HomeBMApa Cerita Tentang Perodua Tahun 2020 Ini?

Apa Cerita Tentang Perodua Tahun 2020 Ini?

Tidak dapat dinafikan lagi, Perodua boleh dikatakan sebagai sebagai ‘cinta pertama’ buat kebanyakan rakyat Malaysia. Kereta pertama yang anda pandu? Kereta pertama yang anda beli? Dan mungkin juga kereta pertama yang diwariskan kepada anda oleh abang dan kakak? Semestinya Perodua. Sejak Perodua Kancil dilancarkan pada tahun 1994, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd telah menapak dalam dunia automotif tempatan sebagai pilihan utama pengguna bagi kereta tempatan kos rendah. Ia bukan sahaja disebabkan oleh bayaran ansuran bulanan yang murah tetapi turut disebabkan kos penyelenggaraan dan penggunaan bahan bakar yang berpatutan dan menjimatkan.

Lagipun, bukan semua orang membeli kereta untuk ditayangkan kepada bakal mak mertua atau calon kekasih berpotensi. Kereta yang dibeli cukuplah sekadar mampu memudahkan pergerakan ulang-alik kerja, balik kampung, singgah NSK beli barang dapur, hantar anak ke sekolah dan banyak lagilah! Selain itu, Perodua juga turut mempopularkan kereta jenis ‘super-compact’ dalam kalangan rakyat Malaysia. Senanglah nak cilok kalau dalam traffic jammed kan? Nak cari parking di ruang yang sempit pun senang! (Secara tidak langsung, memberi harapan palsu buat pemandu lain yang menyangkakan ada petak parking kosong, tapi rupa-rupanya ada Kancil.)

Perodua Myvi
Myvi, Axia dan Bezza mencatatkan jualan membanggakan dan menjadi tiga model utama pilihan pengguna.

Impak Covid-19 Terhadap Industri Automotif

Walaupun tahun 2020 sedikit mencabar buat industri automotif, Perodua nampaknya tidak terjejas teruk dengan keadaan ekonomi yang dilalui buat masa ini. Julai baru-baru ini, Perodua mencatatkan sebanyak 23,203 unit kenderaan terjual, tertinggi setakat tahun 2020. Hal ini sekaligus menjadikan jumlah jualan setakat tahun ini (YTD) kepada 93,373 unit.

Myvi merupakan unit paling laris terjual dengan 29,313 unit, diikuti oleh Axia sebanyak 28,107 unit dan Bezza sebanyak 25,416 unit. Namun begitu, pengurusan syarikat telah menurunkan unjuran jualan keseluruhan tahun 2020 kepada sekitar 210,000 unit berbanding sasaran asalnya iaitu sekitar 240,000 unit, 15% lebih rendah berbanding sasaran awal. Ia dilakukan setelah mengambil kira impak jualan Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Kerajaan Malaysia disebabkan pandemik Covid-19 yang bermula Mei lalu.

Myvi mengungguli kedudukan model kereta paling laris di Malaysia sepanjang 2019.

Model Kereta Paling Dinantikan: Myvi 2020

Selain itu, antara perkara seronok dan ditunggu-tunggu buat peminat Perodua ialah pelancaran Myvi 2020. Myvi 2020 dijangka tampil dengan reka bentuk elegan dan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) bagi varian 1.5 AV! Perodua juga dijangka melakukan lebih banyak peningkatan dan penambahbaikan ke atas model-model keluarannya dan dalam masa yang sama mengekalkan julat harga yang berpatutan dan mampu milik. Oleh itu, boleh dikatakan kedudukan jenama ini sebagai jenama automotif pilihan utama di Malaysia tidak akan dicabar dalam masa terdekat.

Apakah kereta pertama anda? Atau adakah anda merancang untuk membeli mana-mana model Perodua selepas ini? Jika anda sedang mencari kereta Perodua terpakai idaman anda, anda boleh memulakan carian anda di CARSOME – platform jual beli kereta terpakai terbaik di Malaysia!

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular