Baru-baru ini, kami sedia maklum bahawa terdapat scammer menyamar sebagai team kami. CARSOME komited untuk menjaga keselamatan pelanggan kami, sebab itu penting untuk anda sentiasa berwaspada. Selalu amalkan langkah keselamatan apabila membuat transaksi atau berkongsi maklumat peribadi untuk melindungi diri daripada scam, identity fraud dan aktiviti penipuan lain.
CARSOME tidak akan sesekali meminta anda membuat transaksi wang ke akaun peribadi. Pastikan semua pembayaran dibuat hanya ke akaun bank rasmi kami di bawah nama:
CARSOME CERTIFIED SDN. BHD.
CIMB BANK BERHAD

Anda juga boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit di mana-mana showroom CARSOME atau terus di laman web kami melalui payment gateway yang selamat semasa membuat pembelian kereta.
Bagaimana SCAMMER Menipu

Scammer ada pelbagai teknik untuk membuatkan mangsa transfer duit atau berkongsi maklumat peribadi secara tak sengaja.Ada yang membuka akaun bank palsu atau menghasilkan QR code palsu supaya permintaan bayaran nampak sah. Ada juga yang melakukan identity fraud, menyamar sebagai staf syarikat atau nombor kenalan yang anda percaya.
Ramai scammer bergantung pada taktik mendesak, menghantar mesej yang menekan anda untuk bertindak segera. Antara kaedah biasa ialah scam melalui WhatsApp, mesej teks atau e-mel yang kelihatan rasmi. Dengan memahami teknik-teknik ini, anda boleh mengambil langkah pencegahan penipuan dan melindungi diri daripada menjadi mangsa.
Cara Elak Kena Scam
-
- Sahkan sebelum bertindak: Sentiasa periksa identiti yang meminta pembayaran atau maklumat peribadi. Hati-hati dengan mesej yang menimbulkan rasa cemas atau mendesak.
- Guna saluran rasmi sahaja: Untuk setiap transaksi, pastikan anda hanya membuat bayaran melalui akaun dan kaedah pembayaran rasmi. Elakkan memindahkan wang ke akaun yang tidak dikenali bagi menghindari transaksi bank palsu dan skim penipuan pemindahan wang.
- Ambil tindakan: Anda hendaklah ketahui cara lapor scammer supaya dapat melindungi diri anda dan orang lain sambil menyokong usaha anti-scam secara lebih meluas. Sekiranya anda menjadi mangsa penipuan kewangan, hubungi talian hotline scam bank anda dengan segera atau terus buat laporan kepada National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997.
Lindungi Diri dan Kekal Peka
Keselamatan anda adalah keutamaan kami. Jika anda ragu-ragu tentang apa-apa transaksi atau menerima mesej yang mencurigakan, semak terus dengan CARSOME dengan e-mel kami di support@carsome.com; atau hubungi di talian 1800-82-3388; atau kunjungi pusat CARSOME berdaftar yang berhampiran.
Dengan mengamalkan langkah-langkah ini, anda boleh berurusan dengan lebih yakin untuk memastikan maklumat peribadi dan wang anda kekal selamat.