“Warna ni kena tunggu 3 bulan ya, bang.”
“Model yang ni kilang lambat sikit hantar, tunggu turn ya.”
Mendengar ayat sebegini memang boleh potong mood bila kita dah semangat nak beli kereta. Kadang-kadang sampai berbulan-bulan menunggu sampai hilang rasa teruja tu. Tapi dalam era digital di mana pelbagai urusan boleh diselesaikan melalui telefon pintar, proses membeli kereta juga sepatutnya menjadi lebih pantas dan mudah.
Sebenarnya, ada jalan penyelesaian untuk anda mengelakkan senarai menunggu yang panjang ini. Dengan CARSOME, anda boleh memandu pulang kereta idaman anda dalam masa kurang dari satu minggu.
Tiada Istilah ‘Pre-Order’, Semuanya Sedia Ada
Perkara yang sering mengecewakan ketika merancang untuk membeli kereta adalah apabila model yang diinginkan kehabisan stok. Di CARSOME, setiap kenderaan yang dipaparkan di aplikasi atau laman web kami adalah stok sedia ada (ready stock). Tiada sistem kuota atau keperluan menunggu stok dari kilang. Sebaik sahaja anda menemui kereta yang berkenan, anda boleh terus menempah sesi pandu uji.
Cari Kereta Terdekat Atau Biar Kami Bawakan Kepada Anda
Apabila anda melayari aplikasi atau laman web CARSOME, pastikan anda menghidupkan fungsi lokasi (allow location). Sistem kami akan terus menyenaraikan kereta yang berada paling hampir dengan anda, menjadikannya lebih mudah untuk anda pergi memandu uji.
Bagaimana pula jika kereta pilihan anda berada di cawangan negeri lain? Jangan risau. Anda hanya perlu membuat tempahan terlebih dahulu, dan CARSOME akan menguruskan penghantaran kereta tersebut ke cawangan terdekat khas untuk sesi pandu uji anda. Kini, lokasi bukan lagi halangan.
Biar Pakar Kami Uruskan Kertas Kerja Anda
Urusan di bank, mengisi borang JPJ dan memperbaharui cukai jalan sememangnya merumitkan dan memakan masa. Bagi memastikan anda mendapat kereta dalam tempoh satu minggu, Konsultan CARSOME sedia membantu. Anda hanya perlu menyediakan dokumen yang lengkap semasa hari pandu uji, dan biarkan Konsultan CARSOME menguruskan proses selebihnya dari awal hingga akhir.
Penghantaran Terus ke Depan Pintu Rumah
Sebaik sahaja pinjaman anda diluluskan oleh pihak bank, proses pemilikan menjadi sangat mudah. Dalam masa kurang dari seminggu, kereta anda sudah sedia untuk diserahkan. Anda boleh memilih untuk mengambilnya di cawangan showroom kami, atau lebih selesa lagi, minta sahaja kami hantar terus ke depan pintu rumah anda. Konsepnya semudah memesan barang secara dalam talian, tetapi yang sampai adalah kereta baharu anda!
PROMOSI OKTOBER: Dapat Kereta Cepat, Boleh Menang iPhone Duo Pula!

Walaupun proses pembelian di CARSOME sangat pantas, kami tidak pernah berkompromi tentang soal keselamatan. Sebelum mana-mana kereta diiklankan, ia wajib melepasi pemeriksaan 175-titik yang sangat teliti. Ini bermakna, kereta tersebut dijamin bebas daripada kerosakan banjir, kemalangan besar, dan tiada pengubahsuaian mileage asal.
Khas untuk Oktober ini, pelanggan yang membeli kereta di CARSOME berpeluang untuk memenangi peranti smartphone terkini di pasaran: iPhone Duo serta siri iPhone 18 yang lain! Bayangkan memandu kereta baharu minggu hadapan sambil menggunakan iPhone terbaharu anda. Pastinya satu gandingan yang sempurna.
Beli kereta dengan CARSOME dan nikmati:
- Waranti Tanpa Risau
- Bebas Banjir Atau Kemalangan Besar
- Servis Seluruh Negara
- Jaminan Pulangan Wang 14 Hari
- Bantuan Pembiayaan Dalaman
Layari lebih 3,000 pilihan dengan yakin di carsome.my. Tertakluk pada Terma dan Syarat.