Beli Kereta

Proton

Semua Negeri
Pilih lokasi anda di sini
300 result

Hubungi Saya

Apabila kereta pilihan saya berada berdasarkan

Proton Edit

Kereta Proton 

Proton, sebagai sebuah syarikat automotif Malaysia, telah menyumbang kepada pembangunan industri automotif negara sejak penubuhannya pada tahun 1983.

Penubuhan Proton adalah hasil daripada usaha kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan syarikat Jepun, Mitsubishi Motors Corporation. Penubuhannya bertujuan untuk membangunkan industri automotif di Malaysia serta merancang dan menghasilkan kereta nasional yang mampu bersaing di pasaran global.

Sejak penubuhannya, Proton telah berjaya melancarkan beberapa model kereta yang menjadi ikon dalam pasaran tempatan. Model-model seperti Saga, Wira, Persona dan Perdana telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna di Malaysia.

Model Baharu Kereta Proton 

Proton sebagai jenama kereta nasional telah mengambil inisiatif yang signifikan dengan memperkenalkan model-model terbaru. Antara model baharu Proton seperti X50, X70, X90, Saga 2022, Exora 2023, Iriz 2022, dan Persona 2023. 

Kereta Second Hand Proton

Kereta second hand Proton merupakan pilihan yang popular dalam kalangan pengguna yang mencari kereta dengan harga yang lebih berpatutan. Dalam pasaran kereta terpakai, kereta Proton sering menjadi pilihan disebabkan oleh faktor harga yang mampu milik dan juga kebolehpercayaan jenama tersebut.

Walaupun kereta second hand, Proton tetap menawarkan prestasi dan keselamatan yang baik. Pengguna boleh menjalani pemeriksaan teknikal serta ujian jalan bagi memastikan keadaan kereta sebelum membuat keputusan pembelian.

Harga Kereta Proton 

Harga kereta Proton boleh berbeza-beza bergantung kepada model dan spesifikasi yang dipilih. Setiap model mempunyai ciri-ciri dan kelengkapan yang berbeza serta mempunyai harga yang berbeza juga.

Berikut merupakan harga model-model kereta second hand Proton: 

Model-model kereta Proton menawarkan pelbagai pilihan kepada pengguna dari segi saiz, prestasi enjin, reka bentuk dan teknologi terkini. Setiap model turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi untuk memberikan perlindungan maksimum kepada pengguna.

Harga kereta Proton boleh berbeza-beza bergantung kepada model dan spesifikasi yang dipilih. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi harga termasuklah saiz enjin, ciri-ciri keselamatan, kemudahan teknologi, dan reka bentuk luaran.

Anda boleh menggunakan kalkulator ini untuk menganggarkan kos pemilikan kereta Proton jika anda ingin membeli apa-apa kereta Proton. Dengan ini, anda boleh merancang kewangan anda jika anda bercadang untuk membeli kereta Proton. 

Soalan Lazim 

Di manakah saya boleh membeli kereta second hand Proton di Malaysia? 

Anda boleh beli kereta second hand Proton di mana-mana pengedar kereta second hand yang ada menjual kereta Proton. Anda juga boleh membeli kereta second hand Proton di CARSOME. Anda boleh baca laporan servis dan spesifikasi kereta di laman web CARSOME. 

Sekiranya anda ingin membeli kereta second hand Proton, pastikan untuk melakukan penyelidikan yang teliti tentang harga pasaran serta keadaan fizikal dan mekanikal kenderaan tersebut sebelum membuat keputusan pembelian.

Berapakah harga road tax kereta Proton? 

  • Proton Ertiga 1.4

    • Semenanjung Malaysia: RM70

    • Sabah & Sarawak: RM56

  • Proton Exora 1.6

    • Semenanjung Malaysia: RM90

    • Sabah & Sarawak: RM56

  • Proton Perdana 2.0

    • Semenanjung Malaysia: RM378.50

    • Sabah & SarawakRM273.25

  • Proton Perdana 2.4

    • Semenanjung Malaysia: RM734

    • Sabah & Sarawak: RM451

  • Proton Persona 1.6

    • Semenanjung Malaysia: RM90

    • Sabah & Sarawak: RM56

  • Proton Preve 1.6

    • Semenanjung Malaysia: RM90

    • Sabah & Sarawak: RM56

  • Proton Saga 1.3

    • Semenanjung Malaysia: RM70

    • Sabah & Sarawak: RM56

  • Proton Saga 1.6

    • Semenanjung Malaysia: RM90

    • Sabah & Sarawak: RM56

  • Proton Suprima 1.6

    • Semenanjung Malaysia: RM90

    • Sabah & Sarawak: RM56

  • Proton Iriz 1.3

    • Semenanjung Malaysia: RM70

    • Sabah & Sarawak: RM56

  • Proton Iriz 1.6

    • Semenanjung Malaysia: RM90

    • Sabah & Sarawak: RM56

  • Proton X50 1.5

    • Semenanjung Malaysia: RM90

    • Sabah & Sarawak: RM56

  • Proton X70 1.8

    • Semenanjung Malaysia: RM279.60

    • Sabah & Sarawak: RM223.68

  • Proton X90 1.5

    • Semenanjung Malaysia: RM90

    • Sabah & Sarawak: RM56

Adakah harga insurans kereta terpakai Proton mahal? 

Penting untuk diingatkan bahawa harga insurans kereta terpakai bergantung kepada beberapa faktor seperti model dan tahun keluaran kereta, nilai pasaran semasa, lokasi dan sejarah pemandu. Walaupun jenama seperti Proton mungkin mempunyai kos pembaikan yang lebih tinggi berbanding dengan jenama lain, tetapi faktor-faktor lain ini juga akan diambil kira oleh syarikat insurans ketika menentukan harga polisi.

Sebagai contoh, anggaran harga insurans bagi Proton Saga 1.3 (1332 cc) di Semenanjung Malaysia dengan kadar NCD 55% berharga kira-kira RM532.71* setahun. 

*Berdasarkan anggaran harga kereta baharu.

Di manakah anda boleh servis atau baiki kereta Proton di Malaysia? 

Anda boleh menghantarkan kereta Proton anda untuk diservis atau dibaiki di pusat servis bertauliah Proton di seluruh Malaysia. 

Jika waranti kereta Proton anda telah tamat, anda boleh hantarkan kereta anda ke Pusat Servis CARSOME untuk diservis atau dibaiki bagi apa-apa kerosakan enjin dan mekanikal. 

Apakah ciri-ciri keselamatan yang ada pada kereta Proton? 

Sebahagian kereta Proton terutama sekali model baharu ada dilengkapi dengan Advance Driving Assistance System (ADAS). Salah satu daripada ciri yang ada dalam sistem ini ialah Intelligent Cruise Control. Ciri ini membolehkan kereta dipandu dengan lebih selamat di atas jalan raya dengan menyelaraskan kelajuan kereta, bantuan brek, serta menjaga jarak dengan kereta hadapan. 

Model Proton yang mana paling jimat minyak? 

Kereta Proton telah lama dikenali sebagai jenama yang memberikan tumpuan kepada prestasi dan kecekapan bahan api. Dengan peningkatan teknologi dan inovasi, Proton terus memperkenalkan model-model yang jimat minyak bagi memenuhi keperluan pengguna masa kini seperti: 

  • Proton Iriz 1.3 Manual

  • Proton Persona 1.6

  • Proton Exora 1.6 

  • Proton X50 1.5T 

Proton Iriz 1.3 Manual adalah kereta Proton yang paling jimat minyak, diikuti oleh Proton Saga 1.3 dan Proton Persona 1.6. Jika anda mencari kereta Proton yang jimat minyak, Proton Iriz 1.3 Manual merupakan pilihan yang terbaik.

Adakah Proton mengeluarkan kereta hibrid? 

Proton baru-baru ini telah melancarkan model terbaharu hibrid ringan iaitu Proton X90. SUV tiga baris tempat duduk ini dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo dan dipadankan dengan bantuan sistem hibrid ringan (mild-hybrid) 48 voltan Belt-Driven Starter Generator (BSG). 

Bandingkan Kereta

0

Buka Aplikasi CARSOME