HomeBM4 Mitos Kereta Yang Biasa Kita Dengar, Benar Atau Tidak?

4 Mitos Kereta Yang Biasa Kita Dengar, Benar Atau Tidak?

Kita semua mesti biasa dengar tentang mitos-mitos berkaitan kereta yang membuatkan kita ragu-ragu sama ada mitos kereta tersebut adakah benar atau tidak. Carsome menyenaraikan 4 mitos kereta yang biasa kita dengar dan merungkaikan mitos kereta tersebut dengan sokongan fakta untuk panduan anda.

Mitos #1 – Menggunakan Telefon Bimbit di Stesen Minyak

Mitos: Penggunaan telefon bimbit di stesen minyak akan menyebabkan kebakaran kerana gelombang mikro yang dipancarkan dari telefon bimbit boleh menyalakan api. 

Mitos kereta: penggunaan telefon bimbit di stesen minyak

Kebenaran: Menurut Dr. Chandima Gomes, profesor kejuruteraan elektrik dari Universiti Putra Malaysia dalam artikel yang diterbitkan oleh The Star, walaupun gelombang mikro dapat menghasilkan percikan api ketika bersentuhan dengan bahan logam, gelombang yang dipancarkan daripada telefon bimbit terlalu lemah untuk memulakan letupan. Mitos ini bahkan diuji oleh MythBusters oleh Discovery Channel dan telah dibukti sebagai palsu.

Walaupun terdapat bukti saintifik mengenai hal ini, penggunaan telefon bimbit masih dilarang di stesen-stesen minyak di negara kita. Oleh itu, kita perlulah sentiasa peka dan patuh dengan undang-undang yang telah ditetapkan.

Mitos #2 – Panaskan Enjin Kereta Sebelum Memulakan Perjalanan

Mitos: Memandu kereta anda tanpa memanaskan enjin terlebih dahulu akan merosakkan enjin.

adakah pemanasan enjin sebelum memulakan perjalanan perlu?

Kebenaran: Mitos ini sebahagiannya benar. Karburator pada kereta yang lebih lama perlu dipanaskan terlebih dahulu agar dapat berfungsi dengan baik. Tanpa ini, karburator tidak boleh mencapai tahap campuran udara dan bahan bakar yang tepat di dalam enjin, mengakibatkan enjin terhenti. 

Namun, kereta moden kini dengan fuel injection elektronik tidak memerlukan pemanasan terlebih dahulu. Sekiranya anda perlu memanaskan enjin, anda boleh memandu perlahan untuk seminit atau dua sebelum menaikkan kelajuan.

Mitos #3 – Meletakkan Gear Kepada ‘Neutral’ Semasa Berhenti di Lampu Isyarat

Mitos: Tindakan meletakkan gear ke neutral di setiap perhentian lampu isyarat akan menjejaskan transmisi.

mitos kereta: gear perlu ditukar ke N jika berhenti di lampu isyarat

Kebenaran: Malangnya, mitos ini tidak ada jawapan pasti. Tetapi pakar kereta seperti Jason Fenske dari saluran YouTube Engineering Explained mengatakan bahawa tiada alasan untuk beralih ke neutral jika kereta tidak bergerak kerana ia tidak menjejaskan transmisi.

Selain itu, artikel Joey Bernadez, Penyunting Teknikal Top Gear Filipina turut menyatakan bahawa beliau secara peribadi melakukan peralihan gear ke neutral sebagai tabiat. Tambah beliau lagi, tabiat ini sedikit sebanyak membantunya mempunyai kereta dengan had perbatuan melebihi 200,000km tanpa sebarang masalah.

Mitos #4 – Nilai Kenderaan dengan Status e-hailing Lebih Rendah

Mitos: Nilai jualan semula kereta e-hailing anda adalah lebih rendah berbanding kenderaan persendirian. 

nilai jualan kenderaan e-hailing lebih murah?

Kebenaran: Sebenarnya tidak. Jika anda ingin menjual kereta lama anda kepada Carsome, nilai kenderaan anda bergantung kepada keadaan dan jarak perjalanannya seperti kenderaan persendirian lain. Walau bagaimanapun, anda akan diminta untuk menukar status kenderaan anda sebelum pemeriksaan Carsome. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, klik untuk panduan (dalam Bahasa Inggeris) langkah demi langkah sebelum menjual kenderaan e-hailing anda kepada Carsome.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular