Bagi anda yang mementingkan kualiti dan setiap perincian, inilah masanya untuk mengenali CARSOME Premium. Sebagai kategori terbaharu dalam rangkaian Certified Pre-Owned (CPO) atau dikenali sebagai kereta pra-milik diperakui kami, CARSOME Premium melengkapi kategori CARSOME Certified dan CARSOME Value Plus untuk menawarkan lebih banyak pilihan kereta mengikut keperluan setiap pemandu.
Jom lihat apa yang ditawarkan oleh setiap kategori.
CARSOME Premium: Kelas Pemilikan Tersendiri
CARSOME Premium menawarkan pilihan kereta mewah yang telah melalui proses pembaharuan menyeluruh oleh pakar, khusus untuk pembeli yang mengutamakan pengalaman pemanduan yang lebih eksklusif serta proses pembelian yang mudah dan telus.
Kategori baharu ini kini menampilkan model pilihan daripada jenama seperti BMW dan Mercedes, dengan lebih banyak jenama kereta mewah bakal menyertai barisan ini. Bagi anda yang sedang mencari kereta certified pre-owned, CARSOME Premium menawarkan standard kualiti dan ketenangan fikiran pada tahap lebih tinggi, setanding dengan program certified pre-owned daripada jenama mewah seperti BMW dan Mercedes-Benz. Untuk memberikan keyakinan dalam setiap perjalanan, CARSOME Premium menawarkan keistimewaan berikut:
175 Titik + Pemeriksaan Elektronik
Setiap kereta perlu lulus pemeriksaan ketat sebelum layak menjalani proses pembaharuan. Pemeriksaan ini merangkumi penilaian menyeluruh terhadap sistem mekanikal, pengesahan ciri keselamatan penting serta ujian lengkap komponen elektronik.
Waranti Sehingga 5 Tahun
Nikmati perlindungan waranti sehingga 5 tahun yang meliputi komponen mengikut spesifikasi rasmi. Perlindungan ini turut mengekalkan baki waranti utama pengeluar serta memberikan tambahan waranti CARSOME selama 2 tahun, jika berkenaan.
Jaminan Pulangan Wang 100 Hari
Jika kereta tidak memenuhi standard kami, anda boleh memulangkannya dalam tempoh 100 hari atau 3,000km. Setiap kereta juga dijamin bebas daripada kerosakan akibat banjir, kebakaran dan kemalangan besar, serta tiada sebarang pengubahsuaian mileage.
365 Premium Care+
Jadikan tahun pertama pemilikan kereta CARSOME Premium anda lebih istimewa dengan kredit servis bernilai RM3,000. Kredit ini boleh digunakan untuk pembelian aksesori rasmi CARSOME, perkhidmatan selepas jualan terpilih serta servis penyelenggaraan penting di rakan servis berdaftar CARSOME.
Jaminan Tawaran Belian Semula
Lindungi nilai pelaburan anda dengan jaminan tawaran belian semula dalam tempoh 3 tahun pertama pemilikan. Apabila anda menjual semula atau menaik taraf kereta, anda berpeluang mendapat sehingga RM10,000 lebih tinggi berbanding harga tawaran standard kami.
Pilihan Kereta Lengkap untuk Setiap Keperluan: CARSOME Certified dan CARSOME Value Plus
Selain pilihan premium yang ditawarkan melalui CARSOME Premium, kategori sedia ada kami terus menyediakan kereta berkualiti yang memenuhi keperluan dan bajet pembeli yang berbeza.
CARSOME Certified
Direka untuk kegunaan harian, CARSOME Certified menawarkan kereta certified pre-owned yang dijamin bebas daripada kerosakan akibat banjir, kebakaran serta kemalangan besar.
Setiap kereta dilengkapi dengan:
- Pemeriksaan 175 titik dan proses pembaharuan profesional
- Waranti selama 1 tahun yang melindungi enjin, transmisi dan sistem penyaman udara
- Jaminan pulangan wang dalam tempoh 14 hari
Layari pilihan kereta CARSOME Certified di sini.
CARSOME Value Plus
Untuk pemandu yang mengutamakan bajet, CARSOME Value Plus menawarkan pilihan kereta certified pre-owned pada harga lebih mampu milik. Setiap kereta turut dilindungi jaminan terhadap kerosakan akibat banjir, kebakaran dan kemalangan besar.
Setiap kereta dilengkapi dengan:
- Pemeriksaan 175 titik dan proses pembaharuan asas
- Ansuran bulanan yang lebih rendah
- Waranti selama 3 bulan yang boleh dinaik taraf kepada pelan penuh selama 1 tahun
Layari pilihan kereta CARSOME Value Plus di sini.
Kualiti yang Memenuhi Keperluan Setiap Pemandu
Dengan kehadiran CARSOME Premium, rangkaian kereta kami kini menawarkan lebih banyak pilihan untuk memenuhi keperluan setiap pemandu.
Apa jua kategori yang anda pilih, komitmen kami terhadap kualiti tetap menjadi keutamaan. Ini bermakna anda boleh membuat pilihan dengan lebih yakin, disokong oleh standard CARSOME yang boleh dipercayai.
Sama ada anda mencari kereta mampu milik, kereta berkualiti untuk kegunaan harian atau pengalaman pemilikan yang lebih eksklusif, temui pilihan yang sesuai untuk anda.
Terokai rangkaian kereta CARSOME hari ini dan beli dengan lebih yakin di carsome.my.