HomeBMJom Raikan Pelancaran CARSOME Showroom Bukit Tinggi yang Baharu! Nikmati Bonus Rebat...

Jom Raikan Pelancaran CARSOME Showroom Bukit Tinggi yang Baharu! Nikmati Bonus Rebat Tunai Bernilai sehingga 2 Bulan Ansuran pada 30 Okt – 8 Nov Ini!

Nak cari kereta terpakai dengan tawaran menarik? Dari 30 Oktober hingga 8 November 2026, jom ramai-ramai ke Pelancaran CARSOME Showroom Bukit Tinggi dengan diskaun lebih 200 kereta sehingga RM15,000!

Bukan itu sahaja. Pelbagai tawaran istimewa, hadiah percuma, cabutan bertuah dan tawaran pembiayaan daripada rakan bank kami turut menanti. Sama ada anda sedang mencari kereta pertama, kereta yang sesuai untuk keluarga atau ingin menaik taraf kereta sedia ada, anda boleh melihat dan membandingkan pelbagai model secara langsung. Dapatkan juga panduan daripada Konsultan CARSOME untuk mencari kereta yang sesuai dengan keperluan anda dan membuat pilihan dengan lebih yakin. 

Butiran Acara

📅Tarikh: 30 Oktober hingga 8 November 2026
🕒Masa: 9 pagi hingga 7 petang
📍Lokasi: CARSOME Showroom Bukit Tinggi Klang, Selangor (Waze Location | Google Location)

Tawaran Eksklusif Showroom

Apa ertinya pelancaran tanpa tawaran yang berbaloi? Sama ada anda ingin membeli kereta seterusnya atau menjual kereta sedia ada, pelbagai tawaran istimewa menanti sepanjang acara di CARSOME Showroom Bukit Tinggi. 

Antara tawaran yang boleh anda nikmati ialah: 

  • Bonus rebat tunai (bernilai sehingga 2 bulan ansuran) 
  • Diskaun sehingga RM15,000
  • Waranti lanjutan sehingga 2 tahun
  • PERCUMA baucar servis kereta ditaja oleh CARSOME Capital
  • Ekstra sehingga RM3,000 bila jual kereta
  • Ekstra sehingga RM2,500 bila trade in kereta lama anda

Singgah ke CARSOME Showroom Bukit Tinggi dan buat RSVP di lokasi untuk tebus penggantian penapis udara kabin PERCUMA bagi kereta keluaran tahun 2015 dan ke atas yang layak.

Dengan lebih 200 kereta pada harga promosi sepanjang tempoh pelancaran, anda mempunyai lebih banyak pilihan untuk diterokai sambil menikmati tawaran istimewa ini.

Tertakluk pada terma dan syarat.

Lebih Banyak Ganjaran daripada Rakan Kongsi Kami

Penjimatan tidak terhenti pada tawaran kereta sahaja. Rebut lebih banyak ganjaran sepanjang pelancaran menerusi hadiah percuma dan tawaran daripada rakan kongsi CARSOME.

AmBank (AMBB)

Pelanggan yang layak boleh menikmati:

  • Kadar faedah pembiayaan serendah 2.6%
  • Permohonan pembiayaan, kelulusan dan tanda tangan dokumen pada hari yang sama, tertakluk pada kelayakan dan kelulusan
  • PIN tambah nilai Touch ’n Go eWallet bernilai RM200 bagi setiap pengeluaran pembiayaan yang berjaya melebihi RM30,000

Tertakluk pada terma dan syarat.

ServAuto

Pelanggan berpeluang menerima satu daripada hadiah percuma berikut:

  • PERCUMA HeatShield Full Car Tint*

  • PERCUMA AS600 Dashcam*

  • PERCUMA Carmat Enzo Care (Hadapan dan Belakang)*

*Stok terhad. Tertakluk pada terma dan syarat.

Dah Bersedia untuk Cari Kereta Seterusnya?

Dengan lebih 200 kereta untuk harga promosi, diskaun sehingga RM15,000, hadiah percuma, cabutan bertuah dan tawaran pembiayaan istimewa, hadir ke ialah peluang untuk anda meneroka pelbagai pilihan dan mencari kereta yang sesuai dengan keperluan serta bajet.

Di CARSOME, anda boleh memilih daripada pelbagai kereta terpakai berkualiti, dengan lebih 3,000 kereta tersedia menerusi rangkaian jual beli kereta terpakai terbesar di Malaysia. Anda juga boleh menikmati kemudahan pusat servis di seluruh negara, bantuan tepi jalan 24 jam setiap hari dan pilihan pembiayaan yang membantu memudahkan proses pembelian.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke CARSOME Showroom Bukit Tinggi dari 30 Oktober hingga 8 November 2026. Terokai tawaran yang tersedia, bandingkan model pilihan dan dapatkan panduan daripada Konsultan CARSOME supaya anda boleh membuat pilihan kereta dengan lebih yakin.

Tertakluk pada terma dan syarat.

 

Aini Ahmad Murad
Aini Ahmad Murad
Copywriter by day, trail runner by weekend. Resilient in both.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular