HomeBM3 Tabiat Memandu Yang Ramai Tak Sedar Sebenarnya Boleh Jimat Petrol

3 Tabiat Memandu Yang Ramai Tak Sedar Sebenarnya Boleh Jimat Petrol

Harga petrol yang berubah-ubah buat ramai pemilik kereta mula mencari cara jimat petrol untuk kurangkan perbelanjaan harian. Selain menjaga keadaan kereta, sebenarnya tabiat pemanduan harian juga memainkan peranan penting dalam penggunaan minyak.

Ramai yang tak sedar, perkara kecil yang dilakukan setiap hari boleh menyebabkan penggunaan petrol meningkat tanpa disedari. Kalau anda nak tahu cara jimatkan minyak petrol, ini beberapa tip mudah yang boleh anda cuba.

1. Pilih Laluan Yang Lebih Lancar

Ramai sangka memilih laluan paling dekat semestinya menjimatkan petrol. Hakikatnya, jalan yang sesak dan banyak berhenti boleh menyebabkan penggunaan petrol lebih tinggi. Apabila kereta kerap berhenti dan bergerak semula, enjin perlu bekerja lebih keras. Situasi ini biasanya berlaku ketika melalui jalan bandar yang mempunyai banyak lampu isyarat atau kesesakan trafik.

Sebab itu, memilih laluan yang lebih lancar boleh membantu menjimatkan minyak walaupun jaraknya sedikit lebih jauh. Kurang berhenti, kurang tekan minyak dan kurang pembaziran petrol. Sebelum memandu, cuba semak keadaan trafik terlebih dahulu menggunakan aplikasi navigasi supaya anda boleh memilih laluan yang lebih lancar dan cepat.

2. Elakkan Buka Tingkap Pada Kelajuan Tinggi

Ramai pemandu suka membuka tingkap ketika memandu kerana rasa lebih selesa atau ingin menikmati angin luar. Namun pada kelajuan tinggi, tabiat ini sebenarnya boleh menyebabkan kereta anda menelan lebih banyak petrol.

Apabila tingkap dibuka, rintangan angin akan menjadi lebih kuat. Ini membuatkan enjin perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan kelajuan kereta. Lagi laju kereta dipandu, lagi tinggi penggunaan petrol. Jika memandu di lebuh raya pada kelajuan tinggi, penggunaan penghawa dingin selalunya lebih membantu untuk menjimatkan minyak berbanding membuka tingkap.

Walaupun nampak seperti perkara kecil, perubahan tabiat ini boleh memberi kesan kepada penggunaan petrol dalam jangka panjang.

3. Cruise Control Tak Semestinya Jimat Petrol

Cruise control memang memudahkan pemanduan terutama ketika perjalanan jauh. Namun ramai tak tahu, fungsi ini tidak semestinya menjimatkan petrol dalam semua keadaan. Di jalan berbukit atau tidak rata, cruise control akan cuba mengekalkan kelajuan kereta secara automatik. Akibatnya, enjin mungkin menggunakan lebih banyak minyak untuk mengekalkan kelajuan tersebut.

Dalam situasi seperti ini, kawalan pedal minyak secara manual kadang-kadang lebih menjimatkan kerana pemandu boleh menyesuaikan kelajuan mengikut keadaan jalan. Cruise control lebih sesuai digunakan di lebuh raya yang lurus dan rata kerana penggunaan enjin lebih konsisten dan stabil.

Tabiat Kecil Boleh Beri Perubahan Besar

Menjimatkan petrol bukan sekadar tentang cara memandu, tetapi juga tabiat harian ketika berada di jalan raya. Dengan beberapa perubahan kecil, anda boleh mengurangkan penggunaan minyak dan berjimat dalam jangka masa panjang.

Tabiat kecil memang boleh membantu anda berjimat petrol setiap hari. Namun pilihan kereta yang tepat juga memainkan peranan besar untuk penggunaan minyak yang lebih efisien. Jika anda sedang mencari kereta yang lebih jimat minyak dan sesuai untuk kegunaan harian, layari carsome.my untuk pilihan kereta terpakai berkualiti.

CARSOME June offers

Lebih Banyak Keistimewaan Bila Beli dengan CARSOME

  • Kereta mampu milik berkualiti daripada RM199/bulan
  • Lebih 3,000 kereta daripada rangkaian kereta terpakai terbesar di Malaysia
  • Pusat servis di seluruh negara
  • Perkhidmatan bantuan tepi jalan 24/7 di talian 1800-82-3388
  • Kelulusan pembiayaan segera 

Tertakluk pada Terma dan Syarat.

Aini Ahmad Murad
Aini Ahmad Murad
Copywriter by day, trail runner by weekend. Resilient in both.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular