HomeBMBMW M135i xDrive – 'Hatchback' Kompak Mewah

BMW M135i xDrive – ‘Hatchback’ Kompak Mewah

BMW Malaysia mewarnai segmen kereta premium negara dengan memperkenalkan dua model baharu untuk pasaran Malaysia iaitu BMW M135i xDrive dan BMW X1 sDrive18i. Model generasi baharu BMW M135i xDrive (kod F40) ini dijangka akan memberi saingan hebat kepada beberapa model lain seperti Mercedes-AMG A 35, FK8 Honda Civic Type R dan Volkswagen Golf R Mk7. Model ini dijangka dijual di pasaran tempatan pada harga RM355,646 (harga jualan atas jalan tidak termasuk insurans).

Selain itu, model ini juga turut menawarkan waranti tanpa had perbatuan selama lima tahun termasuk program servis berjadual secara percuma. BMW M135i xDrive yang juga dikenali sebagai ‘The 1’ merupakan model hatchback premium terkemuka dalam rangkaian model BMW.

BMW M135i xDrive

5 Perkara Mengenai BMW M135i XDrive

Kereta BMW M135i xDrive merupakan model yang boleh anda pertimbangkan sekiranya anda sedang mencari kereta kompak mewah dan premium baharu. CARSOME menyenaraikan 5 perkara mengenai model kereta ini yang boleh dijadikan sebagai panduan sebelum anda membuat keputusan:

1. Enjin Berkuasa

Model BMW M135i xDrive didatangkan dengan enjin empat silinder M Performance TwinPower Turbo berkapasiti dua liter. Enjin ini digandingkan dengan kotak gear transmisi automatik StepTronic Sport lapan kelajuan. Ia mampu menghasilkan 306 kuasa kuda (hp) dan tork maksimum 450 Nm dengan kelajuan maksimum mencecah 250 km/j. Prestasi yang mengujakan ini semestinya didorong oleh naik taraf pengecas turbo, salur udara dioptimumkan, pakej penyejukan berprestasi tinggi dan unit ekzos M Performance dengan kawalan lubang udara.

2. Pengalaman Pemanduan Dinamik

Spesifikasi-spesifikasi yang ada pada model BMW ini semestinya akan meningkatkan pengalaman pemanduan anda. Model generasi baharu ini juga turut tampil dengan suspensi M Sport dengan ketinggian 10 mm lebih rendah berbanding versi standard. BMW 1-Series ini juga dilengkapi suspensi adaptif dengan Variable Damper Control (VDC) yang membolehkan anda untuk memilih tetapan berbeza bergantung pada keperluan pemanduan anda.

Anda boleh menukar mod pemanduan kepada Comfort atau Sport menggunakan butang Kawalan Pengalaman Pemanduan. Selain itu, XDrive pada nama BMW M135i XDrive menandakan model ini dilengkapi dengan sistem pacuan 4 roda. Gandingan ini sekali gus membolehkan model ini memecut dari 0-100 km/j dalam tempoh 4.8 saat.

M Sport seats, illuminated decorative trim finishers

3. Bahagian Dalaman Lebih Selesa, Lebih ‘Sporty

Bahagian dalaman BMW M135i xDrive tampil lebih sporty dengan ciri-ciri yang lebih premium. Cengkaman yang lebih optimum dengan stereng M Leather, keselesaan yang lebih mantap dengan tempat duduk M Sport menjadikan pengalaman pemanduan anda lebih tenang dan selesa. Malah, pencahayaan yang sempurna dan kemasan bahagian dalaman berwarna terang menambahkan lagi ciri eksklusif model ini.

Ruang kabin berasaskan pemandu ini juga tampil lebih elegan dengan ciri BMW Live Cockpit Professional dengan dua paparan digital penuh 10.25 inci untuk paparan yang lebih sempurna. Tempat duduk M Sport yang ergonomik untuk pemandu dan penumpang menambahkan lagi keselesaaan sepanjang perjalanan. Malah, ia turut dilengkapi dengan pelbagai pilihan tetapan yang membolehkan anda melaraskan tempat duduk anda mengikut saiz penumpang/pemandu dan keadaan.

BMW Live Cockpit Professional dengan dua paparan digital penuh 10.25 inci untuk paparan yang lebih sempurna

4. Ruang Kabin Lebih Luas

Saiz model F40 ini lebih pendek berbanding model generasi F20 sebelum ini. Panjang keseluruhan model ini ialah 4319mm dengan jarak roda 20mm lebih pendek berbanding model sebelumnya. Namun begitu, model ini 34mm lebih lebar dan 13mm lebih tinggi sekali gus menawarkan ruang lutut yang lebih luas dan ruang atas bahagian belakang yang lebih tinggi. Ruang kabin yang lebih luas ini turut didorong oleh naik taraf kedudukan enjin yang dialih melintang.

Naik taraf ini menjadikan rekaan ruang bonet hadapan tampil lebih pendek selain saiz ruang kargo yang lebih besar dengan kapasiti 380 liter; 20 liter lebih besar berbanding model sebelum ini. Malah, jika kerusi tempat duduk belakang direbahkan, ia berupaya meningkatkan saiz keseluruhan ruang kargo menjadikannya 1200 liter.

5. Bahagian Luaran Lebih Kemas, Elegan

Bahagian luaran BMW M135i xDrive tampil lebih kemas dengan kemasan Cerium Crey, dua gril kidney dengan reka bentuk mesh dan ekzos berkembar juga dalam kemasan Cerium Grey. Rim aloi ringan Style 557 M, tayar Bridgestone Potenza S005 235/35R19 dan spoiler belakang M dengan tailpipe menambah lagi ciri elegan kereta kompak mewah ini. Ia turut dilengkapi dengan pilihan peralatan daripada pakej aerodinamik ciri standard M, lampu hadapan LED adaptif dan lampu belakang LED penuh. Ciri-ciri ini sekali gus menjadikan model ini tampil lebih elegan, sporty dan berkarisma.BMW M135i xDrive

BMW M135i xDrive bukan sahaja menjanjikan prestasi yang mengujakan, malah tampil lebih bergaya untuk pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan. Ia turut dilengkapi dengan sistem bunyi Harman Kardon 464 watt dan 16 pembesar suara dan sokongan Apple CarPlay. Dari aspek keselamatan pula, BMW M135i xDrive dilengkapi dengan BMW Digital KeyBMW Intelligent Personal Assistant, Bantuan Pemanduan, Bantuan Parkir dan Bantuan Undur. BMW M135i xDrive yang merupakan model kompak sporty ini semestinya sebuah pelaburan yang berbaloi untuk dimiliki.

Jika anda sedang mempertimbangkan model ini dan berminat untuk mendapatkan model BMW M135i xDrive terpakai, layari laman web CARSOME untuk maklumat lanjut. CARSOME merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan cara yang mudah dan pantas.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular