HomeBMPeugeot 308 THP Baharu: Versi Facelift Yang Lebih Mantap

Peugeot 308 THP Baharu: Versi Facelift Yang Lebih Mantap

Peugeot 308 THP baharu yang memasuki pasaran Malaysia dijangka akan memberikan saingan yang cukup positif seperti model-model sebelum ini. Model kereta dengan reputasi ‘Car of The Year 2014‘ yang dianugerahkan semasa pameran auto di Geneva ini akan diedarkan secara rasmi oleh Nasim Sdn Bhd dilihat dapat memberi pengalaman pemanduan, keselesaan yang optimum dengan teknologi dan rekaan yang lebih menarik. Malah, model hatchback 4 pintu ini tampil lebih matang dengan beberapa penambahan baharu yang semestinya akan mengujakan peminat kereta kompak keluaran Perancis ini.

Enjin

Peugeot 308 baharu ini dikuasakan oleh enjin THP (Enjin Turbo Bertekanan Tinggi atau Turbo High-pressure Engine) 1.6 liter yang memberikan lebih keyakinan dan kuasa kepada jentera ini. Enjin yang telah memenangi beberapa anugerah ini menggabungkan suntikan langsung bertekanan tinggi dan teknologi pengecas turbo yang canggih. Gabungan ini sekali gus memberikan lebih prestasi dan kecekapan untuk kualiti pemanduan yang lebih baik.

kereta Peugeot Malaysia
Kredit: paultan.org

Enjin turbo bertekanan tinggi ini berupaya menghasilkan 167PS kuasa dan 240Nm tork yang cukup bertenaga untuk pengalaman pemanduan yang lebih responsif dan pecutan yang lebih sempurna. Malah, model ini turut menawarkan penjimatan bahan api yang lebih baik iaitu hanya serendah 6.5 liter digunakan bagi setiap 100km. Peugeot 308 ini menampilkan kotak gear automatik EAT6 (Transmisi Automatik Efisien 6 Kelajuan). Ia turut menampilkan teknologi “Quick Shift” untuk pertukaran gear yang lebih cepat dan lancar dengan pengalaman pemanduan yang lebih optimum.

Reka Bentuk (Dalaman dan Luaran)

Rekaan luaran Peugeot 308 baharu tampil lebih berani dan garang dengan reka bentuk signature Peugeot yang baharu dapat dilihat dengan jelas dalam setiap kemasannya. Model ini menampilkan bumper depan, bonet dan gril radiator yang diperbaharui digabungkan dengan lambang Peugeot Lion yang ikonik. Ia dilengkapkan dengan reka bentuk signature lampu LED dan rim aloi untuk tampil lebih trendy.

Peugeot 308
Kredit: paultan.org

Selain itu, reka bentuk dalaman tampil lebih minimalis dengan kompartmen pemandu eksklusif PEUGEOT i-Cockpit® yang menampilkan kokpit digital dengan kemasan berkilat. Ia meliputi stereng kompak balutan kulit, panel digital berdefinisi tinggi 9.7 inci dengan paparan skrin sentuh. Konsol di bahagian tengah yang ditinggikan selari dengan pandangan mata pemandu dengan gabungan reka bentuk grafik yang moden.

new Peugeot
Kredit: paultan.org

Ciri dan Spesifikasi

1. Ciri Standard

Peugeot 308 THP menampilkan ciri teknologi dan bantuan pemanduan yang semestinya akan menjadikan pengalaman pemanduan anda lebih baik dan lebih selesa. Model Peugeot baharu ini dilengkapi dengan bantuan pemanduan generasi terkini seperti:

  1. Lampu utama LED dengan pelarasan automatik (LED Headlamps with Auto Levelling)
  2. Fungsi “Follow Me Home” (“Follow Me Home” function)
  3. Lampu pencahayaan siang LED (LED Daytime Running Light)
  4. Bantuan Parkir Peugeot (Peugeot Park Assist)
  5. Kamera undur paparan 180 darjah dengan garisan grid dan fungsi zum automatik
  6. Sistem audio Arkamys DSP Sound Staging dengan enam pembesar suara
  7. Lampu signature LED bahagian depan dan belakang
  8. Sistem Bantuan Pemanduan Integral (Integral Driver Assistance System)

2. Bantuan Pemanduan

Selain itu, Peugeot 308 baharu ini juga turut menampilkan fungsi Mirror Screen® yang terdiri daripada Android Auto, Apple CarPlay™ dan Mirror Link®. Dari aspek keselamatan pula, Peugeot 308 THP dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan generasi terbaharu yang canggih. Teknologi yang direka khusus untuk pemandu ini semestinya akan memberi nilai tambah kepada pemilik model kereta ini yang turut menerima penganugerahan lima bintang daripada EURO NCAP.

  1. Electronic Stability Program (ESP)
  2. Anti-Lock Braking System (ABS)
  3. Electronic Brake Distribution (EBD)
  4. Emergency Brake Assist (EBA)
  5. Anti-skid Regulation (ASR)
  6. Dynamic Stability Control (DSC)
Peugeot 308
Kredit: paultan.org

Harga

Peugeot 308 THP baharu dijual pada harga RM132,888 (harga atas jalan termasuk insurans) dengan lima pilihan warna iaitu Pearl White, Ultimate Red, Artense Grey, Magnetic Blue dan Nera Black. Model ini juga turut didatangkan dengan waranti lima tahun dengan had perbatuan sebanyak 120,000 km. Selain itu, sama seperti model-model Peugeot yang lain, pembeli turut ditawarkan akses eksklusif ke Sky Lounge by Naza di Terminal Lapangan Terbang Subang dan Peugeot Assistance – bantuan 24 jam selama tiga tahun dari mana-mana lokasi di Malaysia, Singapura dan Thailand pada bila-bila masa.

Selain itu, jika anda sedang mencari mana-mana model kereta Peugeot terpakai, anda boleh layari laman web CARSOME untuk info lanjut. CARSOME merupakan platform jual beli kereta terpakai terbaik dengan perkhidmatan yang cepat, pantas dan telus.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular