengan sistem suspensi, brek M Sport dan Variable Sport Steering.

Selain itu, BMW 430i Coupé M Sport turut menampilkan ciri standard seperti Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC) termasuk Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC), Kawalan Brek Selekoh (CBC), Kawalan Brek Dinamik (DBC). Malah, model ini juga turut dilengkapi dengan Sistem Brek Antikunci (ABS) dengan Bantuan Brek.

Bahagian Dalaman BMW 430i Coupé M Sport

iii. Bahagian Dalaman BMW 430i Coupé M Sport

Bahagian kokpit BMW 430i Coupé M Sport direka khusus untuk sporty driver. Ia menampilkan ciri standard termasuk tempat duduk sport untuk pemandu dan penumpang, stereng M leather, pedal M-specific, fabrik tempat duduk Leather Vernasca, BMW Individual headliner Anthracite – interior trim finisher Aluminium Tetragon with highlight trim finisher in Pearl Chrome. Tali pinggang keselamatan menerima sentuhan jalur M-specific di kedua-dua tempat duduk hadapan dan belakang. Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan:

      • Konsol tengah tinggi untuk membezakan ruang pemandu dan penumpang hadapan;
      • Kluster instrumen dan paparan kawalan maklumat dengan akses mudah;
      • Stereng dengan butang pelbagai fungsi, ruang kompartmen tambahan dengan tempat letak tangan hadapan;
      • Pelarasan tempat duduk elektrik dengan fungsi memori;
      • Cermin sisi bahagian pemandu dan cermin pandang belakang dilengkapi dengan fungsi antisilau automatik termasuk fungsi lipatan (fold-in functionality);
      • Pemanduan dalam hujan dibantu sensor hujan, kawalan pengaktifan wiper kereta dan lampu kereta automatik;
      • Ambien dalaman welcome light carpet dan lampu ambien dengan 11 reka bentuk pencahayaan pratakrif;
      • Penyaman udara automatik dengan 3 zon kawalan;
      • BMW Live Cockpit Professional dengan paparan instrumen digital penuh 12.3 inci termasuk BMW Navigation System Professional dengan paparan sentuh sensitif 10.25 inci;
      • 16 pembesar suara Harman Kardon Surround Sound System termasuk Bluetooth, peranti USB dengan pengecasan tanpa wayar.

Rim aloi ringan M bersaiz 19 inci dalam double-spoke style 797 M Bicolour

iv. Sistem Bantuan Pemanduan BMW 430i Coupé M Sport

Selain Speed Limit Assist, Cross-traffic Warning, Rear Collision Prevention dan Approach Control Warning, BMW 430i Coupé M Sport turut dilengkapi dengan Driving Assistant Package. Driving Assistant Package terdiri daripada Lane Departure Warning, Lane Change Warning dan Front Collision Warning with Brake Intervention. Malah, model ini turut menampilkan fungsi Parking Assistant, Reversing Assistant dengan kamera pandang belakang. BMW 430i Coupé M Sport boleh didapati dalam warna empat pilihan warna:

      1. Arctic Race Blue Metallic;
      2. Portimao Blue;
      3. Alpine White;
      4. Black Sapphire.

Fabrik tempat duduk Leather Vernasca (dengan kemasan jahitan berwarna hitam) tersedia dalam pilihan warna Black, Tacora Red atau Cognac.

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence

Model Baharu BMW X7 xDrive40i Pure Excellence Versi Pemasangan Tempatan untuk Tahun 2021

Pengenalan model baharu BMW X7 xDrive40i merupakan bukti sokongan dan komitmen berterusan BMW terhadap landskap automotif tempatan. Selain X7 xDrive40i, BMW telah melancarkan beberapa model kenderaan pemasangan tempatan berprofil tinggi tahun lalu seperti BMW 218i Gran Coupé, BMW 330e M Sport dan BMW M340i xDrive. Langkah untuk melokalisasikan pemasangan rangkaian model terbesar BMW X memperlihatkan keyakinan jangka panjang terhadap potensi Malaysia sebagai hab serantau segmen automotif kereta mewah. BMW X7 xDrive40i Pure Excellence serba baharu ini menawarkan pengalaman pemanduan dan ruang dalaman yang mewah, canggih, selesa selari dengan identiti BMW X.

i. Reka Bentuk X7 xDrive40i

Model ini masih mengekalkan rekaannya yang berani dan ikonik. Bahagian depan model ini dilengkapi dengan kidney grille yang semestinya menjadi fokus utama semasa di  jalan raya. BMW X7 xDrive40i Pure Excellence dilengkapi dengan lampu depan BMW Laserlight yang boleh menerangi sehingga 600 meter di hadapan, lampu kabus LED dan highbeam assistant. Di bahagian sisi pula, near-vertical shoulder line memberikan impak panjang secara visual – dilengkapi dengan tingkap besar dan panjang, garis atap dinamik untuk efek ruang dalaman yang luas. Malah, ia turut diserlahkan dengan rim aloi ringan bersaiz 21 inci dalam Y-spoke style 753 Bicolour dengan tayar run-flat. Varian ini juga turut dilengkapi dengan tailgate elektrik sepenuhnya dengan ciri Comfort Access, dua tailpipes besar, bersegi empat di sebelah kiri dan kanan.

Bahagian Dalaman BMW Mewah Baharu

ii. Spesifikasi Enjin, Ciri Standard X7 xDrive40i

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence serba baharu mengekalkan enjin petrol in-line enam silinder. Enjin ini mampu mencapai kuasa maksimum 250kW atay 340 kuasa kuda dan tork maksimum 450Nm. Penggunaan bahan api direkodkan 9.5l/100km dengan pelepasan karbon sebanyak 218g/km. Kuasa disalurkan ke semua empat roda melalui Transmisi Steptronic Sports 8 kelajuan. Sistem pacuan empat roda pintar SAV (sport activity vehicles) mewah ini memaksimumkan cengkaman dan kestabilan pengendalian. Sama seperti varian import, varian pemasangan tempatan juga turut menawarkan Executive Drive Pro dengan Active Roll Stabilisation. Malah, keselesaan pemanduan juga turut dipertingkatkan dengan sistem kawalan Dynamic Damper Control yang memproses data daripada sistem navigasi dan kamera hadapan.

Enjin BMW baharu menggunakan enjin petrol in-line enam silinder.

iii. Bahagian Dalaman X7 xDrive40i

Elemen mewah bahagian dalaman model ini diserlahkan dengan elemen handmade diamond-cut trim dan pelbagai peralatan standard termasuk stereng balutan sport leather dan tempat duduk dengan kawalan elektrik. Selain itu pengudaraan tempat duduk hadapan aktif, model ini turut dilengkapi dengan:

      • BMW Live Cockpit Professional dengan Sistem Operasi BMW 7.0 – gabungan kluster instrument 12.3 inci digital sepenuhnya boleh konfigurasi pengguna;
      • Paparan kawalan tengah dengan fungsi skrin sentuh;
      • Kawalan suara BMW Intelligent Personal Assistant and BMW Gesture Control;
      • Welcome light carpet, penyaman udara dengan 5 zon kawalan;
      • Harman Kardon Surround Sound System dengan 16 pembesar suara;
      • Bidai tingkap elektrik untuk cermin tingkap sisi;
      • Rear Entertainment Professional System dan Panorama Roof Sky Lounge;
      • Fungsi pintu tutup perlahan atau soft-close function for doors;
      • Ruang kompartmen bagasi versatil 325 liter – ruang boleh dibesarkan sehingga 2,120 liter jika penyandar dilipat.

Bahagian Dalaman X7 xDrive40i

iv. Sistem Bantuan Pemanduan X7 xDrive40i

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence dilengkapi dengan teknologi BMW Personal CoPilot termasuk Parking Assistant Plus dengan pengendalian masuk atau keluar ruang tempat letak kereta secara automatik. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Reversing Assistant untuk membantu memudahkan pengendalian semasa di ruang tempat letak kereta yang sempit. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Driving Assistant pelbagai fungsi komprehensif yang disesuaikan untuk memberi ketenangan fikiran sepanjang perjalanan. Ia merangkumi Lane Departure Warning, Lane Change Warning dan Front Collision Warning with Brake Intervention.

Selain itu, model ini juga turut menampilkan Active Cruise Control dengan fungsi Stop & Go dan Integral Active Steering. Ciri inovatif lain termasuklah BMW Digital Key, fungsi pengecasan tanpa wayar dan penyepaduan telefon pintar yang tersedia sebagai standard untuk varian pemasangan tempatan. Varian ini ditawarkan dalam lima pilihan warna dengan kombinasi warna dalaman terpilih. BMW X7 xDrive40i Pure Excellence boleh didapati dalam pilihan warna berikut:

      1. Black Sapphire dan Sophisto Grey, tampil dengan fabrik tempat duduk Leather Vernasca Cognac dengan Black design perforations;
      2. Phytonic Blue and Manhattan Metallic, tampil dengan fabrik tempat duduk Leather Vernasca, design perforations serba hitam;
      3. Mineral White, tampil dengan fabrik tempat duduk Leather Vernasca warna Coffee, Black design perforations.

Tempahan Bermula 26 Februari 2021

Bagi pelanggan yang berminat untuk memiliki BMW 430i Coupé M Sport atau BMW X7 xDrive40i Pure Excellence, anda boleh melakukan tempahan bermula 26 Februari ini di BMW Shop Online. Malah, pelanggan yang berminat untuk memiliki mana-mana varian ini juga berpeluang menikmati pengalaman pemilikan premium lengkap. Premium Ownership Experience ini merangkumi:

      • Waranti Perbatuan Tanpa Had selama 5 Tahun dengan Program Servis Berjadual Percuma
      • BMW Roadside Assistance dan Accident Hotline
      • Aplikasi Telefon Pintar BMW Group Loyalty+ (Kad Keistimewaan BMW)
      • Perkhidmatan BMW Secara Online

Selain itu, jika anda berminat untuk mendapatkan mana-mana model BMW terpakai, anda boleh layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan cara yang mudah dan pantas.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular